omniture

Hisense Terajui Inovasi TV Laser demi Dunia Lebih Hijau

Hisense
2023-10-30 09:15 104

QINGDAO China, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Dalam dunia di mana teknologi dan gaya hidup amat berkait rapat, trend baru muncul dalam teknologi televisyen membentuk pengalaman hiburan kita. Menerajui transformasi ini ialah Hisense, sebuah syarikat yang berbeza dalam membangunkan teknologi TV Laser, menyampaikan kualiti yang dipertingkat, keselesaan penonton dan pengalaman sinematik imersif tanpa menjejaskan kemampanan.


Evolusi TV Laser Hisense

Sejak penubuhannya, Hisense komited terhadap inovasi. Pada tahun 2014, ia mendedahkan TV Laser 100-inci yang pertama di dunia, menandakan suatu pencapaian penting dalam industri hiburan. TV Laser 8K, diperkenalkan baru-baru ini, menunjukkan lagi keazaman Hisense untuk menerobos sempadan, bertindak balas dengan cekap kepada permintaan global demi pengalaman tontonan yang unggul.

Kedudukan Kukuh dalam Pasaran Global

Menurut laporan 2022 oleh agensi penyelidikan pasaran Omdia, Hisense merupakan antara peneraju pasaran dari segi volum dan bahagian hasil global, menekankan keseiringannya dengan pengguna seluruh dunia. TV Laser L9H, umpamanya, menggabungkan Dolby Vision dan Dolby Atmos, memenuhi dan melangkaui spesifikasi warna BT.2020 dan menawarkan kepada penonton dengan pengalaman audio-visual yang diperkaya dan imersif.


Keselesaan Mata dan Pengalaman Tontonan Dipertingkat

Teknologi TV Laser Hisense direkayasa dengan keselesaan penonton sebagai terasnya. TV Laser L9 direka bentuk untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya ketegangan mata. Peningkatan ini mengukuhkan pengalaman tontonan, membuktikan pendekatan holistik Hisense terhadap inovasi yang mengutamakan keselesaan dan kesejahteraan penonton berserta kemajuan teknologi.

Komitmen Hisense kepada Kelestarian

Pertimbangan terhadap alam sekitar penting untuk trajektori inovasi Hisense. TV Laser L9, dengan kadar kitar semula 92%, mendemonstrasikan penjajaran syarikat dengan matlamat kelestarian global demi dunia yang lebih hijau. Fokus diperluaskan kepada kecekapan tenaga, dengan TV Laser memperlihatkan penggunaan kuasa yang dikurangkan berbanding dengan TV LCD setara.

Pengiktirafan Industri dan Tinjauan Masa Depan

Tatkala landskap televisyen berkembang, integrasi teknologi canggih dan mampan dijangkakan, dengan Hisense dijangka menjadi penyumbang utama kepada inovasi yang berterusan ini.

Kemajuan dalam teknologi TV Laser, diterajui oleh syarikat-syarikat seperti Hisense, bukan sahaja tentang kualiti gambar yang dipertingkat dan pengalaman imersif—ia turut menandakan langkah ke arah penyelesaian yang lebih cekap tenaga dan lestari.

Gabungan antara inovasi, kualiti dan kelestarian melambangkan era moden teknologi televisyen. Walaupun trajektori evolusi ini masih lagi berlaku, satu perkara yang pasti: Hisense akan terus menjadi kuasa yang penting, membentuk masa depan hiburan rumah global menerusi komitmennya terhadap kecemerlangan, inovasi dan kelestarian.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Corporate Social Responsibility Environmental Issues Cision Influencer List - ESG