omniture

Makmal Kesihatan baharu Huawei di Finland Memajukan Usaha Global dalam Penyelidikan Kesihatan & Kecergasan

Huawei
2023-11-01 03:07 41

HELSINKI, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan HUAWEI Health Lab baharu yang terletak di Helsinki, Finland. Dilengkapi dengan peralatan ujian termaju, makmal ini berfungsi sebagai platform penyelidikan untuk sektor kesihatan & kecergasan Huawei.

Ski simulator in Huawei’s new Health Lab in Finland
Ski simulator in Huawei’s new Health Lab in Finland

Bersaiz hampir 1000 meter persegi, makmal ini dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan sukan bertaraf dunia yang mencakupi lebih 20 jenis sukan. Setiap ruang akan memaparkan algoritma sukan dan kecergasan boleh pakai Huawei dalam aplikasi kehidupan sebenar. Dalam masa yang sama, kesemua ini akan berfungsi sebagai platform penyelidikan terbuka yang menyumbang kepada penyelidikan teknologi, pengesanan dan pengesahan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) piawaian serta inkubasi industri.

Memajukan Bidang Sains Sukan Global dan Penyelidikan Kesihatan

Mengakui keperluan yang semakin meningkat dalam pasaran kesihatan dan kecergasan, Huawei berjanji untuk memperdalam kajiannya dalam algoritma pemantauan kesihatan melalui teknologi boleh pakainya. Ini membawa kepada penubuhan tiga HUAWEI Health Lab di seluruh dunia sejak tahun 2016: Tasik Xi'an dan Songshan di China, dan kini satu di Helsinki Finland.

HUAWEI Health Lab di Finland dianggotai oleh pasukan penyelidikan saintifik berbilang disiplin yang terdiri daripada 6 Doktor dalam Sains (PhD), 20 pakar daripada 5 bidang utama – fisiologi, AI, pembelajaran mesin, ujian perisian dan kejuruteraan perisian – merentas 7 negara EU. Ini dapat menjamin agar setiap bidang sukan dan penyelidikan kesihatan mencapai piawaian termaju di dunia.

Kemudahan Ujian Simulasi Sukan Bertaraf Dunia

Makmal ini membangunkan persekitaran dan senario sukan seperti kehidupan sebenar dalam 5 ruang ujian utama meliputi lebih daripada 20 sukan dan menjejaki lebih 200 penunjuk fisiologi dan biomekanikal. Para peserta juga akan dipantau semasa menggunakan peranti boleh pakai terkini daripada Huawei, seperti HUAWEI WATCH GT 4. Lima ruang utama termasuk kolam lawan arus, simulator ski, sawat injak berbilang fungsi, sawat injak berinstrumen dan ruang gimnasium terbuka yang merangkumi pelbagai senaman kardiovaskular.

Huawei membangunkan kolam lawan arusnya sendiri berdasarkan piawaian profesional, memastikan perenang dapat dinilai dengan tepat bagi prestasi renang mereka. Kolam dilengkapi dengan jet air dinamik yang dapat menghasilkan kadar aliran arus boleh kawal sehingga 350 m3/jam dan juga membolehkan modifikasi suhu dan kualiti air.

 

 

Memandangkan ski tetap menjadi salah satu sukan yang paling popular di Eropah, makmal ini memperkenalkan simulator ski dengan kelajuan boleh laras, cerunan serta laluan dan tiang interaktif. Simulator ini turut dibina dengan sensor yang mengesan kelajuan, kedudukan, sudut ukiran, daya dan data prestasi pengguna.

Sawat injak berbilang fungsi boleh menguji larian, berbasikal, perlumbaan kerusi roda dan sebagainya dengan kelajuan boleh dilaraskan sehingga 50km/j. Sawat injak boleh mengimport data GPX daripada peranti GPS untuk mensimulasikan rupa bumi dan laluan dunia sebenar, memberikan senario seperti kehidupan sebenar kepada peserta yang akan menguji kemahiran berlari/berbasikal mereka dengan lebih tepat. Kamera kemudiannya mengesan prestasi mereka secara saintifik, memberi maklum balas serta merta bagi membolehkan penambahbaikan teknik dibuat pada masa sebenar.

Berganding Bahu dengan Institusi Kesihatan Eropah dan Kumpulan Penyelidikan, termasuk Kajian Kesihatan Kardiovaskular EU

Untuk benar-benar memperbaiki kehidupan pengguna melalui teknologi sukan dan kesihatan yang inovatif, Huawei berkolaborasi secara aktif dengan institusi-institusi Finland tempatan dan juga pakar-pakar Eropah serantau.

iCARE4CVD merupakan sebahagian daripada program IHI (Inisiatif Kesihatan Inovatif) yang menggabungkan industri perubatan dan teknologi serta Kesatuan Eropah, salah satu inisiatif penyelidikan yang paling bercita-cita tinggi dalam bidang kecerdasan buatan dan penyakit kardiovaskular. Ketika ini, Huawei merupakan satu-satunya pengeluar peranti boleh pakai yang mengambil bahagian dalam iCARE4CVD dan akan memimpin bersama-sama pakej kerja yang akan membangunkan kaedah-kaedah untuk meningkatkan motivasi pesakit.

Huawei menubuhkan secara bersama konsortium Interlive dengan 6 universiti Eropah terkemuka menerusi salah satu piawaian ujian yang paling saintifik dan ketat untuk peranti boleh pakai, konsortium itu berusaha ke arah membangunkan cadangan amalan terbaik untuk peranti boleh pakai pengguna bagi mengukur metrik langsung dan terbitan. Perkongsian ini mengukuhkan lagi keandalan teknologi peranti boleh pakai Huawei dan akan memastikan kesahan saintifik yang berterusan bagi peranti boleh pakai Huawei berdasarkan kepada empat standard: kadar degupan jantung, kiraan langkah, penggunaan kalori dan VO2 Max (pengambilan oksigen maksimum).

Ketika ini, Huawei merancang untuk meneruskan kerjasama penyelidikan dengan universiti-universiti Eropah dan pusat-pusat kesihatan kehilangan upaya untuk melanjutkan kajiannya berkenaan keperluan orang kurang upaya. Dengan memahami keperluan pengurusan sukan dan kecergasan pengguna kerusi roda dan meneroka lebih banyak penyelesaian, pengguna boleh menantikan teknologi pemantauan kesihatan dan prestasi sukan yang lebih dinamik pada peranti boleh pakai pintar masa depan daripada Huawei.

Melindungi Kerahsiaan Data semua Peserta Kajian

Huawei telah menyusun prinsip-prinsip privasi dan sekuriti yang ketat untuk peranti boleh pakainya. Walaupun syarikat ini tetap bekerjasama secara terbuka dengan rakan-rakan kongsi dalam ekosistem Penjagaan Kesihatan dan Sukan, ia memastikan agar perkongsian ini dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada tujuan privasi data. Ini bermakna setiap langkah dalam proses penyelidikan – termasuk pengumpulan, kebenaran, penghantaran dan penyimpanan data – mematuhi prinsip-prinsip privasi dan sekuriti dengan ketat.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Sports New products/services Fitness/Wellness