omniture

Musim Mas Keluarkan Varieti Benih Kepala Sawit Baharu Bawakan Hasil Hampir Tiga Kali Ganda berbanding Purata Industri

Musim Mas Holdings
2023-11-03 20:53 59

SINGAPURA, 3 November 2023 /PRNewswire/ -- Musim Mas mengumumkan keluaran empat varieti kelapa sawit baharu dengan hasil berpotensi sebanyak lebih 10 tan daripada jumlah minyak/hektar, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding purata industri iaitu 3.25 tan CPO/hektar. Hasil daripada penyelidikan genetik bukan-GMO selama 11 tahun, varieti benih baharu berpotensi menghasilkan kelapa sawit yang berbuah dalam tempoh 25 bulan berbanding purata industri iaitu 30 bulan.

Musim Mas staff at an event to commemorate the launch
Musim Mas staff at an event to commemorate the launch

Dengan cabaran untuk memenuhi permintaan dunia untuk minyak dan lemak terhadap keperluan untuk memelihara hutan, Musim Mas Group melabur dengan banyak dalam penyelidikan genetik dan agronomi bagi meningkatkan hasil tanpa menambah kawasan penanaman. Keluaran varieti berprestasi terbaik ini merupakan hasil yang terkini daripada usaha ini. Bagi membantu petani pekebun kecil meningkatkan dan mencapai hasil serta punca pendapatan yang lebih baik, Musim Mas turut menyediakan varieti benih baharu ini kepada petani pekebun kecil skim yang disokong olehnya melalui program Kredit Koperasi Primer Anggota (KKPA).

Digelar Musim Mas GS Series, benih baharu ini adalah daripada varieti dura x pisifera (DxP) dan empat varieti berasingan dikeluarkan oleh Kumpulan ini: GS1, GS2, GS3 dan GS4. Varieti-varieti tersebut telahpun diluluskan oleh badan penilaian kerajaan Indonesia untuk varieti perladangan (TPV). Varieti-varieti berkenaan turut dibangunkan empat tahun lebih pantas berbanding program pembiakbakaan tipikal, yang menunjukkan kekuatan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) Musim Mas.

"Di Musim Mas, strategi kami adalah untuk meningkatkan pengeluaran kami melalui hasil yang lebih baik dan bukan perluasan tanah. Ideologi ini merupakan bahagian yang penting dari segi bagaimana kami melihat peranan kami sebagai pengeluar minyak sawit yang bertanggungjawab. Dengan populasi dunia dijangka melebihi 9 bilion orang menjelang tahun 2050, kami berharap agar Musim Mas GS series akan memainkan peranan yang berharga ke arah meningkatkan hasil dalam tempoh jangka panjang," kata En. TK Lim, Pengarah Strategi dan Perancangan.

GS Series merupakan penyumbang yang penting kepada peranan Musim Mas sebagai perniagaan tani benih-ke-rak yang utama dan akan turut berpotensi menghasilkan kelapa sawit dengan tangkai lebih panjang, yang menjadikan penuaian lebih mudah, menghasilkan putik lebih besar dan menyediakan kadar pengekstrakan CPO yang cemerlang iaitu 30%.

Source: Musim Mas Holdings
Keywords: Agriculture New products/services Cision Influencer List - ESG