omniture

Ahli Fizik Pertama Warganegara China Diberi Penghormatan dengan Hadiah Fizik Jirim Terkondensasi Oliver E. Buckley 2024

Tsinghua University
2023-10-26 23:58 23

Profesor Qikun Xue dari Tsinghua University dan Profesor Ashvin Vishwanath dari Harvard University memenangi hadiah atas penemuan ulung inovatif mereka dalam penyelidikan bahan kuantum topologi.

BEIJING, 26 Oktober 2023  /PRNewswire/ -- Profesor Qikun Xue, seorang ahli akademik dengan Chinese Academy of Sciences, profesor di Tsinghua University dan presiden Southern University of Science and Technology, dianugerahkan dengan Hadiah Fizik Jirim Terkondensasi Oliver E. Buckley 2024, ahli fizik pertama berbangsa Cina yang memenangi penghormatan ini. Bersama-sama Profesor Ashvin Vishwanath dari Harvard University, mereka diberi pengiktirafan "untuk kajian teori dan eksperimen perintis bagi sifat-sifat elektronik kolektif bahan-bahan yang mencerminkan aspek-aspek topologi struktur jalurnya."

Profesor Xue mengulas, "Pencapaian ini ialah hasil daripada pertumbuhan mantap China dalam kekuatan saintifik dan teknologi serta pengumpulan penyelidikan saintifik asas jangka panjang sejak reformasi dan keterbukaan China bermula empat dekad yang lalu. Pengiktirafan ini adalah milik setiap penyelidik dalam pasukan ini dan untuk semua saintis berbangsa Cina."

Professor Qikun Xue is China’s first scientist to win this award in the field of condensed matter physics.
Professor Qikun Xue is China’s first scientist to win this award in the field of condensed matter physics.

Sejak tahun 2009, Profesor Xue telah memimpin usaha penyelidikan kolaboratif bersama kumpulan-kumpulan penyelidikan dari Tsinghua University, Institute of Physics Chinese Academy of Sciences dan Stanford University untuk menangani cabaran yang sukar diatasi bagi merealisasikan kesan Hall anomali kuantum (QAH) secara eksperimen. Mengatasi pelbagai halangan dan rintangan, pada penghujung tahun 2012, mereka mencapai kejayaan saintifik yang penting dengan menjadi yang pertama di dunia yang memerhatikan kesan QAH secara eksperimen dalam penebat topologi bermagnet.

Penemuan perintis Profesor Xue telah memajukan bidang fizik dengan signifikan, mempelopori laluan baharu untuk penyelidikan jirim terkondensasi global. Implikasi praktikal juga menunjukkan potensi, memandangkan kesan QAH dan keadaan kelebihan tidak lesapnya berpotensi untuk merevolusikan peranti elektronik rendah tenaga pada masa akan datang.

Selain daripada bahan kuantum topologi, Profesor Xue turut menggalakkan penyelidikan dan pembangunan saintifk dalam bidang superkekonduksian dan superkekonduksian suhu tinggi, yang turut mendapat perhatian yang berterusan daripada generasi-generasi ahli fizik selama lebih seratus tahun lamanya.

Pada tahun 2012, Profesor Xue, memimpin sebuah pasukan penyelidikan dari Jabatan Fizik di Tsinghua University, menemui superkekonduksian suhu tinggi dalam filem FeSe sel-unit tunggal yang diletakkan pada substrat SrTiO3. Penemuan ini, diterbitkan dalam kertas kajian yang dikeluarkan pada tahun 2012, mencabar pemahaman umum tentang superkekonduksian suhu tinggi dan mencadangkan perspektif yang unik dan inovatif, yang memanifestasikan semangat penerokaan para saintis berbangsa Cina.

 

Source: Tsinghua University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)