omniture

Modul Solar Hiper-ion HJT Risen Energy Diberikan Pensijilan Jejak Karbon oleh Certisolis, Capai Nilai Jejak Karbon Memecah Rekod

Risen Energy Co., Ltd
2023-10-26 22:53 53

NINGBO, China, 26 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Risen Energy, pengeluar global yang terkemuka bagi produk fotovolta (PV) solar berprestasi tinggi, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat ini telah menerima pensijilan jejak karbon Perancis untuk modul solar Hiper-ion heterosimpang (HJT). Kejayaan yang penting ini membuka jalan kepada rancangan Risen Energy untuk memperluaskan kehadiran pasarannya di negara ini tatkala ia terus memperkasa peralihan tenaga baharu global dengan produk solar yang lebih hijau, berkecekapan tinggi dan berkualiti tinggi.

Pensijilan ini, diberikan oleh Certisolis, sebuah institusi pihak ketiga yang dilantik oleh Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga (CRE) Perancis sebagai satu-satunya makmal yang menilai dan memperakui prestasi produk PV, mengesahkan bahawa modul Hiper-ion Risen Energy mencapai nilai jejak karbon 376.5 kg eq CO2/kWc. Modul solar ini menetapkan standard industri yang baharu untuk jejak karbon produk, menawarkan reka bentuk mesra iklim digabungkan dengan inovasi terkini yang membantu mengurangkan kos dan meningkatkan penjanaan kuasa.

"Dalam era di mana impak perubahan iklim global semakin meningkat, keneutralan karbon menjadi satu kemestian sejagat. Sebagai peneraju dalam industri solar, Risen Energy mengkhusus untuk mempelopori produk solar rendah karbon yang berkecekapan tinggi. Pengenalan siri Hiper-ion menandakan satu kejayaan baharu untuk Risen Energy, penyelesaian generasi seterusnya yang mengurangkan kos setiap kilowatt-jam sambil meningkatkan nilai karbon, selain penjanaan kuasanya yang unggul. Ia membuktikan komitmen kami untuk memajukan teknologi PV dan cita-cita kami untuk memperkasa dunia agar melangkah dengan pantas ke arah masa depan karbon sifar dengan produk yang inovatif," kata Liu Yafeng, Pengarah Kanan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Risen Energy.

Siri Hiper-ion Risen Energy memanfaatkan teknologi HJT yang terkini dengan lapisan terdop mikrohabluran pada kedua-dua sisi sel. Penggunaan pes berasaskan tembaga bersadur perak mengurangkan penggunaan perak, yang dapat menurunkan kos keseluruhan. 

Modul ini turut dilengkapi dengan Hyper-Link, teknologi saling sambungan khas yang dibangunkan oleh Risen Energy. Di samping itu, reka bentuk busbar-sifar menghapuskan busbar pada sel untuk meningkatkan lagi kesalinghubungan.

Dengan kecekapan mencecah sehingga 23.9%, modul ini mempunyai pekali suhu yang amat stabil dan kedwimukaan yang tinggi iaitu sehingga 85% ±10%. Proses wafer lebih nipis dan suhu rendah HJT membolehkan modul mencapai nilai jejak karbon kurang daripada 400 kg eq CO2/kWc. Dilancarkan pada tahun 2022, modul ini diperakui memenuhi standard IEC 61215/IEC 61730.

Dengan impak perubahan iklim global yang semakin meningkat, keneutralan karbon menjadi satu kesepakatan global. Sebagai pengusaha utama dalam industri PV, Risen Energy sentiasa menerima konsep pembangunan mampan. Ia bertindak balas secara aktif kepada seruan negara terhadap pembangunan rendah karbon dan komited untuk menyelidik dan membangunkan produk emisi rendah karbon, dengan hasil yang tinggi.

Latar Belakang Risen Energy

Risen Energy ialah pengeluar bertaraf kredit "AAA", Tahap 1, global dan terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi dan penyedia penyelesaian perniagaan keseluruhan untuk penjanaan kuasa. Ditubuhkan pada tahun 1986 dan disenaraikan secara terbuka pada tahun 2010, syarikat ini menyampaikan penjanaan nilai kepada pelanggan globalnya. Inovasi tekno-komersial, disokong oleh kualiti dan sokongan yang sempurna, mentakrifkan penyelesaian perniagaan PV Solar keseluruhan Risen, yang merupakan antara yang paling berkuasa dan berkesan kos dalam industri ini. Dengan kehadiran pasaran tempatan dan status keupayaan menjana keuntungan kewangan yang kukuh, kami komited dan mampu membina kolaborasi strategik yang saling menguntungkan bersama rakan kongsi kami tatkala kami bersama-sama memanfaatkan peningkatan nilai tenaga hijau.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements Cision Influencer List - ESG