![]() |
NEW DELHI, 30 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Comviva, peneraju global dalam pengalaman pelanggan dan penyelesaian pengewangan data, hari ini mengumumkan bahawa NGAGE – CPaaS Solution miliknya telah menerima anugerah Global Carrier Awards 2023 yang berprestij dalam kategori 'Inovasi Awan Terbaik'. Global Carrier Awards (GCA) tahunan yang ke-19 telah berlangsung di London pada minggu lepas, semasa persidangan Capacity Europe 2023.
NGAGE CPaaS Solution daripada Comviva telah mendapat pujian meluas daripada firma penganalisis terkemuka, termasuk Juniper dan Gartner kerana memperkasakan syarikat telekomunikasi dengan rangkaian penyelesaian komunikasi berasaskan awan yang komprehensif dan disesuaikan untuk pelanggan perusahaan. Penyelesaian ini melibatkan pelanggan merentasi pelbagai saluran, termasuk SMS, E-mel, WhatsApp, Suara, Video dan AI Perbualan dengan lancar serta menawarkan automasi kognitif dan keupayaan NLP.
NGAGE telah berjaya digunakan oleh lebih 80 pengendali telekomunikasi yang membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) kepada lebih 7,000 perniagaan di seluruh dunia. Platform ini mengendali volum trafik tahunan lebih 250 bilion mesej yang mengagumkan dan telah memainkan peranan penting dalam membantu Syarikat Telekomunikasi menjana aliran hasil baharu, dengan pertumbuhan tahunan yang besar sebanyak USD140 juta.
Bercakap berkenaan anugerah tersebut, Deshbandhu Bansal, Ketua Pegawai Operasi, Penyelesaian Mesej Comviva berkata, "Kami berbangga menerima anugerah Global Carrier Awards 2023 yang berprestij ini. Pengiktirafan terhadap platform NGAGE CPaaS kami sebagai Inovasi Awan Terbaik mengesahkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam bidang penyelesaian komunikasi berasaskan awan. Kami tetap berdedikasi untuk memupuk transformasi dan pertumbuhan positif kepada rakan kongsi telekomunikasi kami yang membolehkan mereka berkembang maju dalam pasaran yang semakin berkembang. Penghargaan ini bukan sahaja mengesahkan usaha kami tetapi juga bertindak sebagai sumber motivasi untuk terus mendorong batasan kejayaan yang boleh dicapai dalam bidang perkhidmatan pembawa."
Global Carrier Awards merupakan sebuah acara tahunan yang mengiktiraf dan meraikan pencapaian dan inovasi cemerlang dalam industri telekomunikasi dan pembawa. Majlis anugerah berprestij ini mengiktiraf sumbangan syarikat dan individu yang telah membuat kemajuan penting dalam bidang komunikasi global dan perkhidmatan perhubungan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Timbalan Pengurus Besar, Komunikasi Korporat
E-mel: Sundeep.mehta@comviva.com
No. telefon +91-9910030732
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/995982/Comviva_Logo.jpg?p=medium600