omniture

Mediwave Perkenal Rangkaian Respons Kecemasan Berkuasa-AI dan Ambulans Pintar dengan Teknologi Realiti Campuran di Malaysia

Mediwave Pte. Ltd.
2023-11-06 12:10 23

SINGAPURA, 3 November 2023 /PRNewswire/ -- Mediwave, peneraju baru muncul bagi teknologi penjagaan kesihatan, melakar kejayaan penting menerusi pengenalan rangkaian Respons Kecemasan hujung-ke-hujung termajunya dan Ambulans Terhubung Pintar, menampilkan teknologi AI dan Realiti Campuran di Malaysia. Rangkaian penyelesaian penjagaan kesihatan digital rintis ini diperkenalkan di Pusat Pengalaman 5G Digital Nasional Berhad (DNB) di Malaysia, menekankan kepentingan strategiknya dalam industri penjagaan kesihatan dan majlis berkenaan dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, Malaysia.

Live demonstration of the AI-Powered Emergency Rescue - Smart EMT Solution with Mixed Reality Tech
Live demonstration of the AI-Powered Emergency Rescue - Smart EMT Solution with Mixed Reality Tech

Melangkaui Sistem Pengurusan Respons Kecemasan (ERMS) konvensional, rangkaian penjagaan kesihatan Mediwave mengintegrasikan teknologi EMT Pintar (Juruteknik Perubatan Kecemasan) dan Ambulans Pintar, memberi panduan masa sebenar kepada EMT semasa rawatan kecemasan pra-hospital. Ia memanfaatkan keupayaan Microsoft HoloLens dan berintegrasi lancar dengan peranti IoMT yang didayakan dengan Standard HL7. Di samping itu, penyalin pertuturan-kepada-teks berkuasa AI memperkemas penghasilan nota kes dan mengautomasikan sokongan untuk EMT dalam Laporan Penjagaan Pesakit Elektronik (ePCR).

Suren Pinto, Ketua Pegawai Eksekutif Mediwave Pte Ltd., yang menghadiri majlis pelancaran, menyatakan, "Ia merupakan peluang yang sangat baik untuk kami memperkenalkan teknologi penjagaan kesihatan digital kami yang terbukti dalam industri, bersedia untuk masa depan dan boleh diskala semasa pelancaran Pusat Pengalaman 5G DNB, menegaskan minat kami dalam pasaran AS dan APAC."

Dengan memanfaatkan peranti 5G, Jalur Lebar Mudah Alih Dipertingkat (EMBB) dan Internet Pelbagai Benda Perubatan (IoMT), inovasi ini menandakan era baharu penjagaan kesihatan yang proaktif. Ia meningkatkan pengalaman pesakit, penyedia penjagaan kesihatan, kerajaan dan komuniti, melengkapi ahli profesional penjagaan kesihatan dengan alat-alat yang diperlukan untuk penilaian visual yang tepat, penjagaan pesakit yang lebih pantas dan intervensi yang tepat pada masanya bagi meminimumkan kematian dan kemudaratan jangka panjang.

Reza Aniff, Ketua Pegawai Operasi Mediwave Pte Ltd., menekankan, "Dalam kecemasan perubatan, masa adalah sangat penting dan sememangnya amat mustahak. Walaupun banyak konsep transformasi penjagaan kesihatan yang wujud, inovasi daripada Mediwave bersedia untuk mencetuskan jejak baharu, membentuk semula masa depan penjagaan kesihatan dengan pantas. Mewakili platform perintis sedia masa depan dan hujung-ke-hujung yang seumpamanya di Asia Tenggara, kami bersedia untuk menyambut era penjagaan kesihatan digital yang imersif dan boleh diskala yang akan meningkatkan kehidupan secara mendalam di seluruh dunia."

Latar Belakang Mediwave:

Beribu pejabat di Singapura, Mediwave ialah penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan digital termaju yang mendorong inovasi dan pendigitalisan dalam ekosistem Penjagaan Kesihatan Digital yang berkembang pesat. Melalui integrasi antara teknologi AI, Data Raya, IoMT dan Realiti Campuran, Mediwave menawarkan rangkaian komprehensif Penyelesaian Kesihatan Digital termasuk ERMS, EMT Pintar dan Ambulans Terhubung.

Source: Mediwave Pte. Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Artificial Intelligence