omniture

Toys"R"Us: Melibatkan kembali Gen Z dengan Mainan

Toys"R"Us Asia
2023-11-06 10:10 14

Menghapuskan semua sempadan, Toys"R"Us mengaburi garisan antara mainan, fesyen dan gaya hidup, mencipta pengalaman serba baharu untuk Gen Z pada Krismas ini!   

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 November 2023 /PRNewswire/ -- Mentakrifkan semula sesuatu yang tidak dapat dibayangkan! Toys"R"Us melangkah ke arah baharu pada musim perayaan ini, dengan kolaborasi yang belum pernah terjadi sebelum ini bersama gandingan artis pop Craig & Karl serta mentafsirkan semula tradisi akhir tahun.

Menghapuskan semua sempadan, Toys"R"Us mengaburi garisan antara mainan, fesyen dan gaya hidup, mencipta pengalaman serba baharu untuk Gen Z pada Krismas ini!
Menghapuskan semua sempadan, Toys"R"Us mengaburi garisan antara mainan, fesyen dan gaya hidup, mencipta pengalaman serba baharu untuk Gen Z pada Krismas ini!

"Mainan bukan lagi untuk dimainkan semata-mata, terutamanya dalam kalangan kidult (orang dewasa yang gemar bermain mainan). Interpretasi Gen Z terhadap Animasi, Komik, Filem dan Permainan di seluruh Asia, mengaburkan garisan antara mainan, fesyen serta gaya hidup dan Toys"R"Us sedang berkembang untuk beradaptasi kepada trend ini dan dalam masa yang sama masih berpegang pada  janji jenama utamanya untuk merangsang imaginasi kanak-kanak," kata Leo Tsoi, Ketua Pegawai Eksekutif Toys"R"Us Asia.

Sambutan Hari Krismas dengan suatu kelainan!

Kolaborasi Toys"R"Us dengan Craig & Karl telah memeriahkan kedai-kedai dengan karya seni geometri yang terang dan cerah, mencipta kolaj perayaan dengan gabungan antara mainan dan fesyen, mengundang pelanggan  untuk melangkah masuk ke dalam majalah fesyen.

Berada di tengah-tengah antara kesemua ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan: Toys"R"Us menghidupkan kalendar kedatangan tradisional. Daripada kotak biasa yang terdapat di rumah, Toys"R"Us memberi kelainan kepada permainan kira detik ini, dengan mencipta kalendar kedatangan saiz hidup yang sesuai dimuat naik ke Instagram dengan permainan untuk memenangi kejutan!

"Ini hanyalah permulaan bagi transformasi Toys"R"Us. Kami akan terus menembus  sempadan, memberi nafas baharu kepada industri mainan tradisional, merangsang imaginasi yang "mustahil" beberapa generasi, mencipta bentuk baharu untuk mengekspresikan diri sendiri bagi menyerlahkan diri mereka yang sebenar," tambah Tsoi.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia (Holding) Limited

Visi Toys"R"Us Asia adalah untuk merangsang imaginasi dan memberi ilham kepada generasi kami yang seterusnya melalui kuasa mainan dan permainan. Misi syarikat adalah untuk menjadi peneraju mainan yang dipercayai, menyediakan mainan ulung dan memberi inspirasi kepada pengalaman permainan baik untuk kanak-kanak mahupun kidult (orang dewasa yang gemar bermain mainan).

Toys"R"Us Asia beribu pejabat di Hong Kong dan ketika ini mengendalikan kira-kira 470 gedung di seluruh Asia, termasuk tanah besar China, Jepun, Malaysia, Hong Kong, Singapura, Taiwan, Thailand dan Brunei – dan memberi lesen kepada lebih daripada 90 gedung di Filipina dan Macau. Selain daripada kedai bangunan fizikalnya, syarikat ini turut beroperasi melalui platform-platform eDagang Asia yang terkemuka serta gedung dalam talian miliknya sendiri dalam setiap pasaran (www.toysrus.com.my).

Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman permainan dalam-kedai yang interaktif dan imersif yang memberi inspirasi kepada pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

Toys"R"Us Asia (Holding) Limited ialah entiti undang-undang bebas yang beroperasi secara berasingan daripada semua syarikat kendalian semasa atau terdahulu Toys"R"Us yang lain di serata dunia.

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys Children-related news Licensing/marketing agreements DEI Page