omniture

SIBIONICS Capai Kejayaan: Terima Tanda CE untuk Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan GS1 Perintisnya

SIBIONICS
2023-11-02 15:28 37

SHENZHEN, China, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- SIBIONICS, jenama Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan (CGM) ketiga terbesar di dunia, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menerima Tanda CE untuk CGM GS1 revolusionernya. Kejayaan yang penting ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna untuk SIBIONICS, lalu memudahkan pengedaran dan penggunaan teknologi pengubah keadaan ini dalam seluruh pasaran Eropah.


Tanda CE, turut dikenali sebagai "Conformité Européene" atau Kesesuaian Eropah, merupakan pensijilan yang mengesahkan pematuhan suatu produk dengan standard kesihatan dan keselamatan Kesatuan Eropah (EU), berfungsi sebagai bukti kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk.

Ditubuhkan pada tahun 2015, SIBIONICS memiliki tenaga kerja melebihi 700 individu, dengan lebih 40% terlibat secara aktif dalam usaha penyelidikan dan pembangunan. Setakat ini, SIBIONICS berkolaborasi dengan 1,600 hospital bagi mengintegrasikan CGM GS1 untuk rawatan pesakit di hospital, memberi manfaat kepada lebih 600,000 pengguna seluruh dunia bagi mengurus diabetes mereka. Dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 6,000,000 unit dan tekal mencapai nilai MARD rendah iaitu 8.83% dalam setiap kelompok, SIBIONICS serba lengkap untuk menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar.

Sebagai terasnya, Sistem CGM GS1 SIBIONICS dibangunkan untuk memperkasa baik ahli profesional penjagaan kesihatan mahupun pesakit dengan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan rawatan termaklum dan mengekalkan kawalan glukosa yang optimum.

CGM GS1 SIBIONICS menawarkan penyelesaian pemantauan glukosa berterusan tanpa penentukuran selama 14 hari kepada pengguna, memperkasa mereka dengan keupayaan untuk menghantar data glukosa kepada peranti pemantauan mereka atau aplikasi mudah alih dan menghasilkan laporan AGP profesional. Bagi membantu pengguna dalam pengurusan diabetes yang lebih baik, CGM GS1 turut memudahkan perkongsian data bersama rakan serta keluarga dan dalam masa yang sama mengintegrasikan platform akses jarak jauh ProView yang terkini. Ini dapat melengkapkan penyedia penjagaan kesihatan dengan keupayaan untuk memantau dari jauh dan menyampaikan intervensi perubatan tepat pada masanya sebagaimana yang diperlukan.

Sebagai sebuah syarikat Teknologi Perubatan (MedTech) inovatif yang menggabungkan teknologi perubatan dengan kecerdasan buatan, SIBIONICS komited untuk memperluaskan teknologi dan kepakaran pengurusan diabetesnya yang inovatif dan perintis kepada lebih ramai pesakit diabetes di seluruh dunia.

Dalam masa yang sama, SIBIONICS sedang memperluaskan kehadirannya dengan gigih dalam pelbagai segmen khusus dalam bidang pengurusan kesihatan. Kejayaan pelancaran peranti boleh pakai bio (biowearable) gred-perusahaan ini – Sistem Pemantauan Keton Berterusan (CKM) KS1, telah mendapat pujian yang memberangsangkan daripada pengguna.

Bermula hari ini, produk CGM GS1 SIBIONICS akan tersedia secara berperingkat-peringkat untuk prajualan di negara-negara EU, UK dan negara-negara Eropah yang lain. Mereka yang berminat boleh mendapatkan lebih banyak maklumat di laman web rasmi di www.sibionicscgm.com.

Hubungi
Sandra Zhang
zy.zhang@sibionics.com

Source: SIBIONICS
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)