omniture

SSI Schaefer & ALP Merangsangkan Logistik Pintar, Automatik di SEA dengan Gedung OMega Baharu

SSI Schaefer
2023-11-03 11:13 20
  • Perkongsian perintis menyampaikan sistem rak dalaman ruang petak tinggi cemerlang yang disokong sendiri secara sepenuhnya, mengoptimumkan kedua-dua penggunaan ruang serta kestabilan untuk zon seismik

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 3 November 2023 /PRNewswire/ -- SSI Schaefer, peneraju global bagi intralogistik dan gudang automatik, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan pemaju hartanah logistik berpangkalan di Taiwan, Ally Logistic Property (ALP) bagi menyampaikan infrastruktur teras di tengah-tengah OMega 1 Bukit Raja ALP yang akan datang — gudang pintar dengan automasi terbina dalam, menampilkan sistem rak dalaman ruang petak tinggi sokongan kendiri yang berkualiti tinggi.

Bagi meninjau penyelesaian tersuai, komprehensif daripada SSI Schaefer untuk projek-projek kemudahan penting yang akan datang, sila hubungi pakarnya di info.sg@ssi-schaefer.com .

Terletak di Selangor, Malaysia, OMega 1 Bukit Raja bersedia menjadi gudang automatik terbesar ALP di Asia Tenggara. Ia merangkumi kawasan luas berukuran 1.8 juta kaki persegi dan bernilai AS$180 juta (RM844 juta), mewakili langkah penting menuju ke hadapan. Di samping itu, syarikat ini bakal melabur sebanyak AS$1 bilion (RM4.68 bilion) ke dalam Malaysia bagi pembangunan penyelesaian penggudangan pintar canggih, lalu mendorong lagi industri logistik negara ini ke tahap baharu.

Salah satu kelebihan utama OMega ialah infrastruktur logistik pintar yang disediakan oleh kemudahan itu — termasuk penyelesaian rak canggih SSI Schaefer — menghapuskan keperluan untuk pelanggan membuat perbelanjaan modal mereka sendiri yang besar ke atas automasi dengan berkesan. Pendekatan yang strategik ini memperkasa pelanggan untuk memanfaatkan faedah automasi termaju dengan cara yang lebih berkesan kos.

"Kami berbesar hati dan teruja kerana ALP memberi kepercayaan kepada kami untuk memainkan peranan utama dalam kemudahan utama berkenaan," ujar En. Chan Foong Chow — Pengarah Jualan, Penyelesaian Perniagaan Penyepadu SSI Schaefer. "Dengan menyampaikan infrastruktur teras di tengah-tengah projek ini, SSI Schaefer menunjukkan cara kami bekerjasama dengan teliti bersama pelanggan untuk memajukan objektif perniagaan mereka dengan penyelesaian luar biasa yang disesuaikan."

Rantaian bekalan semakin beralih dari China dan ke arah banyak negara Asia Tenggara, seperti yang ditemui dalam kajian oleh firma perunding McKinsey & Company. Dengan operasi rantaian bekalan yang berubah-ubah dan semakin berkembang, syarikat-syarikat di rantau ini terutamanya memerlukan kemudahan penyimpanan yang pintar dan boleh diskala yang bukan sahaja mengupayakan pertumbuhan yang fleksibel tetapi turut mendorongnya dengan aktif. OMega mengisi jurang ini dengan kapasiti penyimpanan yang besar menerusi sistem rak berkepadatan tinggi daripada SSI Schaefer, kefleksibelan dalam pelan sewaan bayar-semasa-anda-guna dan yang terkini dalam penyelesaian automasi digital dan bersedia untuk masa depan.

Satu pencapaian unik dalam intralogistik

Sebagai peneraju dalam teknologi dan sistem rak, SSI Schaefer mereka bentuk, mengilangkan dan memasang gudang pintar teras dan infrastruktur rangka keluli kemudahan, menyesuaikan penyelesaian raknya untuk berintegrasi lancar dengan ruang serta sistem terhubung. Dengan lebih daripada 100,000 lokasi palet yang tersebar merentas 38 lorong, reka bentuk canggih SSI Schaefer menampung 8 lorong dalam berganda dan 30 lorong dalam tunggal, memaksimumkan kecekapan ruang sambil mengekalkan kepelbagaian palet ke atas kawasan seluas kira-kira 693,000 meter padu.

Bangunan besar dengan struktur sokong sendiri pada rak ruang letak tinggi, dibina dengan lebih 4,700 tan keluli, memperlihatkan pencapaian yang cemerlang untuk industri intralogistik: gudang ruang letak tinggi dalaman setinggi 40-meter yang tidak disokong oleh tiang bangunan. Selain daripada penggunaan ruang yang lebih besar, reka bentuk ini menyediakan tahap kestabilan tinggi — pasukan kejuruteraan SSI Schaefer memiliki rekod prestasi terbukti apabila melibatkan penyesuaian penyelesaian rak yang mampu bertahan daripada mekanisme runtuh global dan tempatan daripada jisim berat palet yang disimpan serta daya mendatar dinamik daripada SRM dan kejadian gempa bumi yang melampau. Memastikan keselamatan sepanjang jangka hayat sistem rak menjadi keutamaan tertinggi dalam falsafah reka bentuk SSI Schaefer. Komitmen ini memberi jaminan penyelesaian rak pelanggan mematuhi standard gempa bumi di seluruh Asia Tenggara dan Timur.

OMega: Gudang pintar terkini untuk meningkatkan ekosistem logistik Asia Tenggara

OMega, gudang pintar dengan ciri automasi terbina dalam, membawakan Sistem Penyimpanan dan Perolehan Kembali Automatik (AS/RS) bersepadu, berskala besar, membolehkan berbilang rantaian bekalan wujud bersama dan mendapat manfaat daripada rangkaian digital dan automasi.

"Kami yakin OMega 1 Bukit Raja mewakili lonjakan perintis ke hadapan dalam industri logistik Malaysia. Dengan kepakaran luar biasa SSI Schaefer dalam bidang dan di rantau ini, kami memberi jaminan sepenuhnya bahawa pembangunan struktur rak dalaman kami dilaksanakan dengan teliti," ujar Keren Liu, Pengarah Urusan ALP Malaysia.

"Sejak permulaan projek ini, pasukan SSI Schaefer menunjukkan komitmen mereka secara konsisten untuk memahami keperluan kami dan memberi cadangan secara proaktif, bagi memastikan pelaksanaan projek yang lancar. Dedikasi sedemikian ialah sesuatu yang kami paling hargai daripada rakan kongsi strategik kami," tegas Liu.

Kemudahan ini dijadualkan siap dalam S3 2024 dan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pemenuhan industri logistik dan penggudangan Malaysia, terutamanya dalam kalangan pemilik jenama multinasional dan peruncit yang mencari pusat pengedaran serantau untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Untuk maklumat lanjut mengenai OMega, sila kunjungi: https://www.alp.com.tw/en/omega 

Profil Syarikat SSI Schaefer Group

SSI Schaefer Group ialah penyedia penyelesaian global yang terkemuka untuk semua bidang intralogistik. Dengan teknologi dan perisian yang inovatif, syarikat ini memperkasa pelanggan untuk meningkatkan kecekapan dan kemampanan proses penyimpanan, pengambilan dan pengangkutan mereka. SSI Schaefer menawarkan kepada perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta syarikat besar, penyelesaian pengendalian bahan berkesan kos dengan kepakaran industri daripada satu sumber. Bermula daripada gudang berciri automatik sepenuhnya dengan pakej perkhidmatan dan penyelenggaraan yang disesuaikan, hinggalah robotik dan kenderaan berpandu automatik, sistem manual dan separa automatik seperti stesen kerja, rak dan kontena, syarikat ini menawarkan penyelesaian yang lengkap. SSI Schaefer turut menjadi salah satu vendor terbesar perisian untuk aliran bahan dalaman. Portfolio perisiannya yang komprehensif mengendalikan segala-galanya bermula daripada pengurusan gudang hinggalah kawalan aliran bahan. Dengan analisis masa sebenar yang canggih, pemprosesan data pintar dan algoritma pengoptimuman, ia menawarkan setiap pilihan yang mungkin untuk pengurusan sumber bersepadu dan mampan.

SSI Schaefer menggaji sekitar 10,000 orang pekerja di ibu pejabat antarabangsanya di Neunkirchen (Jerman) dan secara global di lebih daripada 70 syarikat pengendalian dan tujuh kemudahan pengeluaran di enam benua.

Selama bertahun-tahun, SSI Schaefer Group bergantung pada rakan kongsi yang dipercayai, termasuk pakar robotik di RO-BER dan pakar SAP di SWAN, serta DS Automotion, sebuah syarikat yang memiliki kepakaran dalam bidang grobotik dan AGV yang telah menjadi ahli penuh SSI Schaefer Group sejak 1 Mac 2023.

Latar Belakang Ally Logistic Property (ALP) 

Ally Logistic Property (ALP) ialah penyedia penyelesaian penggudangan keseluruhan yang paling inovatif dalam industri logistik Taiwan, menyediakan penyelesaian penggudangan pintar termaju, termasuk hartanah penggudangan, integrasi sistem automasi dan perkhidmatan penggudangan. Ditubuhkan pada tahun 2014, ALP telah membina enam taman logistik yang mengagumkan dan kini mengurus ruang seluas lebih 500,000 meter persegi, mengembangkan portfolio penggudangannya kepada salah satu yang terbesar di Taiwan. Dengan mengintegrasikan sumber dan bakat dengan latar belakang yang pelbagai, ALP menyelesaikan proses logistik yang paling rumit untuk pelanggannya dan menyediakan kepada mereka dengan penyelesaian yang lebih mudah, lebih pintar dan lebih mampan melalui gudang pintarnya. Dengan kehadirannya yang kukuh di Taiwan, ALP memulakan strateginya ke SEA dan melancarkan projek OMega pertamanya di Malaysia bagi menetapkan standard baharu dan memberi inspirasi kepada infrastruktur logistik pintar.

Untuk maklumat lanjut mengenai ALP, sila kunjungi www.alp.com.tw/en

Source: SSI Schaefer
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Mining/Metals Telecommunications Transportation Licensing/marketing agreements Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing Supply Chain/Logistics