DUSSELDORF, Jerman, 21 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Dalam usaha untuk mengukuhkan kesedaran jenamanya di Eropah dengan lebih lanjut, Hisense telah memeterai perkongsian premium 3 tahun bersama kelab bola sepak Bundesliga Jerman dan juga peserta Liga Juara, FC Schalke 04. Pakar teknologi itu akan beroleh kehadiran yang mantap melalui papan iklan LED di dalam stadium, selain kesemua dinding latar wawancara TV. Dua pemain FC Schalke 04, Benedikt Howedes dan Julian Draxler telah mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA 2014 dan turut beraksi bagi menyumbang kepada Kejohanan Jerman.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140717/127934
Selain TV, Hisense turut menyediakan beberapa kategori produk lain seperti peti sejuk dan penyejuk beku yang inovatif. Hasil daripada perkongsian ini, Hisense kini akan beroleh tahap kehadiran yang sama seperti rakan kongsi premium Schalke yang lain seperti Coca-Cola dan Volkswagen.
Hisense telah memanfaatkan pemasaran sukan bagi mempromosikan kesedaran jenamanya dalam pasaran global, seperti mendapatkan hak penamaan untuk arena Australia Terbuka dan juga menjadi penganjur untuk pelbagai sukan hebat di Afrika Selatan, Eropah, Timur Tengah serta rantau lain. Pemasaran sukan memainkan peranan penting terhadap kemajuan Hisense pada peringkat global. Menurut data Display Search untuk suku pertama tahun 2014, Hisense mengekalkan momentum pertumbuhan yang mantap dan berada pada kedudukan No.4 dalam pasaran global. FC Schalke 04, kelab bola sepak Jerman yang terkenal di dunia dengan sejarah hebat, telah mencapai kejayaan luar biasa di atas padang bola sepak untuk tujuh kejohanan Jerman, lima perlawanan piala bola sepak kalah mati (DFB-Pokal, sebelumnya dikenali sebagai Tschammer-Pokal) serta satu Piala UEFA.
Henry Liu, Timbalan Pengurus Besar Hisense International Co. Ltd., yang bertanggungjawab terhadap Hisense Eropah, melihat peluang yang besar menerusi perkongsian ini: "Dalam FC Schalke 04, kami telah menemui rakan kongsi yang akan menyokong kami bagi mengukuhkan jenama kami dalam pasaran Eropah yang kian berkembang dan penting daripada segi strategi." Alexander Jobst, Pengarah Pemasaran Schalke, turut yakin kedua-dua pihak akan beroleh manfaat yang besar daripada perkongsian tersebut: "Bagi Schalke 04, kolaborasi dengan Hisense ini merupakan satu lagi kejayaan penting dalam usaha kami ke arah pengantarabangsaan. Seperti yang anda ketahui, kami telah meningkatkan tumpuan kami terhadap pasaran Asia buat beberapa ketika." Kedua-dua pihak akan beroleh keuntungan yang besar daripada satu sama lain.
Pada musim Bundesliga akan datang, Hisense berharap dapat bekerjasama dengan FC Schalke 04 manakala sidang akhbar pula akan diadakan bersama pada 4 September di Berlin, ketika para pemain Schalke akan turut hadir di gerai pameran IFA Hisense.