omniture

Mitra Bukalapak Tingkatkan Impak Sosioekonomi Melalui Peranan Warung Yang Ditransformasi

Bukalapak
2023-11-02 22:16 55

JAKARTA, Indonesia, 2 November 2023  /PRNewswire/ -- Sokongan Mitra Bukalapak terhadap perusahaan mikro adalah lebih daripada sekadar teknologi dan platform untuk pemilik perniagaan ini berkembang. Syarikat ini bermatlamat untuk meningkatkan literasi digital dan kewangan mereka serta mencipta peluang untuk peningkatan kemahiran digital. Ini penting bagi memastikan teknologi yang tersedia dapat dimanfaatkan bagi mewujudkan kehidupan yang lebih baik dalam masyarakat. Objektifnya merangkumi komitmen Mitra Bukalapak untuk menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB dengan menyelaraskan objektif-objektifnya dengan tonggak ESG.

Irman one of our Mitra from West Java has successfully transcended his conventional roles as a warung owner into a distributor agent.
Irman one of our Mitra from West Java has successfully transcended his conventional roles as a warung owner into a distributor agent.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Mitra Bukalapak, kuasa perintis dalam perniagaan dalam-talian-ke-luar-talian (O2O), telah merevolusikan berjuta-juta kios tradisional di seluruh Indonesia. Ia mentransformasikannya daripada penjual snek dan barang runcit biasa kepada hab untuk produk maya, turut membekali warung kawasan kejiranan dalam komuniti mereka.

"Perjalanan transformatif Mitra dibangunkan berdasarkan komitmen teguh kami untuk meningkatkan keupayaan warung. Kami mencipta teknologi yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan mereka dengan lebih sedar, berbuat baik kepada masyarakat dan memberi impak yang mampan, bermula daripada kenaikan pendapatan hinggalah peningkatan literasi digital," kata Howard Gani, Ketua Pegawai Eksekutif Mitra Bukalapak. 

Menerusi aplikasi Mitra Bukalapak, pemilik warung berubah menjadi peruncit moden yang menawarkan lebih 42 produk maya, termasuk perkhidmatan digital dan kewangan. Ini dapat meningkatkan aliran hasil daripada rangkaian produk terpelbagai dan menggalakkan rangkuman kewangan.

Irman dari Jawa Barat telah berjaya melangkaui peranan konvensionalnya sebagai seorang pemilik warung menjadi ejen pengedar. Kini, beliau menawarkan perkhidmatan kepada warung sekitar Katapang, Bandung menerusi pembelian dan penghantaran stok. "Saya boleh mengendalikan pesanan pukal dengan cekap menerusi penghantaran pantas ke warung berhampiran," kata Irman, yang mana jualannya melonjak sebanyak lebih 4 kali ganda, melebihi IDR 200 juta sebulan.

Transformasi peranan juga jelas terbukti dalam pengalaman Rostina, yang mana beliau berjaya mengubah warungnya menjadi ejen rangkuman kewangan dan literasi digital. Terletak dalam jarak 6 jam dari Makassar, warungnya memainkan peranan penting dalam menyediakan produk maya kepada kawasan kejiranannya, sebuah kawasan dengan akses terhad kepada ATM serta pejabat pos. 

Secara purata, pemilik warung menikmati kenaikan pendapatan sebanyak tiga kali ganda dan peningkatan taraf hidup setelah mengintegrasikan Mitra Bukalapak ke dalam perniagaan mereka. Kesan-kesan sosial yang positif ini dijangka diperluaskan selanjutnya tatkala Mitra Bukalapak kekal komited untuk memperkayakan lebih banyak komuniti, sejajar dengan SDG yang bermatlamat untuk memupuk kemakmuran yang kolektif.

Latar Belakang Mitra Bukalapak

Mitra Bukalapak ialah subsidiari syarikat teknologi Indonesia Bukalapak ("IDX:BUKA") yang memfokuskan untuk membangunkan teknologi-warung bagi mendigitalkan peruncit tradisional dan PMKS di Indonesia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, kami menawarkan perkhidmatan kepada lebih 16.8 juta pengguna Mitra di seluruh dunia. Sebagai peneraju pasaran dalam sektor dalam-talian-ke-luar-talian (O2O), fokus kami adalah untuk menggunakan teknologi bagi memenuhi keperluan digital pemilik perniagaan dan masyarakat Indonesia dengan menyediakan pelbagai produk fizikal, maya dan kewangan. Kami turut mempermudah rantaian bekalan dan menghapuskan banyak lapisan dalam proses logistik bagi meningkatkan kelestarian perniagaan mikro dengan cara yang berkesan dan cekap.

Melalui inovasi teknologi dan aktiviti kemasyarakatan, Mitra Bukalapak menggalakkan pencepatan transformasi digital perniagaan di Indonesia.

Untuk maklumat lanjut tentang Mitra Bukalapak, sila kunjungi https://mitra.bukalapak.com/.

 

Source: Bukalapak
Keywords: Banking/Financial Service