omniture

Vienna: Lebih Banyak Sekali Inap Berbanding Sebelumnya dalam Separuh Pertama 2014

Vienna Tourist Board
2014-07-23 10:00 220

VIENNA, Austria, 23 Julai 2014 /PRNewswire/ --

- Rekod tinggi Bednights (sekali inap) yang baharu di Vienna: Sejumlah 6 juta penginapan semalaman telah dicatatkan dalam tempoh antara Januari hingga Jun 2014, 5.8 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2013.

"Vienna sekali lagi dengan yakin telah membuktikan daya tarikannya terhadap pelancong pada separuh pertama tahun 2014, dengan peningkatan sebanyak 5.8 peratus untuk hampir enam juta penginapan semalaman pengunjung," kata Norbert Kettner, Pengarah Vienna Tourist Board, tentang rekod baharu itu. Sepuluh pasaran utama Vienna pada separuh pertama 2014 sekali lagi didahului oleh Jerman dengan 1,213,000 sekali inap (+6 peratus bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya), diikuti dengan Austria (1,157,000, +4 peratus), Rusia (322,000, -12 peratus), Amerika Syarikat (319,000, +16 peratus), serta Itali (289,000, +18 peratus). Tempat ke-6 hingga 10 diduduki oleh United Kingdom (213,000, +5 peratus), Switzerland (187,000, +2 peratus), Perancis (168,000, +2 peratus), Sepanyol (135,000, +1 peratus) dan juga Jepun (130,000, -4 peratus). Vienna turut merekodkan pertumbuhan mantap yang ketara berbanding pada tahun 2013 daripada China (97,000 sekali inap, +19 peratus) dan Korea Selatan (67,000, +27 peratus). Sekali inap antarabangsa menyumbang sekitar 81 peratus daripada jumlah keseluruhan sekali inap di Vienna. Purata penghunian bilik hotel Vienna pada separuh pertama tahun ini adalah sekitar 65 peratus (1-6/2013: kira-kira 64 peratus). Jumlah katil meningkat sebanyak 1,500 katil dari Jun 2013 hingga Jun 2014, yang bermakna ibu negara Austria itu kini mempunyai kapasiti penginapan sebanyak kira-kira 64,000 katil. Kini Vienna menduduki tempat pertama di seluruh dunia dalam tinjauan "Kualiti Hidup" Mercer terkini, manakala sebagai metropolis konvensyen pula, kedua-dua Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA) dan Kesatuan Persatuan Antarabangsa (UIA) meletakkan Vienna pada kedudukan nombor 3 untuk mesyuarat antarabangsanya pada tahun 2013.

Maklumat Lanjut:
Vienna Tourist Board
Isabella Rauter
Tel. +43-1-21114-301
E-Mel: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info

Sumber: Vienna Tourist Board

Source: Vienna Tourist Board
Keywords: Hotels and Resorts Travel Survey, Polls & Research