omniture

Proposisi Jenama Baharu CHiQ Bersedia Gabungkan Inovasi Dengan Gaya

CHiQ
2023-10-31 20:08 55

BERLIN, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai proposisi jenama baharu yang akan ditonjolkan dalam seluruh usaha pemasarannya, CHiQ dengan bangganya memperkenalkan konsep Pintar Bergaya (Smart with Style). CHiQ akan memfokuskan pada perkembangan masa depan yang berkisarkan tentang inovasi tanpa henti digabungkan dengan reka bentuk yang diperhalusi. Konsep Pintar Bergaya bertujuan untuk mencerminkan dedikasi CHiQ untuk membawakan teknologi terkini bagi mencipta rumah pintar, dengan gaya.

CHiQ memfokuskan pada nilai-nilai teras yang mentakrifkan persona, identiti dan tujuannya: reka bentuk diperhalus, inovasi tanpa henti dan kualiti unggul. Konsep Pintar Bergaya tercipta dengan mengutamakan nilai-nilai teras ini dan dengan cara itulah mereka maju ke hadapan dengan nilai kecemerlangan dalam produk dan perkhidmatan mereka. Konsep Pintar Bergaya akan menjadi titik penentu dalam seluruh strategi pemasaran dan kewujudan CHiQ, bagi mengukuhkan kedudukannya untuk menjadi jenama perkakas rumah pintar yang menarik minat semua orang yang berminat untuk menaik taraf pengalaman kediaman mereka dengan teknologi terkini serta reka bentuk kontemporari.

Sejak tahun 2017, CHiQ telah diperkenalkan dalam pasaran Australia sebagai jenama bebas dan juga dalam pasaran Eropah dan Asia Tenggara. Kini, CHiQ telah menembusi lebih 40 negara dan wilayah dengan skop perniagaan yang meliputi ekonomi-ekonomi besar di seluruh dunia seperti Kesatuan Eropah, ASEAN, Amerika Tengah dan Selatan, Timur Tengah, Afrika, Korea Selatan dan banyak lagi. Jenama ini menjalin hubungan kerjasama yang kukuh bersama banyak perusahaan yang terkenal di peringkat antarabangsa bersama-sama dan telah memasuki saluran luar talian utama di Australia, Korea Selatan dan banyak lagi. CHiQ telah memasuki lebih 30 platform e-dagang arus perdana di seluruh dunia termasuk Amazon di Eropah, Lazada dan Shopee di Asia Tenggara. CHiQ mewujudkan landskap komprehensif bagi perkakas rumah pintar bermula daripada set TV, peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh, monitor dan banyak lagi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, CHiQ dianugerahkan "Peti Sejuk Paling Memuaskan Hati Pelanggan" oleh Canstar Blue dan "Anugerah Terpuji untuk Jenama Penyejuk Beku Terbaik" oleh Finder yang mana kedua-duanya merupakan organisasi tinjauan yang berwibawa dari Australia. Perkakas-perkakas ini telah lama berada dalam senarai jualan terlaris Amazon di Jerman dan Perancis dan CHiQ telah berulang kali memperoleh tempat pertama dalam jualan kategori TV di Shopee, platform e-dagang terkemuka Indonesia.

CHiQ ialah jenama individu Changhong. Pada Disember 2022, Changhong mendapat tempat dalam kalangan 500 jenama paling berpengaruh di dunia. Bagi memfokuskan lebih kepada hubungan teknologi dan manusia antara produk dan penggunanya, CHiQ akan terus berusaha untuk mencipta dan menawarkan produk pintar dengan nilai yang lebih baik kepada dunia.

Source: CHiQ
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Television New products/services