omniture

JA Solar kekalkan penarafan AAA tertinggi dalam senarai kedudukan keupayaan menjana keuntungan PV ModuleTech

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-10-31 09:28 67

BEIJING, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- PV Tech telahpun mengeluarkan senarai kedudukan keupayaan menjana keuntungan bagi suku ketiga tahun 2023, dengan JA Solar sekali lagi menerima penarafan AAA tertinggi berdasarkan kepada prestasi kewangannya yang tekal mantap, inovasi teknologi yang berterusan dan kualiti produk yang amat andal. Syarikat ini kini telah mencapai penarafan ini selama beberapa suku tahun berturut-turut, memperlihatkan tahap pengiktirafannya yang tinggi dalam pasaran PV global.

JA Solar retains highest AAA rating in PV ModuleTech bankability rankings
JA Solar retains highest AAA rating in PV ModuleTech bankability rankings

Sebagai salah satu pengeluar modul yang terkemuka di dunia, syarikat ini mengeluarkan produk berkecekapan tinggi dan berkualiti tinggi selama bertahun-tahun bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan globalnya, modul siri DeepBlue menjadi semakin popular dengan pelanggan di serata dunia atas kecekapan tinggi, kuasa tinggi, kapasiti penjanaan tinggi dan keandalan yang tinggi. Setakat penghujung Jun 2023, penghantaran kumulatif JA Solar telah mencecah 152GW, yang mana 23.95GW dihantar pada separuh pertama tahun ini, yang menempatkan syarikat ini di barisan hadapan dalam industri ini.

Menurut laporan PV Tech, JA Solar telah mendorong kemajuan industri PV dengan kelebihan teknologinya yang utama. Tatkala pasaran PV global memasuki era jenis-n, syarikat ini melancarkan DeepBlue 4.0 Pro, generasi baharu modul berkecekapan tinggi jenis-n yang menerima pakai sel Bycium+, SMBB dan teknologi enkapsulasi modul berketumpatan tinggi, menampilkan degradasi lebih rendah, penjanaan kuasa dwimuka lebih tinggi dan prestasi penjanaan kuasa suhu tinggi yang dipertingkat. Versi sel-72 modul ini dapat mencapai kuasa 630W dengan kecekapan 22.5%, menjadikannya salah satu penyelesaian yang paling popular dalam industri ini.

JA Solar komited kepada pembangunan lestari dan terus mencipta produk hijau dan rendah karbon, dengan modul-modul arus perdananya menjadi antara yang pertama menerima Pensijilan Jejak Karbon daripada organisasi pengujian Perancis Certisolis.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities