omniture

Menyerlahkan Potensi Rentas Sempadan: Laporan Baharu Mendedahkan Peluang Pengembangan Asia untuk Perniagaan

2C2P
2023-10-30 17:23 56

SINGAPURA, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Seiring dengan arus pertumbuhan ekonomi yang pesat, ekonomi digital Asia terus mencatatkan keuntungan yang memberansangkan, menerusi inisiatif rentas sempadan dan kemudahan yang mampu menawarkan inisiatif kepada perniagaan untuk mencapai pertumbuhan yang belum pernah terjadi sebelum ini, menurut laporan terkini oleh firma perisikan pasaran IDC dan ditauliahkan oleh platform pembayaran global 2C2P dan Ant Group.

Sejak tahun 2021, InfoBrief IDC yang ditugaskan oleh 2C2P berusaha untuk menyediakan pentas pembayaran digital yang terulung di Asia Tenggara. Edisi tahun ini, "Bagaimana Asia Membeli dan Membayar 2023: Memanfaatkan Peluang Perdagangan Rantau Asia" ("How Asia Buys and Pays 2023: Tapping into Asia's Regional Commerce Opportunities"), meluaskan skop yang merangkumi pentas pembayaran digital di seluruh Asia Tenggara (SEA), Korea Selatan dan Jepun (SEAKJ).

Laporan tersebut menyelidik tentang potensi luas dalam peningkatan perhubungan dan dagangan serantau di Asia, dipacu oleh sasaran peningkatan hasil e-dagang rentas sempadan dan perbelanjaan pelancong di luar talian, serta infrastruktur sektor awam dan swasta. Ia menyediakan panduan dan peluang untuk sektor perniagaan menyertai perdagangan rentas sempadan dengan memanfaatkan inisiatif yang disediakan, bermula daripada pembayaran digital hingga logistik, bagi mendekati sasaran pengguna baharu dan mencipta aliran pendapatan yang lebih meluas.

Sorotan Utama -:

  • Asia Tenggara Mendahului: SEA mendahului pertumbuhan ekonomi digital pada 15.8% untuk lima tahun akan datang, mengatasi Amerika Syarikat dan EU. Korea Selatan (12.7%) dan diikuti rapat oleh negara Jepun (10.2%), secara tidak lansung membuka peluang perdagangan yang luas untuk SEAKJ.
  • Pertumbuhan Ekonomi Digital Pesat: Ekonomi digital SEAKJ kini di ambang mencapai pertumbuhan yang pesat, disasarkan melonjak daripada $501.7 bilion pada tahun 2022 kepada $914.9 bilion yang mengejutkan dalam tahun 2027E, menandakan lonjakan 82% yang mengagumkan hanya dalam tempoh lima tahun.
  • Pembayaran Digital Mempercepat: SEA menjangkakan 100% pengembangan dalam pasaran e-dagang, didorong oleh pertumbuhan pembayaran digital yang sedang melonjak, diterajui oleh medium Beli Sekarang Bayar Kemudian "Buy Now Pay Later" (38%), dompet mudah alih (18.9%), pembayaran domestik (16.9%) dan kad kredit (14.4%).
  • Lonjakan Hasil Rentas Sempadan: Usaha sektor swasta dan awam bersedia untuk menyuntik hasil rentas sempadan baharu yang memberangsangkan sebanyak $232.4 bilion ke dalam ekonomi SEAKJ bermula dari 2022 hingga 2027E, didorong oleh keuntungan dari perbelanjaan e-dagang dan pelancongan.
  • Hasil e-dagang rentas sempadan bersedia meningkat sebanyak 70% kepada $148.1 bilion menjelang 2027E, mengatasi pertumbuhan hasil e-dagang domestik.
  • Perbelanjaan Pelancongan Meningkat Pesat: Pelancongan luar talian di SEAKJ disasarkan meningkat luar biasa sebanyak 334% menjelang tahun 2027E, satu sumbangan yang besar iaitu sebanyak $171.4 bilion kepada ekonomi serantau.

Aung Kyaw Moe, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 2C2P, menyatakan, "Misi kami di 2C2P adalah untuk memperkasa perniagaan bagi mengemudi dan berkembang maju dalam pentas pembayaran yang kian berkembang di Asia. Harapan kami dengan penemuan dalam laporan ini dapat menggalakkan perniagaan untuk menyerlahkan potensi besar ekonomi digital Asia dengan memanfaatkan inisiatif serta kemudahan dari sektor awam dan swasta. Melalui kemudahan pembayaran kami yang komprehensif, kami bersedia untuk bekerjasama dengan pemilik perniagaan untuk merebut peluang yang menarik di seluruh rantau ini."  

Douglas Feagin, Naib Presiden Kanan Ant Group dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Pembayaran Mudah Alih Rentas Sempadan Alipay+ berkata, " Pendigitalan akan memberi impak positif yang ketara di seluruh Asia, membentuk masa depan dari segi perniagaan dan gaya hidup. Kami komited untuk membantu peniaga yang besar dan juga kecil-kecilan untuk menikmati faedah daripada pembayaran digital yang lancar, yang juga merupakan asas bagi pertumbuhan masa hadapan.

Walau bagaimanapun, peningkatan pesat dalam jumlah dan kepelbagaian pilihan pembayaran digital akan menjadi cabaran, terutamanya untuk peniaga kecil dan sederhana. Dengan bekerjasama dengan rakan kongsi kami, ini membolehkan peniaga-peniaga mendapat akses kepada pelbagai pilihan pembayaran melalui satu antara muka yang mudah digunakan, dan kami dapat melihat hasil yang sangat menggalakkan.

Hal ini amat penting terutamanya dengan peningkatan yang berterusan dalam penggunaan dan penyambungan dalam talian dan sambungan rentas sempadan. Bermula dari platform dalam talian global hingga peniaga kecil di tepi jalan, kini adalah penting untuk semua perniagaan memenuhi norma digital ini dan saya percaya dengan saling bekerjasama, kami dapat membantu lebih ramai pengguna dan lebih banyak perniagaan mendapat manfaat daripada pendigitalan."

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sylvia McKaige (Bagi pihak 2C2P)
sylvia.mckaige@salweengroup.com

Source: 2C2P
Keywords: Banking/Financial Service