omniture

Menyambut Ulang Tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Jalan: Tsinghua University Tonjolkan Peranan Warga Tsinghua dalam Menggalakkan Pembangunan Global

Tsinghua University
2023-10-30 22:48 22

BEIJING, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Profesor, pelajar dan alumni Tsinghua University berkongsi pengalaman mereka membawa idea inovatif dan usaha yang melancarkan kemajuan global dan membina dunia saling terhubung melalui penglibatan mereka dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).

 

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/players/English/9220851-tsinghua-university-highlights-tsinghua-people-promoting-global-development/

Temu bual tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif yang dilancarkan oleh Institut Jalur dan Jalan Tsinghua University untuk menyambut ulang tahun ke-10 BRI pada tahun 2023. Video yang disiarkan melalui YouTube menonjolkan impak selama sedekad yang diberikan oleh anggota masyarakat Tsinghua, yang memainkan peranan penting dalam pergerakan global yang transformatif ini melalui pertukaran akademik dan pengukuhan infrastruktur yang kritikal di negara-negara sepanjang BRI.

Zhao Kejin, Profesor dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Sosial Tsinghua University merupakan antara ahli fakulti yang terlibat dalam pembangunan awal BRI. Beliau dan rakan-rakan mengambil bahagian dalam mesyuarat yang dianjurkan oleh kementerian dan suruhanjaya yang berkaitan serta memberi input yang bernas kepada kerajaan melalui laporan. Pada tahun 2017, beliau menyertai sebuah pasukan yang menerajui penubuhan Forum Devos Jalur dan Jalan, memaparkan penyelesaian China yang menangani isu-isu global pada platform bertaraf dunia dengan matlamat untuk "menyampaikan suara China dan menjelaskan dasar China di tengah-tengah ekonomi dunia."

Shi Zhiqin, Dekan Eksekutif Institut Jalur dan Jalan, Tsinghua University, menjelaskan peranan Universiti sebagai "penasihat dasar" yang menjalankan penyelidikan utama dan menjalin kerjasama dengan kumpulan pemikir terkemuka China untuk memandu pembangunan strategik BRI.

"Berat sebelah sering timbul akibat kurangnya pemahaman, maka maklumat yang diperoleh secara langsung adalah sangat penting," kata Hu Yu, Profesor di Pusat Pengajian Kewartawanan dan Komunikasi serta Pensyarah bagi Kompetensi Global dan Amalan Luar Negara di Tsinghua University. Bagi memupuk persefahaman yang lebih tinggi antara China dan negara-negara lain, beliau menganjurkan satu siri pertukaran akademik dan budaya, membantu baik pelajar mahupun kakitangan Universiti memperoleh pemahaman tentang budaya dan masyarakat yang berbeza.

Zheng Hao, seorang pelajar pascasiswazah dalam bidang Kejuruteraan Awam, merupakan salah seorang wakil pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Pertukaran Belia Asia Pasifik PBB. Beliau menjalankan kajian di wilayah Thailand yang terabai, suatu pengalaman yang mencetuskan aspirasi beliau untuk menjadi "penjawat awam global."

Cao Fengze, Penolong Pengarah Cawangan Afrika di Sinohydro Bureau 11 Co., Ltd. dan alumni Tsinghua University, berkongsi perjalanan menginspirasikan yang membantu beliau menemui nilai-nilai peribadi untuk komuniti global melalui penglibatan beliau dalam projek-projek infrastruktur di seluruh Afrika.

Dibina sempena menyambut ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Sino-Mesir pada tahun 2021, sebuah menara, menanjak naik setinggi 385 meter ke kaki langit CBD baharu yang terletak di ibu kota baharu Mesir, berdiri teguh untuk meraih gelaran bangunan pencakar langit tertinggi Afrika. Zhang Yiqing, seorang alumni Tsinghua dan Pengurus Besar di sebalik projek utama ini, menjelaskan elemen reka bentuk yang menunjukkan kepakaran China dalam pembinaan serta melambangkan ikatan yang berkekalan antara kedua-dua negara.

The famous sundial standing right in front of the Auditorium. The four Chinese characters, “行胜于言(Actions Speak Louder than Words)”, has reminded every passerby of the Tsinghua spirit.
The famous sundial standing right in front of the Auditorium. The four Chinese characters, “行胜于言(Actions Speak Louder than Words)”, has reminded every passerby of the Tsinghua spirit.

A lecturer passionately teaching a group of attentive students at Tsinghua University.
A lecturer passionately teaching a group of attentive students at Tsinghua University.

The Tsinghua University International Students and Scholars Gala Night is a festive celebration welcoming the new year.
The Tsinghua University International Students and Scholars Gala Night is a festive celebration welcoming the new year.

A senior lecturer and students deep in conversation in a dedicated study area.
A senior lecturer and students deep in conversation in a dedicated study area.

No Sports, No Tsinghua: Students participating in a thrilling dragon boat racing event.
No Sports, No Tsinghua: Students participating in a thrilling dragon boat racing event.

Source: Tsinghua University
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Broadcast feed announcements