omniture

Jenama produk haiwan peliharaan Jungle Monster mulakan pengembangan luar negara secara menyeluruh

Jungle Monster
2023-11-01 08:00 12

Menghadiri Pertunjukan Anjing Antarabangsa di Thailand, menjana jualan sebanyak KRW15 juta di tempat pertunjukan

Merancang untuk menghadiri lebih enam pameran produk haiwan peliharaan di luar negara dalam tahun 2024

SEOUL, Korea Selatan, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- Jungle Monster Co., Ltd, jenama produk haiwan peliharaan Korea Selatan, telahpun memulakan pengembangan luar negaranya dengan rancak.

Last July, Jungle Monster attended the International Dog Show held in Thailand
Last July, Jungle Monster attended the International Dog Show held in Thailand

Jungle Monster ialah jenama penjagaan gigi dan penjagaan kulit haiwan peliharaan yang melancarkan produk haiwan peliharaan dengan kerjasama pengeluar-pengeluar kosmetik Korea, memasarkan dan menjualnya di luar negara.

Pada Julai lalu, Jungle Monster menghadiri Pertunjukan Anjing Antarabangsa yang diadakan di Thailand, menjana jualan sekitar KRW15 juta sepanjang empat hari di tempat pertunjukan itu. Perlu diberi perhatian bahawa syarikat ini mendapat minat yang tinggi dan berjaya meraih jualan, walaupun tanpa kesedaran jenama dalam kalangan pembeli luar negara.

Selain itu, Jungle Monster menandatangani perjanjian jualan eksklusif selama lima tahun yang bernilai USD450,000 bersama Pet Medical Group, sebuah syarikat produk haiwan peliharaan Thai yang ditemuinya di pameran barangan pengguna dan mesyuarat eksport di Bangkok dan merancang untuk memulakan kerjasama untuk pasaran dalam talian dan luar talian di Thailand.

Di samping itu, Jungle Monster merancang untuk membuat rundingan tambahan dengan Union Professional, pengedar barangan pengguna Taiwan, selepas menandatangani perjanjian jualan eksklusf selama setahun. Syarikat ini turut memperluaskan laluan eksportnya ke negara-negara Asia yang lain, termasuk Vietnam dan Tanah Besar China.

Pegawai-pegawai daripada Jungle Monster berkata, "Eksport kami meningkat sebanyak lebih 2000% sejak tahun 2022," menambah, "Pada tahun 2024, kami merancang untuk menghadiri lebih enam pameran produk haiwan peliharaan, termasuk Pertunjukan Haiwan Peliharaan Hong Kong dalam bulan Januari, Ekspo Haiwan Peliharaan Guangzhou dalam bulan Februari dan Ekspo Haiwan Peliharaan Singapura dalam bulan Mac, untuk berinteraksi dengan lebih ramai pembeli luar negara."

Jungle Monster
Gun June Lee (Jacob Lee)
82-10-7740-6499
lgj@jmnc.co.kr
https://junglemonster.net

Source: Jungle Monster
Keywords: Animals/Pets Corporate Expansion General Manufacturing