omniture

Persidangan Ekonomi Arab Saudi-Arab-Afrika Bermula Khamis Depan

Ministry Of Finance
2023-11-06 06:08 92

Dengan Penyertaan Para Pemimpin dan Pembuat Keputusan

RIYADH, Arab Saudi, 5 November 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Ekonomi Arab Saudi-Arab-Afrika bermula di Riyadh pada hari Khamis, 9 November 2023, di Hotel Hilton Riyadh. Acara tersebut bakal mengumpulkan para pemimpin dan pembuat keputusan serta kumpulan elit para pegawai Arab Saudi, Arab dan Afrika; para pemimpin kewangan, perniagaan dan pelaburan daripada sektor kerajaan dan swasta; persekutuan perdagangan, pertubuhan antarabangsa; dan tokoh-tokoh terkemuka dalam kalangan ahli akademik dan badan pemikir. Menteri Kewangan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Mohammed bin Abdullah Aljadaan berkata bahawa sokongan DiRaja untuk mengadakan persidangan ini mencerminkan kesungguhan kepimpinan untuk menyatukan hubungan Kerajaan Arab Saudi dengan benua Afrika, yang memainkan peranan penting dalam ekonomi global. Acara tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dan merebut peluang pelaburan di kedua-dua negara.

Menteri menambah, "Persidangan ini bertujuan untuk menyatukan asas kerjasama Arab Saudi, Arab dan Afrika dalam beberapa aspek ekonomi dan pelaburan seperti mencapai keterjaminan makanan; mengukuhkan kerjasama pertanian, perindustrian, perlombongan dan komersial; memuktamadkan kerjasama baharu antara entiti Afrika dan Arab Saudi; mewujudkan sebuah platform untuk pengeksport dan pengimport kedua-dua pihak; dan menonjolkan peluang kerjasama dalam sektor tenaga bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi."

T.Y.T. menjelaskan bahawa persidangan tersebut akan menyediakan platform untuk kedua-dua dana dan program pembangunan serantau dan global meneroka idea dan projek melalui perbincangan yang mendalam dan sesi persidangan. Acara ini juga akan menonjolkan peluang pelaburan di Arab Saudi dan Afrika.

Agenda persidangan merangkumi tujuh sesi dengan penyertaan beberapa Yang Amat Mulia dan Tuan Yang Terutama serta pemimpin dan pembuat keputusan dalam bidang kewangan dan pelaburan. Topik sesi termasuk: peranan kerjasama tenaga lestari dan kepentingannya dalam memudahkan akses kepada sumber tenaga; memperkukuh rangka kerja kerjasama untuk mencapai keterjaminan makanan; melabur dalam pembangunan perniagaan, infrastruktur dan modal insan; industri dan perlombongan; memanfaatkan pelancongan untuk pertumbuhan; dan meningkatkan kerjasama untuk mencapai pembangunan lestari. Persidangan ini juga akan menyaksikan acara tandatangan bagi beberapa perjanjian.

Mereka yang berminat untuk menghadiri Persidangan Ekonomi boleh mendaftar melalui pautan berikut: https://saaec.info/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2266730/Ministry_Of_Finance_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ministry Of Finance
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news