omniture

BGI Tech Lancar Khidmat Penjujukan Keseluruhan Exome Manusia pada Platform Lanjutan Complete Genomics

BGI Tech Solutions Co., LTD.
2014-07-22 21:00 191

-- Tawaran baharu dibina berdasarkan ketepatan dan sensitiviti platform yang menerajui industri – 

CAMBRIDGE, Mass. dan SHENZHEN, China, 22 Julai 2014 /PRNewswire/ -- BGI Tech Solutions Co., LTD, (BGI Tech), syarikat subsidiari BGI, organisasi genomik terbesar di dunia, telah mengumumkan pelancaran global khidmat penjujukan keseluruhan exome manusia baharu berdasarkan platform yang menerajui industri Complete Genomics.

Complete Genomics, amat dihargai dalam industri bagi menyediakan teknologi penjujukan proprietari dengan ketepatan 99.999% dan pengesanan yang sangat sensitif untuk semua jenis varian, telah diambil alih oleh BGI pada tahun 2013. Lebih 15,000 genom manusia telah dijujuk dan dianalisis pada platform Complete Genomics hingga kini. BGI, menggunakan kepakarannya yang tinggi dalam penjujukan exome dan genom, telah memperkaya lagi platform Complete Genomics untuk membolehkan khidmat penjujukan keseluruhan exome manusia yang mantap dan pesat yang memanfaatkan kekuatan sedia ada platform tersebut.

Penjujukan keseluruhan exome pada platform Complete Genomics, boleh didapati mulai hari ini dengan harga pengenalan hanya $599 bagi setiap sampel hingga akhir tahun 2014, menjamin 100X purata kedalaman penjujukan untuk bahagian sasaran dan termasuk analisis untuk anotasi dan panggilan SNP/InDel serta pengesahan SNP. Di samping itu, BGI Tech menyediakan aliran kerja yang dikhususkan dan sedang dibangunkan yang menangani reka bentuk dan cabaran kajian kanser, lalu membolehkan pengesanan sensitif varian somatik dengan kehadiran keheterogenan tumor.

Yingrui Li, Ketua Pegawai Eksekutif BGI Tech, menyatakan, "Kami gembira dapat menyediakan platform yang sangat tepat ini kepada lebih 30,000 pelanggan kami di seluruh dunia dan untuk komuniti penyelidikan global. Kini kami sedang membangunkan aplikasi tambahan untuk platform ini, seperti analisis transkriptom dan penjenisan gen melalui penjujukan. Kami tidak sabar untuk mengumumkan ketersediaannya tidak lama lagi."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari bgitechsolutions.com/complete-genomics-offers.

Source: BGI Tech Solutions Co., LTD.
Keywords: