omniture

Kempel Amal Kanser Payudara 2023 Olight: Menyinari Harapan bersama Yayasan Kanser Payudara Seluruh Dunia

OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
2023-10-31 21:12 92

FRISCO, Texas, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Olight, pengeluar lampu mudah alih yang terkemuka, berjaya melabuhkan tirai Kempen Amal Kanser Payudara 2023, mengumpul sebanyak $77,313.43 untuk bantuan kanser payudara merentas 13 negara, termasuk AS, UK, Kanada, Korea, Thailand, Itali, Jerman, Perancis, Australia, Jepun, Sepanyol, Austria dan China, hasil daripada pembelian oleh semua pembeli produk amal Olight.

Olight received the third Anniversary Partner Award from NBCF
Olight received the third Anniversary Partner Award from NBCF

Mulai 24 hingga 26 Oktober, OlightUSA menawarkan empat model lampu suluh (imini 2 Pink, Gober, Obulb pro S dan Wyvern Pink) untuk dijual di olightstore.com. Laman web Olight di negara-negara lain masing-masing turut melancarkan jualan. Semua hasil dikhususkan untuk National Breast Cancer Foundation (NBCF) di AS dan rakan-rakan kongsi global yang lain, seperti Brustkrebs Deutschland e.V. di Jerman dan Australia National Breast Cancer Foundation. Sejak tiga tahun yang lalu, Olight mengumpul sebanyak $518,930, memberi impak secara langsung kepada lebih 10,000 pesakit di seluruh dunia untuk kanser payudara.

Satu penambahan ketara pada tahun ini ialah persekitaran luar talian di AS: Olight menubuhkan Reruai Kesedaran di Frisco, Dallas, dengan kerjasama NBCF. Reruai ini menyediakan maklumat mengenai kanser payudara dan menggalakkan penyertaan komuniti untuk melawan penyakit ini. Olight turut menghadiahi sukarelawan dan pesakit dengan lampu suluh khas, kantung berwarna merah jambu dan sebagainya di lapangan. Di samping itu, 300 orang pesakit akan menerima lampu suluh Olight dan hadiah-hadiah lain dalam HOPE Kits.

Semasa berlangsungnya acara itu, Olight menerima Anugerah Rakan Kongsi Ulang Tahun ketiga yang berprestij daripada NBCF, bagi mengiktiraf komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada tujuan tersebut. Mavis Xiao, Naib Presiden Olight, berkata, "Satu penghormatan apabila dapat berdiri bersama NBCF dalam misi ini selama tiga tahun. Sebagai warga korporat global, Olight bermatlamat bukan sahaja untuk menerangi dunia dengan lampu, tetapi juga menyemainya dengan HARAPAN."

Kolaborasi antara Olight dan rakan-rakan kongsi seperti NBCF, mempermudah perbualan yang penting tentang pengesanan dan rawatan awal, menekankan kepentingan kesedaran dan penglibatan komuniti. Brooke Adams, Pengarah Kanan Pemberian Amal dan Perkongsian Strategik di NBCF, mengucapkan terima kasih atas dedikasi Olight dan menjangkakan kolaborasi selanjutnya.

Kanser payudara kekal menjadi kebimbangan global dan Olight akan sentiasa memberi sokongan dan harapan kepada mereka yang terkesan bersama rakan-rakan kongsi global.

Olight 

Olight ialah penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian lampu mudah alih, menumpukan pada misinya untuk "menerangi dunia". Rangkaian produknya yang pelbagai menawarkan perkhidmatan dalam pelbagai senario, termasuk isi rumah, kawasan luar dan kegunaan-kegunaan lain, dengan produk-produk dijual dan digunakan di seluruh dunia merentas Eropah, benua Amerika dan wilayah-wilayah lain di serata dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Olight, sila kunjungi www.olightworld.com.

Source: OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility Women-related news