omniture

Leon Wang daripada Huawei: Produk berorientasikan-Net5.5G Bakal Dilancarkan dalam 2024, Beri Inspirasi kepada Pertumbuhan Perniagaan Baharu Pembawa

Huawei
2023-11-02 03:08 54

DUBAI, UAE, 2 Nov. 2023 /PRNewswire/ -- Bayangkan seketika bahawa anda berada dalam tahun 2030, sebuah dunia pintar. Pengalaman imersif dan perkhidmatan kediaman pintar menjadi sangat popular dan keperluan terhadap kuasa pengkomputeran AI menjadi amat penting. Aspek paling penting dalam dunia pintar, pangkalan rangkaian yang dicipta daripada infrastruktur rangkaian pintar generasi seterusnya sangat diperlukan.

Di UBBF 2023, Leon Wang, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Jadikan Net5.5G suatu Kenyataan, Inspirasikan Pertumbuhan Baharu." Beliau mengumumkan bahawa Huawei akan melancarkan secara rasmi produk dan penyelesaian berorientasikan-Net5.5G dalam tahun 2024.


"Dalam era 5.5G, empat jenis perkhidmatan — termasuk jalur lebar rumah, jalur lebar mudah alih, kampus perusahaan dan talian persendirian perusahaan — akan memerlukan penaiktarafan kepada 10 Gbps, lalu membawa peluang perniagaan yang baharu kepada pembawa," ujar Wang. Beliau menyambung untuk menjelaskan bahawa dengan menyokong sambungan 10 Gbps merata, pengangkut ultra-jalur lebar elastik dan pengoptimuman kendiri rangkaian berautonomi, Net5.5G akan memacu pertumbuhan perniagaan yang baharu untuk pembawa.

Akses kepada Empat Jenis Perkhidmatan Ultra-Jalur Lebar 10 Gbps
Memacu Pertumbuhan Perniagaan Baharu untuk Pembawa

Aplikasi baharu yang baru muncul terbukti sukar untuk ditangani oleh perkhidmatan statik tradisional, OAM berasaskan pengalaman dan akses jalur lebar 1 Gbps. Ini bererti rangkaian ultra-jalur lebar yang fleksibel, elastik dan berkualiti tinggi semakin meningkat permintaan terhadapnya untuk menyokong transmisi perkhidmatan. Wang menyatakan bahawa jalur lebar rumah, jalur lebar mudah alih, kampus perusahaan dan talian persendirian perusahaan akan memerlukan penaiktarafan kepada 10 Gbps. Di sinilah Net5.5G memainkan peranannya.


Dengan penaiktarafan jalur lebar rumah dan jalur lebar mudah alih kepada 10 Gbps, rangkaian pengangkut IP akan berkembang kepada rangkaian metro tertumpu 400GE dan rangkaian tulang belakang. Pembawa akan dapat menaik taraf rangkaian pengangkut IP mereka bagi menyokong keserentakan tinggi perkhidmatan 10 Gbps besar-besaran dan menggunakan keupayaan baharu seperti penghirisan rangkaian bagi menjamin pengalaman perkhidmatan dan meningkatkan kepuasan pengguna.

Transformasi digital turut memacu penaiktarafan kualiti rangkaian kampus perusahaan. Dengan melaksanakan penaiktarafan kepada 10 Gbps berdasarkan kepada Wi-Fi 7 dan memanfaatkan teknologi untuk pembekuan bingkai sifar semasa sidang video, pembawa boleh menambah rangkaian kampus perusahaan selain talian persendirian. Dengan cara ini, mereka dapat menyediakan perkhidmatan sehenti dengan menawarkan perkhidmatan LAN Terurus premium, lalu memungkinkannya untuk menyampaikan sambungan tanpa wayar 10 Gbps berkualiti tinggi, perkhidmatan video dan pengalaman perkhidmatan O&M kepada pelanggan perusahaan, seterusnya mempercepatkan pertumbuhan perkhidmatan B2B.

Tatkala AI menembusi pelbagai industri, peluang pertumbuhan baharu seperti perkhidmatan pengkomputeran dan talian persendirian perkhidmatan pengkomputeran elastik muncul. Dengan kelebihan semula jadi mereka dalam rangkaian E2E dan jaminan pengkomputeran, pembawa dapat menyediakan kuasa pengkomputeran yang cekap melalui rangkaian pusat data 800GE, sambungan tangkas kepada kuasa pengkomputeran melalui talian persendirian elastik 10 Gbps dan juga perkhidmatan kuasa pengkomputeran untuk lebih ramai pengguna melalui akses kuasa pengkomputeran dengan daya pemprosesan tinggi.

Peta Digital Rangkaian Net5.5G juga amat penting bagi membantu pembawa menjadikan operasi rangkaian mereka jauh lebih cekap. Ia mengupayakan visualisasi rangkaian daripada lapisan fizikal kepada lapisan aplikasi, lalu membantu pembawa merealisasikan pengoptimuman kendiri rangkaian berpacukan pengalaman, meningkatkan dengan ketara kecekapan pengurusan rangkaian dan mengurangkan perbelanjaan kendalian (OPEX) sebanyak 50%.

Produk Siri berorientasikan-Net5.5G bakal Dilancarkan dalam tahun 2024

Pada Oktober 2022, Omdia mengeluarkan kertas putih yang bertajuk Research on the Trends of Data Communication Network for 2030 (Kajian tentang Trend Rangkaian Komunikasi Data bagi tahun 2030). Kertas putih itu memperincikan hasrat teras dan 6 ciri utama, seperti ultra-jalur lebar hijau, IPv6 Enhanced dan rangkaian pintar, bagi rangkaian komunikasi data masa depan, memberi pemahaman tentang evolusi rangkaian dunia digital.

Net5.5G mendapat pengiktirafan yang semakin meningkat daripada rakan-rakan kongsi industri sejak konsep ini mula dicadangkan. Dengan pengalamannya selama bertahun-tahun dikumpul dalam bidang komunikasi data, Huawei memacu secara proaktif Net5.5G daripada hanya kajian konseptual kepada amalan aplikasi.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news