XI'AN, China, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada petang 15hb, Festival Seni Antarabangsa Jalan Sutera ke-9 bermula di Xi'an di bawah tema "Gerakan Baharu Jalan Sutera, Masa Depan Baharu yang Indah". Menarik minat artis dari lebih 90 negara dan wilayah, festival ini mentransformasikan bandar ini menjadi hab artistik global.
"Omni Chang'an", diarahkan oleh Zhang Yimou, membuat kemunculan sulungnya di festival ini. Persembahan konseptual pemastautin berskala besar ini merupakan gagasan daripada sembilan artis yang dipimpin oleh Zhang Yimou. Ia merupakan gabungan antara tradisi dan avant-garde, sejarah dan masa depan, kemanusiaan dan teknologi, menghubungkan Xi'an dengan dunia, menyambungkan masa kini, masa depan dan masa lalu serta melangkaui ruang dan masa untuk menyerlahkan kemegahan tamadun Jalan Sutera berlatarbelakangkan prospek cerah inisiatif "Jalur dan Jalan".
Festival pada tahun ini dijadualkan untuk mementaskan 37 persembahan luar biasa baik daripada artis domestik mahupun antarabangsa, bagi mempersembahkan pencapaian inisiatif "Jalur dan Jalan". Barisan artis termasuk produksi yang diiktiraf di dalam negara yang telah menerima anugerah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan drama pentas moden berkaliber tinggi dari luar negara, menjanjikan ekstravaganza artistik yang menakjubkan untuk penonton.
Pameran Seni Halus Antarabangsa Jalan Sutera menampilkan lebih 600 karya seni daripada artis-artis di negara-negara termasuk China, Perancis dan Itali. Di samping itu, pameran dan acara seni, yang menekankan pertukaran seni antarabangsa, menawarkan platform yang rancak untuk para artis berinteraksi, berkolaborasi dan menunjukkan bakat mereka.
Penambahan unik kepada festival tahun ini ialah jelajah "Pengalaman Pelancongan Budaya Titik Permulaan Jalan Sutera", yang membolehkan para artis mengunjungi dan mengalami pelbagai mercu tanda budaya bertemakan Jalan Sutera di Shaanxi, memberi peluang untuk berkongsi tradisi dan sejarah unik wilayah ini bersama penonton global. Festival ini turut menganjurkan acara-acara khas seperti Hari Kebudayaan Malaysia dan Minggu Seni Moden Antarabangsa, lalu meningkatkan lagi pengalaman budaya.
Festival ini berperanan sebagai peluang yang hebat untuk para artis bergabung, memperlihatkan bakat mereka dan mencipta hubungan yang bermakna melalui aspek beraneka yang terdiri daripada persembahan, pameran dan interaksi budaya. Sebagai bandar tuan rumah festival ini, Xi'an, ibu kota wilayah Shaanxi, mengalu-alukan dengan kekayaan sejarah dan tempat tarikan, termasuk Gunung Hua, Tang Paradise dan penerbitan teater kisah cinta antara Maharaja Tang Xuanzong dan Gundik Yang dalam "Song of Everlasting Regret". Kami mengundang anda untuk menyertai kami di Xi'an pada tahun hadapan sempena Festival Seni Antarabangsa Jalan Sutera ke-10, mengasyikkan diri anda dalam perayaan, di mana imaginasi dan warisan bergabung untuk mencipta kenangan peribadi.