![]() |
SINGAPURA, 11 Disember, 2025 /PRNewswire/ -- Empyrion Digital, sebuah pemaju dan pengendali pusat data generasi baharu, hari ini mengumumkan telah memperoleh semua kelulusan kawal selia bagi Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) serta kelulusan daripada Pasukan Petugas Pusat Data (DCTF) untuk kampus pusat data pertamanya di Malaysia. Terletak di Nusajaya di dalam Kluster Perindustrian SiLC, projek ini merupakan pelaburan terbesar Empyrion Digital, membuktikan keyakinan dalam pasaran Malaysia. Project data di Nusajaya merupakan pembangunan pusat data keenam Empyrion di Rantau Asia.
Kampus Pusat Data Johor ("MY1") akan dibangunkan di atas tapak seluas 34.9 ekar yang jarang diperoleh, menjadikannya salah satu projek terpilih di negara ini yang berjaya memperoleh kelulusan tapak dan peruntukan kuasa dalam proses kelulusan yang ketat. Pencapaian strategik ini menyerlahkan kepentingan MY1 terhadap pelan infrastruktur digital Johor serta ekosistem AI dan pengkomputeran awan yang semakin berkembang di rantau ini.
Direka bentuk sebagai kampus hiperskala generasi akan datang melebihi 200 MW, MY1 akan terdiri daripada lima bangunan 40MW setiap satu yang akan dibangunkan secara berfasa bagi memenuhi permintaan yang semakin melonjak terhadap pengkomputeran berprestasi tinggi, kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur awan di Asia Tenggara. Fasa pertama dijangka mencapai status sedia beroperasi (RFS) pada Suku Keempat 2026.
Empyrion Digital turut memperoleh peruntukan kuasa awal sebanyak 145MW daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), dengan pentenagaan terawal disasarkan pada September 2026, serta opsyen menaiktaraf bagi menyokong keseluruhan kampus. TNB akan menyediakan sambungan kuasa berkapasiti tinggi yang stabil untuk memenuhi keperluan stabil hiperskala.
. Kampus ini juga akan mempunyai akses kepada tenaga hijau melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) jangka panjang, seiring dengan komitmen Empyrion Digital terhadap operasi yang cekap dan bertanggungjawab.
Memperkukuh Ketersambungan Rentas Sempadan Antara Johor dan Singapura
Selain kapasiti hiperskala, MY1 akan memainkan peranan serantau yang penting dalam meningkatkan kesalinghubungan digital rentas sempadan antara Johor dan Singapura. Melalui platform kesalinghubungan serantau Empyrion, SPTel di bawah AQX Digital Infrastructure (Seraya Partners), pelanggan akan mendapat akses pada masa hadapan kepada laluan yang selamat, pelbagai dan berkependaman rendah yang menghubungkan MY1 di Johor ke pusat data SG1 Empyrion di Singapura.
Laluan ini akan meningkatkan kepelbagaian rangkaian, ketahanan operasi dan kawalan digital dengan ketara, membolehkan pelanggan melaksanakan penyelesaian AI berbilang tapak, awan hibrid dan seni bina pemulihan bencana merentas kedua-dua Lokasi. Dengan itu, MY1 bukan sahaja akan berfungsi sebagai hab hiperskala yang utama tetapi juga sebagai lanjutan yang strategik bagi ekosistem digital Singapura.
Ernest Lee, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SPTel, berkata:
"Kami melihat potensi besar dalam kerjasama bersama Empyrion untuk mengintegrasikan kesalinghubungan yang teguh dan keupayaan edge cloud antara Singapura dan Johor. Dengan menggabungkan rangkaian perisian SPTel yang selamat dengan jejak pusat data Empyrion, kami berhasrat menyediakan penyelesaian infrastruktur digital yang lebih pantas dan fleksibel untuk pelanggan di rantau ini."
Mark Fong, Ketua Pegawai Eksekutif Empyrion Digital, berkata:
"Malaysia telah muncul sebagai destinasi utama pusat data hiperskala yang dipacu oleh transformasi digital yang pesat, infrastruktur yang kondusif serta sokongan kerajaan. MY1 mencerminkan aspirasi berterusan Empyrion Digital untuk mengembangkan platform pan-Asia kami dan memenuhi keperluan pelanggan kami terhadap infrastruktur boleh skala, reka-bentuk-hijau dan sedia AI. Johor akan menjadi lokasi teras dalam strategi pertumbuhan inii."
Setelah siap kelak, MY1 akan menyertai rangkaian serantau Empyrion Digital yang sedang berkembang, merangkumi projek pusat data yang sedang beroperasi dan dalam pembangunan di Singapura, Seoul, Tokyo, Taipei dan Bangkok, menjadikan jumlah kapasiti IT syarikat melebihi 200MW di seluruh Asia.
Mengenai Empyrion Digital
Empyrion Digital ialah platform infrastruktur digital generasi baharu yang komited terhadap amalan lestari dan kecemerlangan operasi. Berteraskan konsep hijau, Empyrion membangunkan dan mengendalikan pusat data boleh skala dan neutral pembawa untuk pelanggan hiperskala dan perusahaan di seluruh Asia.
Beribu pejabat di Singapura, Empyrion Digital merupakan syarikat di bawah portfolio Seraya Partners, iaitu sebuah firma pelaburan infrastruktur Asia terkemuka dengan aset di bawah pengurusan berjumlah USD 2.2 bilion setakat 30 September 2025.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.empyriondigital.com