omniture

TECNO Perkenal 'Universal Tone' - Teknologi Pengimejan Berbilang-Ton Kulit Mencerminkan Semua Orang dalam Satu Gambar

TECNO Mobile Limited
2023-11-01 21:19 37

Merevolusikan teknologi pengimejan ton kulit telefon pintar, TECNO meraikan kecantikan umat manusia yang pelbagai dengan pelancaran sistem pengimejan berbilang-ton kulit 'Universal Tone'.

HONG KONG, 1 November 2023 /PRNewswire/ -- TECNO, perintis bertaraf global bagi teknologi pengimejan mudah alih, dengan bangganya mendedahkan lonjakan perintisnya yang terkini dalam teknologi kamera, TECNO Universal Tone–teknologi pengimejan berbilang-ton kulit Berkuasa-AI paling canggih yang mengintegrasikan pangkalan data dan pemahaman spektrum terbaru dalam industri ini. Dibangunkan sendiri oleh TECNO, teknologi ini ditingkatkan melalui penyelidikan dan pembangunan bersama dengan kerjasama ahli-ahli akademik sains warna daripada universiti-universiti global terkemuka, dengan data yang baru dikumpul dan dianalisis daripada kajian saintifik yang disepadukan ke dalam sistem. Teknologi Universal Tone diperkenalkan buat julung kalinya dalam filem pendek 'Portrait For Everyone' yang menakjubkan yang diterbitkan oleh BBC StoryWorks pada 25 Oktober.

TECNO Universal Tone dicipta dengan matlamat untuk mengabadikan representasi yang tepat dan betul mengenai warna dan tekstur setiap ton kulit dalam fotografi telefon pintar. Teknologi ini benar-benar mewakili kecantikan unik setiap warna dan tekstur kulit, sekali gus turut menyampaikan potret yang ditingkatkan sepenuhnya yang memenuhi pilihan pengguna individu.

"TECNO sentiasa melihat pembangunan teknologi sebagai cara untuk memberi penetapan minda yang lebih positif kepada pengguna terhadap masyarakat dan masa depan," kata Jack Guo, Pengurus Besar TECNO. "TECNO Universal Tone merangkumkan misi ini. Ia menggunakan pendekatan saintifik berasaskan data yang teliti untuk menggalakkan pengimejan representatif yang lebih tepat dan menjamin refleksi lebih tepat mengenai kecantikan pengguna kami yang pelbagai di serata dunia. Dengan berbuat demikian, kami memastikan setiap wajah dapat dilihat dalam satu gambar."

 

Teknologi TECNO Universtal Tone menggabungkan tiga enjin ke dalam satu penjana disatukan: Multi-Skin Tone Restoration Engine, Local-Tuning Engine, dan AI- Powered Computational Portrait Engine

  • Multi-Skin Tone Restoration Engine mewakili kemuncak keterangkuman dalam teknologi pengimejan ton kulit dengan pendekatan lebih saintifik berbanding yang dilihat dalam teknologi ton kulit berasaskan AI sebelum ini. Ia menggunakan pangkalan data spektrum terpelbagai terbesar yang baru dikumpul yang meliputi terutamanya warna kulit yang sering kali diabaikan dalam industri ini dengan metodologi penyelidikan akademik terkini, merangkumi pelbagai ton kulit bagi menghapuskan sifat berat sebelah dalam teknologi. Teknologi ini membolehkan penciptaan skala ton warna inklusif dan melaraskan algoritma untuk representasi ton kulit yang tepat.
  • Local-Tuning Engine dikhususkan untuk menala imej bagi senario dunia sebenar yang pelbagai. Ia mempertimbangkan dengan teliti persekitaran setempat, keadaan pencahayaan, landskap geomorfologi dan suhu warna untuk mencapai output individu dan persekitarannya yang harmoni dan sempurna. Setiap penyelesaian penalaan dibuat khusus untuk wilayah dan negara berbeza bagi mengabadikan intipati setiap tempat.
  • AI- Powered Computational Portrait Engine menggunakan algoritma dibangunkan sendiri dan platform sistem potret TECNO untuk mencipta pengalaman pengimejan potret diperibadikan dan disetempatkan. Dengan mempertimbangkan keutamaan estetika dan budaya setempat, ciri wajah dan ton kulit yang unik bagi setiap wilayah, platform potret pengkomputeran ini menyampaikan penyelesaian peningkatan potret disesuaikan. Ini termasuk ketepatan ton kulit yang ditingkatkan, tekstur kulit, pengoptimuman pengimejan ton kulit dan peningkatan kecantikan diperibadikan, bagi memastikan potret mencerminkan kecantikan individu dari perspektif psikologi.

Berfungsi secara sinergi, ketiga-tiga enjin ini menonjolkan yang terbaik daripada TECNO Universal Tone. Pertama, Multi-Skin Tone Restoration Engine menentukur dan meningkatkan warna ton kulit yang berbeza. Selepas itu, Local-Tuning Engine menyokong penstrukturan semula ton wajah dan menganalisis persekitaran sekeliling untuk membina semula pelorekan, mencapai hasil optimum untuk setiap kawasan dan senario. Akhir sekali, AI-Powered Computational Portrait Engine mengaplikasikan algoritma diperibadikan dan disesuaikan yang selaras dengan keutamaan dan pemahaman estetik serantau. Ini termasuk mengekalkan ciri-ciri unik seperti tanda kecantikan dan tanda lahir sambil meningkatkan garis wajah, mencipta potret semula jadi, tiga dimensi dan bertekstur.

Dr Kaida Xiao, Profesor Madya bagi Sains Warna dan Pengimejan di University of Leeds, yang menasihati TECNO semasa pembangunan Universal Tone: "Saya dan TECNO mengambil pendekatan berasaskan data bagi membangunkan kad warna yang tepat untuk setiap ton kulit dalam teknologi Universal Tone, yang bererti pengguna tidak perlu lagi menerima ton kulit yang terlalu terdedah atau nyahtepu yang disebabkan oleh data berat sebelah. Kajian yang dijalankan oleh kami membolehkan kami melatih algoritma Universal Tone dengan cara yang tidak berat sebelah dan tepat, agar pengguna akan dapat mengabadikan imej yang meraikan kepelbagaian hakiki."

Akhir sekali, TECNO Universal Tone memastikan bahawa apabila ramai orang dengan ton kulit yang berbeza muncul dalam bingkai yang sama, setiap ton kulit individu boleh dikenal pasti dengan tepat dan dioptimumkan dengan indah. Berbanding dengan banyak teknologi pengimejan telefon pintar yang lain, pengimejan potret "terperibadi" Universal Tone bukan sahaja menghormati sifat-sifat asal ton kulit yang pelbagai, ia turut menekankan aspek psikologi yang penting dalam mengabadikan potret yang membolehkan pengguna berasa benar-benar diwakili. Secara keseluruhan, Universal Tone menetapkan standard industri baharu melalui keupayaan untuk mengabadikan kecantikan kepelbagaian, meraikan individualiti dan menyampaikan potret seakan-akan hidup yang mencerminkan kemanusiaan bersama secara autentik.

Sebagai jenama berpusatkan pengguna dengan strategi diglokalkan, TECNO dipandu oleh falsafah "Stop At Nothing" (Tidak Akan Berhenti) untuk mengusahakan teknologi baharu secara berterusan yang menyampaikan pengalaman sehebat mungkin. Pembangunan TECNO Universal Tone menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan jenama ini untuk mewujudkan industri telefon pintar yang lebih inklusif dan menekankan komitmennya yang berterusan kepada inovasi yang menaikkan dan meningkatkan gaya hidup pengguna di seluruh dunia.

Source: TECNO Mobile Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Corporate Social Responsibility New products/services Artificial Intelligence DEI Page