omniture

Xinhua Silk Road: Pameran Perdagangan Materia Medika Tradisional Cina Kebangsaan Zhangshu ke-54 bermula di Jiangxi, Timur China

Xinhua Silk Road
2023-11-02 22:19 39

BEIJING, 2 November 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Materia Medika Tradisional Cina Kebangsaan Zhangshu ke-54 telahpun diadakan baru-baru ini di Zhangshu, sebuah bandar peringkat daerah di Wilayah Jiangxi, timur China.

Photo shows the opening ceremony of the 54th Zhangshu National Traditional Chinese Materia Medica Trade Fair held in Zhangshu, a county-level city in east China's Jiangxi Province on October 19.
Photo shows the opening ceremony of the 54th Zhangshu National Traditional Chinese Materia Medica Trade Fair held in Zhangshu, a county-level city in east China's Jiangxi Province on October 19.

Lebih daripada 10,000 pengeluar farmaseutikal mengambil bahagian dalam pameran itu, menjadikan perolehan melebihi 13.3 bilion yuan pada hari pembukaan.

Bertemakan pewarisan dan inovasi, pameran tersebut menganjurkan 19 aktiviti termasuk pameran, forum dan acara kebudayaan.

Semasa berlangsungnya pameran itu, persidangan penggalakan pelaburan industri farmaseutikal turut diadakan di Zhangshu, meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan bioperubatan, peranti perubatan, ubat-ubatan tradisional Cina disediakan dalam bentuk sedia digunakan dan logistik rantaian sejuk farmaseutikal serta industri-industri lain, dengan 16 projek bernilai 6.862 bilion yuan ditandatangani serta merta.

Dengan lebih mementingkan kepada konsep transformasi digital, versi dalam talian pameran itu turut dilancarkan, bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada peserta termasuk dagangan dalam talian, reruai dalam talian, siaran langsung, dok dalam talian serta data masa sebenar, yang menarik minat lebih daripada 1,500 peserta pameran dan mempamerkan lebih daripada 10,000 produk pada platform itu.

Sebagai ibu kota perubatan tradisional Cina (TCM), Zhangshu terus mengintegrasikan sumber yang unggul dan menggalakkan pengoptimuman serta penaiktarafan industri TCM. Ketika ini, Zhangshu memiliki 427 perusahaan farmaseutikal, dengan jumlah keluasan tanaman herba ubatan tradisional Cina melebihi 33,333 hektar.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336915.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Trade show news