SHENZHEN, China, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- Acara Musim Luruh Absen dan AbsenLive, dengan temanya Live & Love together (Hidup & Berkasih Sayang bersama-sama), menyaksikan pengunjung hadir dari seluruh dunia. Jenama AbsenLive berbesar hati untuk mempersembahkan jadual layanan mesra yang padat dengan pencapaian baharu yang menarik untuk diperhatikan, buat para tetamu yang mengembara ke seluruh negara ini serta dari destinasi-destinasi antarabangsa.
Bagi memulakan agenda yang padat, hadirin dibawa dalam jelajah yang mempesonakan sekitar Pusat Pembuatan Pintar Dongjiang Absen, yang mendedahkan fasa kedua penyiapan kilang Absen yang menarik dan pusat pengalaman yang baru dibuka.
Pusat Pembuatan Pintar itu adalah hasil gabungan antara visi Absen dan jumlah pelaburan sebanyak lebih 160 juta dolar. Dengan keluasan lantai berukuran 1.17 juta kaki persegi, pusat itu menghasilkan sehingga 10.8 juta kaki persegi paparan setiap tahun.
Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Global Absen, Ruben Rengel merasmikan persidangan dan memperkenalkan Pengerusi syarikat, Hansen Ding, yang menyampaikan ucapan pembukaan yang merangsangkan. Emma Lui, pengurus besar AbsenLive, menyusuli dengan gambaran keseluruhan visi strategik semasa.
Dalam pembentangan beliau, Emma memperincikan tentang kemajuan positif yang diusahakan oleh syarikat ini. Absen, dengan lebih 2000 pekerja memiliki 18 subsidiari domestik dan luar negara, beroperasi merentas lebih 140 negara di seluruh dunia, yang mana ia telahpun mengeksport produk-produknya selama lebih 22 tahun lamanya. Absen telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar paparan global yang amat berkuasa dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 1 juta meter persegi dan banyak pengiktirafan dengan namanya. Baru-baru ini, dalam tahun 2023, Absen disenaraikan oleh World Brand Lab sebagai 500 jenama paling bernilai di China.
Absen melaporkan pertumbuhan mantap melalui data operasinya, dengan S3 2023 menunjukkan peningkatan hasil jualan dan keuntungan bersih yang ketara, memperlihatkan pertumbuhan pesat dan pemulihan yang kukuh dalam pasaran antarabangsa. Tatkala perolehan jualan meningkat, kecekapan pengurusan terus bertambah baik, dengan pengurangan baik dari segi kitaran operasi serta kadar perbelanjaan pentadbiran.
Melangkah ke hadapan di tengah-tengah situasi antarabangsa yang semakin rumit yang diperlihatkan oleh kelembapan global, Emma menekankan visi Absen untuk membangunkan kedua-dua pasaran domestik dan luar negara pada kadar terkawal. Fokus syarikat ini tertumpu dengan kukuh pada penjenamaan, saluran, produk dan organisasi bagi mencapai matlamat tiga tahun jualan 10 bilion.
Menyelami lebih jauh tentang penjenamaan, Ketua Pegawai Teknologi Absen, Stone Shi, naik ke platform itu untuk mendedahkan AbsenLive kepada hadirin yang berhimpun. AbsenLive ialah jenama kategori khusus Absen yang memfokuskan pada pasaran sewaan & pentas canggih dan pentas penghasilan maya/xR.
Proposisi nilai jenama ini ialah 'LED Termaju untuk Pentas Bertaraf Dunia', sama ada untuk pasaran muzik secara langsung atau acara awam atau penghasilan maya dan xR. Visi Absen Live adalah untuk menyediakan perkhidmatan Penyelesaian LED sehenti kepada rakan kongsi profesionalnya untuk mengaktifkan fokus pada keperluan pasaran sewaan & pentas canggih. Bagi mencapai tujuan ini, AbsenLive berusaha untuk membangunkan produk yang lebih menguntungkan dan inovatif untuk pasaran yang berkuasa dan semakin berkembang ini demi menjamin kualiti tinggi dalam tempoh jangka panjang dengan budaya kejuruteraan dan penambahbaikan berterusan yang berasaskan kepada keperluan pelanggan.
Bagi mempersembahkan sendiri pelancaran produk, pengarah produk industri, Christian Czimny, naik ke pentas. Baharu dalam barisan produk, memajukan setiap tawaran pelanggan, siri Jupiter V2 dengan paparan lutsinar ultra-ringan dan siri Jupiter Pro revolusioner, direka bentuk untuk pasaran jelajah. Baharu dalam pasaran sewa korporat, siri Saturn dengan paparan ultra-ringan serta penambahan baharu kepada siri Pixel Reality.
Memberikan ruang untuk membolehkan berita produk baharu benar-benar difahami dan mencetuskan perbincangan, pelancaran produk itu dinilai secara lebih mendalam melalui perbincangan panel, dihoskan oleh Czimny, yang mana pakar-pakar industri global meneliti jalan ke hadapan bagi paparan LED dan memberi perhatian kepada pembangunan pasaran seperti yang dilihat oleh mereka. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Wayne Romanowski daripada 4 Wall, Dan Kretz daripada Optic8, Doug Wack daripada Bluewater, Stuart Holmes daripada Midwich, Niclas Ljung Creative daripada Technology serta Nicolas Sauvigny daripada Novelty yang meluangkan masa mereka menjadi ahli panel.
Persidangan Musim Luruh Absen disempurnakan dengan majlis makan malam koktel yang indah untuk para tetamu jemputan. Pada penghujung acara yang amat berjaya itu, Absen menantikan kedatangan semula yang tetap pada hari terbuka pelanggan seperti ini pada masa depan.