omniture

XCMG Machinery Menuju Glokal: Pengorek ke-2,000 Buatan India Dikeluarkan daripada Barisan Pemasangan

XCMG Machinery
2023-11-04 02:18 65

CHENNAI, India, 4 November 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery ("XCMG", SHE:000425) meraikan mesin pengorek ke-2,000 yang dikeluarkan di dalam negara di kilangnya di India pada 20 Oktober, menandakan satu kejayaan penting tatkala XCMG meneroka lebih jauh dalam pembangunan perniagaan global yang berakar umbi dalam operasi setempat.

XCMG Machinery Going Glocal: the 2,000th Excavator That Made in India Rolls Off Assembly Line.
XCMG Machinery Going Glocal: the 2,000th Excavator That Made in India Rolls Off Assembly Line.

"Sejak penubuhannya, XCMG Machinery (India) membangunkan portfolio produk bersepadu yang disesuaikan untuk keadaan pembinaan di India, menubuhkan pasukan pengurusan dan pembuatan yang berpengalaman serta stabil dan menggandakan jualan. Memandang ke hadapan, XCMG Machinery (India), sebagai pusat pembuatan yang penting di Asia Selatan, akan terus mendorong pasaran India dan berkembang untuk meliputi negara-negara jiran," kata Tu Hui, pengurus besar XCMG Machinery (India).

Strategi Glokal XCMG untuk memajukan operasi setempat terus memperkasa pembangunan industri, menyokong projek infrastruktur utama di seluruh dunia dan menyokong pemupukan bakat teknikal.

Kren rangkak XGC150-IA telah mengambil bahagian dalam projek jambatan laut terpanjang India - Mumbai Trans Harbour Link (MTHL) yang telahpun siap awal tahun ini. Dengan jumlah panjang 21.8 kilometer, jambatan tersebut akan mengurangkan masa berulang-alik antara Mumbai dan New Mumbai daripada dua jam menjadi 20 minit, satu rangsangan kepada ekonomi tempatan.

Dalam bulan Mei, XCMG merasmikan pangkalan latihan bakat luar negara pertamanya di kilangnya di India, sebuah pusat latihan global bersepadu dengan keupayaan teknikal, servis, jualan serta pembangunan jenama dan promosi produk.

Ketika ini, XCMG mempunyai dua subsidiari di India, XCMG India Manufacturing ("XCMM India") dan SCHWING Stetter India. Ditubuhkan pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2021, XCMM India mengeluarkan dan memasang rangkaian luas produk termasuk pengorek, jentera angkut, penggelek jalan, trak pam berbadan lebar dan banyak lagi, ia memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 8,500 unit peralatan jentera pembinaan dan 3,500 set komponen yang dikilangkan sendiri dengan gabungan tenaga daripada lebih 300 pekerja India, yang mana 33% daripadanya adalah wanita. Sementara itu, XCMM India melancarkan siri acara amal untuk pewujudan bersama persekitaran yang segar melalui acara penanaman pokok, sekali gus memupuk komuniti yang sama rata, pelbagai dan inklusif dengan perayaan Pongal dan Diwali serta sumbangan komuniti menerusi alat tulis dan hadiah.

SCHWING Stetter India ditubuhkan pada tahun 1998 dan mengeluarkan peralatan jentera konkrit termasuk trak pam dan pencampur, ia turut menjual dan menyediakan perkhidmatan untuk semua siri produk XCMG. Kapasiti pengeluaran tahunan jentera konkritnya adalah sekitar 25,000 unit dan syarikat ini memiliki 2,700 pekerja India.

Kini, XCMG memiliki 28 pejabat dan 82 wakil penjual di India, sementara produk keluaran tempatannya dijual di seluruh wilayah Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika.

"India merupakan pasaran jentera pembinaan yang terbesar di Asia Selatan serta kawasan utama yang amat diperlukan dalam strategi antarabangsa XCMG dan kumpulan ini menyokong sepenuhnya pembangunan subsidiari-subsidiari Indianya yang menjadi penanda aras bagi pangkalan pembuatan luar negara XCMG," kata Zhang Lina, Ketua Pegawai Kebudayaan Bahagian Pengorek, XCMG.

 

Source: XCMG Machinery
Keywords: Construction/Building