MUNICH, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hentian Eropah bagi Sidang Kemuncak Rangkaian Huawei (HNS) 2023 telahpun diadakan dengan jayanya di Munich, Jerman, menarik minat lebih 500 rakan kongsi dan pelanggan dari lebih 30 negara, termasuk Jerman, Perancis, Itali, Switzerland, Sepanyol dan Portugal. Para hadirin daripada pelbagai industri mendalami inovasi teknologi komunikasi data Huawei dan meneroka bagaimana untuk memanfaatkan inovasi teknologi bagi mempercepatkan transformasi digital dan pintar perusahaan serta mencipta nilai baharu bersama-sama di Eropah.
Di HNS, Leon Wang, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Inovasi Tidak Pernah Berhenti", memberi penjelasan tentang bagaimana Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei membawa kualiti rangkaian ke tahap baharu. Huawei khususnya meningkatkan lagi penyelesaian CloudCampus, CloudFabric dan CloudWAN masing-masing dari perspektif pengalaman, kecerdasan dan penumpuan. Selain itu, Huawei mendedahkan banyak produk perintis, termasuk AP Wi-Fi 7 senario-menyeluruh, CloudEngine S8700 (suis kampus berkualiti tinggi), suis pengkomputran pintar 800GE siri 16800 CloudEngine, NetEngine 8000 F8 (penghala pengangkut tertumpu) dan peta digital rangkaian berasaskan iMaster NCE. Kesemua tawaran ini memperkasa rangkaian dengan inovasi dan menyerlahkan produktiviti digital pada kadar yang dipercepatkan.
Tatkala transformasi digital meningkat, pelanggan dalam pelbagai industri telah menimbulkan keperluan dan cabaran baharu untuk rangkaian komunikasi data. Sebagai respons, Huawei berinovasi secara berterusan dan menaik taraf Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya dari perspektif pengalaman, kecerdasan dan penumpuan serta bekerjasama erat dengan rakan kongsi global untuk membantu pelanggan membina infrastruktur rangkaian yang utama dalam industri.
Di HNS, Vincent Liu, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian & Jualan Penyelesaian Perusahaan Global Huawei, memperkenalkan kemajuan dan pencapaian terkini IP Club sepanjang tahun lalu dan kemudian menyampaikan anugerah kepada ahli-ahli berlian yang cemerlang.
IP Club ialah platform komunikasi rakan industri IP yang dimulakan oleh Huawei. Menurut Vincent Liu, Huawei akan mengukuhkan operasi IP Club dan menyediakan kepada ahli-ahli IP Club dengan aktiviti hanya untuk ahli yang terpelbagai, seperti bengkel teknikal secara peribadi, mesyuarat bersemuka dengan pakar industri, Karnival IP Club dan interaksi rakan dalam komuniti dalam talian. Setakat ini, Huawei menghimpunkan lebih 3000 ahli IP Club di seluruh dunia.
Sebagai penyedia yang terkemuka bagi produk dan penyelesaian komunikasi data, Huawei akan terus berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi untuk meneroka secara berterusan inovasi transformasi digital industri. Dengan berbuat demikian, Huawei akan menyediakan penyelesaian yang terbaik dalam kelas untuk pelanggan merentas pelbagai industri.
Hubungi
hwebgcomms@huawei.com