omniture

HEROMARKET TRANSFORMASIKAN OPERASI GUDANG DENGAN PERISIAN HONEYWELL

Honeywell
2023-10-31 09:00 14

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Honeywell mengumumkan bahawa HeroMarket, salah satu rangkaian pasaraya yang terkemuka di Malaysia, mengintegrasikan Sistem Pengurusan Gudang (WMS) Meson Honeywell untuk membantu mengoptimumkan pusat pengedaran (DC) dan operasi logistiknya. 

HeroMarket menandatangani perjanjian dengan Honeywell untuk melaksanakan Meson WMS
HeroMarket menandatangani perjanjian dengan Honeywell untuk melaksanakan Meson WMS

Pelaksanaan ini menandakan satu peristiwa penting dalam transformasi digital HeroMarket untuk meningkatkan kecekapan rantaian bekalannya. HeroMarket terkenal dengan komitmen untuk menyampaikan hasil segar, barangan runcit dan produk berkualiti tinggi kepada pelanggannya. Pelaksanaan Meson WMS, terkenal dengan keupayaannya yang canggih dalam automasi gudang, akan membantu peruncit mengautomasikan pusat pengedaran (DC) dan operasi logistik serta membantu proses restock yang tepat pada masanya dan pengurusan inventori yang lebih cekap.

"Kami teruja untuk melaksanakan Honeywell Meson WMS ini. Langkah yang strategik ini memperlihatkan dedikasi kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pelanggan-pelanggan yang selaras dengan visi dan misi kami, sambil mengoptimumkan operasi gudang kami demi masa depan," kata Danny Chea, Pengurus Kanan DC HeroMarket.

Meson WMS menawarkan penyelesaian yang komprehensif untuk perniagaan yang mahu meningkatkan kecekapan operasi. Ia membolehkan para pengguna akses inventori penuh secara masa sebenar, bantu mengoptimumkan aliran kerja dan mengurus buruh, pengambilan, penyimpanan serta tugas-tugas lain dengan cekap. Peruncit, gudang dan operasi logistik biasanya melihat peningkatan pemilihan barang yang tepat, pengesanan penghantaran yang lebih baik dan pemenuhan pesanan yang tepat selepas pemasangan Meson WMS, lalu membantu meningkatkan kepuasan pelanggan.

"Kami berasa bangga dapat menyokong HeroMarket untuk meningkatkan operasi rantaian bekalan mereka. Penyelesaian Honeywell Meson WMS akan membantu mencapai kecekapan gudang yang lebih tinggi dan meningkatkan lagi reputasinya sebagai salah satu rangkaian pasaraya yang terkemuka di Malaysia," kata Jonathan Kwok, Pengurus Besar Honeywell Logistics Solutions.

Faedah-faedah utama Meson WMS untuk HeroMarket:

  1. Kecekapan: Meson WMS akan  mengemaskan proses gudang dengan menyusun setiap produk mengikut kuantiti pesanan tertentu dan menghantarnya ke kedai-kedai pada hari yang sama. Ini menghasilkan pemenuhan pesanan segera apabila barang diterima, lalu  mengurangkan ruang simpanan, kos inventori dan memastikan kesegaran produk.
  2. Kebolehlihatan Masa Sebenar: Sistem ini akan memberikan HeroMarket kebolehlihatan inventori dalam masa sebenar, mengupayakan pengurusan inventori yang tepat dan mengurangkan keadaan kehabisan stok atau lebihan stok.
  3. Pengurangan Ralat: Dengan mengautomasikan pelbagai tugas gudang, Meson WMS dapat mengurangkan kemungkinan ralat dalam pemprosesan pesanan dan pengesanan inventori dengan ketara.
  4. Peningkatan Pengalaman Pelanggan: Meson WMS akan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan produk boleh didapati dengan mudah, lalu menyumbang kepada pengalaman membeli-belah yang lancar untuk pelanggan mereka.

Kunjungi Honeywell Logistics Solutions untuk maklumat lanjut mengenai Meson WMS.

Latar Belakang Honeywell
Honeywell ialah syarikat pengendalian bersepadu yang menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai jenis industri dan geografi di serata dunia. Perniagaan kami sejajar dengan tiga trend mega yang berkuasa – automasi, masa depan penerbangan dan peralihan tenaga – disokong oleh sistem pengendalian Honeywell Accelerator kami dan platform perisian bersepadu Honeywell Connected Enterprise. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, kami membantu organisasi-organisasi menangani cabaran yang paling sukar dan paling rumit di dunia, lalu menyediakan penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan inovasi yang membantu menjadikan dunia lebih pintar, lebih selamat dan lebih lestari. Untuk berita dan maklumat lanjut mengenai Honeywell, silakunjungi www.honeywell.com/newsroom

Hubungan media
Anna Ramli
+60122124439
Anna.Ramli@Honeywell.com

Source: Honeywell
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Retail Transportation Supply Chain/Logistics