omniture

Mauve Group menonjol dengan anugerah Gangsa untuk 'Majikan Terbaik bagi Penyedia Rekod' di HRM Asia Awards

Mauve Group
2023-11-06 08:30 109
  • Mauve Group mendapat anugerah Gangsa bagi kategori 'Majikan Terbaik bagi Penyedia Perkhidmatan Rekod' di HRM Asia Readers' Choice Awards.
  • Mauve berbangga kerana mendapat pengiktirafan di anugerah terbesar di Asia bagi penyelesaian Sumber Manusia.

SINGAPURA, 5 November 2023 /PRNewswire/ -- Mauve Group mengumumkan kemenangan anugerah terbaharunya pada tahun 2023 – kali ini, ia menerima anugerah Gangsa untuk kategori 'Majikan Terbaik bagi Penyedia Perkhidmatan Rekod' di HRM Asia Readers' Choice Awards atau Anugerah Pilihan Pembaca HRM Asia yang berprestij. Kategori ini mengiktiraf peneraju industri dan penyedia perkhidmatan yang inovatif yang membentuk landskap pekerjaan antarabangsa pada masa kini.

Memperoleh kemenangan anugerah tersebut pada hari Jumaat, 3 November 2023 di Carlton Hotel di Singapura, Majlis Gala HRM Asia Readers' Choice Awards yang dianjurkan oleh HRM Asia, telah menghimpunkan para pemimpin industri dan profesional Sumber Manusia dari seluruh dunia untuk meraikan kecemerlangan dan sumbangan luar biasa di seluruh pasaran.

Untuk memenangi Gangsa dalam kategori anugerah ini, Mauve Group telah menghadapi persaingan yang sengit melalui proses pemilihan anugerah yang unik. Ia melibatkan perolehan undian daripada para pembaca HRM Magazine Asia yang menyumbang sebanyak 70% daripada keputusan, berserta penilaian ketat daripada sebuah panel hakim pakar bebas terhadap penghantaran penyertaan setiap syarikat – yang menyumbang sebanyak 30%.

Mauve Group berbangga kerana mendapat pengiktirafan bagi tawaran utama perkhidmatannya, Majikan Rekod di anugerah terbesar Asia untuk penyedia penyelesaian Sumber Manusia. Imilee Buentipo, Pengurus Perhubungan Pelanggan Mauve Group berkata:

"Kami berbesar hati menerima Anugerah Gangsa di HRM Asia Readers' Choice Awards untuk Majikan Terbaik bagi Penyedia Perkhidmatan. Ia menandakan komitmen kami untuk menyampaikan perkhidmatan pengembangan global yang cemerlang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kami yang menakjubkan, kerja keras, inovasi dan dedikasi mereka benar-benar menjadikan anugerah 'Majikan Terbaik bagi Penyedia Perkhidmatan Rekod' ini milik setiap seorang daripada mereka."

Menerima pengiktirafan ini menandakan kemenangan anugerah yang ketiga bagi Mauve Group pada tahun ini dan ia menonjolkan dedikasi Mauve Group yang konsisten terhadap kecemerlangan di seluruh pasaran antarabangsa.

Anugerah ini mengukuhkan lagi kedudukan organisasi ini sebagai peneraju industri dalam industri Majikan Rekod dan Sumber Manusia global – yang menyokong perniagaan daripada pelbagai saiz dan sektor mengendali pengembangan global dan pekerjaan antarabangsa.

Tentang Mauve: 

Mauve Group ialah penyedia penyelesaian Sumber Manusia, Majikan Rekod dan perundingan perniagaan yang terkemuka di peringkat global, dengan pengalaman selama lebih 27 tahun. Mauve telah membangunkan pengetahuan global yang diperlukan untuk membantu perniagaan daripada semua saiz merancang pengembangan antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@mauvegroup.com atau sila layari www.mauvegroup.com.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2108914/4102130/Mauve_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mauve Group
Keywords: Banking/Financial Service