omniture

Paris Baguette Meterai Perkongsian Global Rasmi dengan Paris Saint-Germain

Paris Baguette
2023-11-02 07:00 114

Bagi Memperkukuh Kesedaran Jenama Luar Negara
Melalui Pemasaran Sukan untuk Mengembangkan Perniagaan Global

  • Kelab bola sepak popular di peringkat global berpangkalan di Paris, Perancis di tempat Lee Kang-In, pemain bola sepak kegemaran Korea Selatan, bermain.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Jinsoo Hur: "Kami akan menyampaikan keseronokan dan nilai lebih besar melalui kolaborasi antara budaya makanan dan sukan, dengan Paris sebagai motif."

PARIS dan SEOUL, Korea Selatan, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Paris Baguette mengumumkan pada 2 November 2023 bahawa ia memulakan perjalanan pertamanya dalam pemasaran sukan global dengan menjadi syarikat Korea pertama memeterai perkongsian rasmi bersama Paris Saint-Germain, salah sebuah kelab bola sepak yang paling berjaya di dunia.

At Parc des Princes located in Paris, CEO Jinsoo Hur of the Paris
Baguette HQ and Chief Revenue Officer Marc Armstrong of Paris Saint-Germain pose for a photo after signing the official sponsorship agreement.
At Parc des Princes located in Paris, CEO Jinsoo Hur of the Paris Baguette HQ and Chief Revenue Officer Marc Armstrong of Paris Saint-Germain pose for a photo after signing the official sponsorship agreement.

Berkembang sebagai jenama bakeri global dengan mengendalikan kira-kira 4000 kedai di seluruh dunia, termasuk 500 di Amerika Utara, Eropah, China dan Asia Tenggara, Paris Baguette merancang untuk memperkukuh kesedaran dan status jenama globalnya dengan menjalankan aktiviti pemasaran sukan bersama Paris Saint-Germain, sebuah kelab bola sepak profesional dengan kumpulan peminat yang besar di seluruh dunia dan berpangkalan di Paris, tempat berasalnya roti dan kuasa berpengaruh bola sepak.

Paris Saint-Germain khususnya mendapat perhatian dan sanjungan tinggi daripada peminat bola sepak global dengan pemain-pemain cemerlang yang terkenal di dunia dan kolaborasi inovatif dalam bidang fesyen, gastronomi dan sebagainya. Paris Baguette akan memanfaatkan perkongsian bersama Paris Saint-Germain ini untuk membawa hasil yang positif dan membawa impak kepada strategi pemasarannya.

Paris Baguette akan memanfaatkan perkongsian bersama Paris Saint-Germain dengan menjalankan pelbagai aktiviti pemasaran di Korea dan di peringkat antarabangsa, bermula pada bulan ini.

Pertama, logo dan video iklan Paris Baguette akan ditayangkan di Parc des Princes, stadium sendiri Paris Saint-Germain, dalam setiap permainan di tempat sendiri oleh pasukan ini. Syarikat ini akan turut memberi peluang kepada peminat tempatan untuk merasai produk bakeri dan pencuci mulutnya pada hari perlawanan. Di samping itu, Paris Baguette akan menghasilkan kandungan yang hebat bersama pemain-pemain utama Paris Saint-Germain, mengeluarkan barangan dan produk berasaskan kolaborasi dan mengadakan acara promosi untuk menghadiahkan tiket bagi menyertai jelajah rasmi dan perlawanan Paris Saint-Germain.

Marc Armstrong, Ketua Pegawai Hasil, Paris Saint-Germain berkata: "Kami dengan amat sukacitanya mengalu-alukan Paris Baguette, rakan kongsi kami yang pertama seumpamanya dari Korea Selatan ke dalam keluarga Paris Saint-Germain. Selama lebih 35 tahun lamanya, Paris Baguette menginovasi secara konsisten dan membangunkan pengetahuan uniknya yang berkisarkan cinta tanpa syarat untuk bandar Paris yang memberi inspirasi di peringkat global ini dan roti baguette yang menjadi legenda. Kini kami bersama-sama bersedia untuk membantu Paris Baguette menyebarkan semangat kecemerlangannya ke peringkat antarabangsa dan kami berbangga kerana berupaya untuk mengiringi mereka dalam rancangan pertumbuhan global mereka."

Jinsoo Hur, Ketua Pegawai Eksekutif Paris Baguette, berkata "Kami berbesar hati dapat menjalin perkongsian dengan kelab bola sepak yang berprestij Paris Saint-Germain. Kami akan dapat menyampaikan keseronokan dan nilai yang lebih besar kepada pelanggan kami dan peminat bola sepak di seluruh dunia melalui kolaborasi bersama budaya makanan dan sukan yang berpangkalan di Paris, sebuah kota yang megah, sebagai motif. Melangkah ke hadapan, Paris Baguette akan terus berusaha untuk menyediakan kepada pelanggan dengan pengalaman yang lebih baru dan lebih pelbagai."

 

At Parc des Princes located in Paris, Paris Baguette and Paris Saint-Germain signed sponsorships agreement with the message ‘안녕(AnNyeong, Hi), Paris Baguette’. From left, YeonJeong Kim, Vice President Marketing of Paris Baguette HQ ; Jinsoo Hur, CEO at Paris Baguette HQ ; Marc Armstrong, Chief Revenue Officer at Paris Saint-Germain ; Sebastien Wasels, Managing Director at  Paris Saint-Germain APAC.
At Parc des Princes located in Paris, Paris Baguette and Paris Saint-Germain signed sponsorships agreement with the message ‘안녕(AnNyeong, Hi), Paris Baguette’. From left, YeonJeong Kim, Vice President Marketing of Paris Baguette HQ ; Jinsoo Hur, CEO at Paris Baguette HQ ; Marc Armstrong, Chief Revenue Officer at Paris Saint-Germain ; Sebastien Wasels, Managing Director at Paris Saint-Germain APAC.

Parc Des Princes stadium branded by Paris Baguette and of Paris Saint-Germain
Parc Des Princes stadium branded by Paris Baguette and of Paris Saint-Germain

Source: Paris Baguette
Related Stocks:
Korea:005610
Keywords: Advertising Art Banking/Financial Service Entertainment Fashion Food/Beverages Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Contracts Corporate Expansion Licensing/marketing agreements