DUBAI, UAE, 27 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Laifen, penyedia peralatan penjagaan diri yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Berus Gigi Elektrik Laifen Wave di GITEX GLOBAL 2023, acara teknologi terbesar dan paling inklusif di Timur Tengah. Diadakan di Dubai Harbour, GITEX GLOBAL menghimpunkan pemimpin-pemimpin industri dari seluruh dunia. Laifen Wave merupakan berus gigi elektrik dwitindakan yang pertama seumpamanya dan bersedia untuk membawa pengalaman memberus yang segar kepada pengguna di mana-mana sahaja.
Dwitindakan, Getaran dan Putaran
Masalah yang sekian lama berlaku untuk berus gigi elektrik ialah menjana kuasa yang mencukupi untuk membersihkan bahagian gigi secara mendalam sekali gus turut melindungi gusi pengguna. Bagi menangani isu ini, Laifen membangunkan sistem servo inovatif yang menggabungkan teknologi motor yang terkemuka dan algoritma sofistikated untuk membangunkan berus gigi yang mampu mencapai putaran yang amat luas dan getaran jitu, secara serentak. Julat 60° revolusioner Wave adalah tiga kali ganda lebih luas berbanding jenama-jenama lain, menjadikannya padanan yang tepat untuk kaedah memberus Bass yang amat digemari dan maksimum 66,000 getaran/min yang terulung memastikan pembersihan mendalam berbanding sebelum ini.
Reka Bentuk Satu-Keping Licin
Pemegang Wave menampilkan reka bentuk minimalis yang didatangkan dengan tiga kemasan: Keluli Tahan Karat, Aloi Aluminium dan ABS. Pemegang ini tidak mempunyai celah yang boleh dimasuki oleh kotoran atau serpihan dan diperakui kalis air IPX7, bererti ia mampu bertahan pada kedalaman 1m selama 30 minit.
Kepala Berus Premium
Wave didatangkan dengan tiga kepala berus berbeza yang mana setiap satu memiliki bentuk khusus untuk membersihkan semua jenis kontur gigi. Kepala berus Gum Care memiliki hujung tirus 0.02mm supaya ia dapat membersihkan gigi secara mendalam. Berbeza dengan pergantungan industri ini terhadap penggantian yang mahal, kepala berus Laifen memiliki harga yang berpatutan.
APP & Pengecasan Pantas
APP yang disertakan boleh disesuaikan pada 3 tetapan dan 10 tahap agar pengguna boleh memperibadikan pengalaman memberus mereka. Bagi mengelakkan pengecasan tanpa wayar yang tidak selamat, Wave menggunakan kabel pengecas magnetik yang mengecas sepenuhnya berus gigi ini hanya dalam 2.5 jam.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Laifen Wave, sila kunjungi www.laifentech.com.
Latar Belakang Laifen
Ditubuhkan pada tahun 2019, Laifen Tech ialah syarikat teknologi yang inovatif dengan pengalaman selama bertahun-tahun dalam kedua-dua penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan. Ketika ini, peralatan dan aksesori penjagaan diri Laifen yang canggih dan cekap boleh ditemui dalam lebih lima juta isi rumah di seluruh dunia. Laifen sentiasa mencabar standard industri untuk prestasi dan komited untuk terus meneroka kemungkinan baharu serta membangunkan teknologi baharu bagi menyediakan kepada pengguna seluruh dunia dengan pengalaman yang luar biasa.
Hubungi PR
media@laifentech.com
robertalewis@laifentech. com