omniture

Tiga Jenama Switzerland memperkenalkan Extraordinary Jacket

HeiQ, in collaboration with Nespresso and Mammut
2023-11-06 16:00 45

ZURICH, 6 November 2023 /PRNewswire/ -- Demi meraikan Inovasi dan identiti Switzerland, tiga jenama inovatif Switzerland telah bergabung tenaga untuk mencipta jaket yang bukan sahaja luar biasa dalam keupayaan untuk mengekalkan kehangatan kepada pemakai, tetapi juga dengan rasa kebanggaan terhadap Switzerland. NespressoMammut dan HeiQ telah bekerjasama untuk mereka bentuk Extraordinary Jacket, iaitu pakaian unik melibatkan industri pakaian luar.

The Extraordinary Jacket in its natural environment
The Extraordinary Jacket in its natural environment

Extraordinary Jacket adalah bukti kepada reka bentuk dan inovasi Switzerland. Penebat Ajungilak ® Mammut yang sangat ringan kini menggabungkan teknologi XReflex HeiQ yang dikuasakan oleh Xefco yang mengandungi sebahagian daripada aluminium daripada kapsul Nespresso yang dikitar semula.

Penurunan suhu adalah ketara ketika berada di kawasan pergunungan. Mammut, HeiQ dan Nespresso telah mencipta jaket penebat berprestasi tinggi ini yang dapat mengekalkan haba dengan unggul di samping bersifat boleh bernafas dengan sempurna agar seseorang boleh menikmati lebih banyak masa di atas garisan pokok.

Apa yang menjadikan Extraordinary Jacket ini benar-benar luar biasa ialah keupayaannya untuk mengekalkan 20% lebih banyak haba daripada jaket penebat konvensional dengan ketebalan yang sama. Lapisan kasa beraluminium 3D XReflex HeiQ yang inovatif memantulkan sinaran haba tubuh badan di dalam lapisan penebat supaya pemakai tidak perlu menghasilkan lebih banyak tenaga untuk kekal panas, sekali gus memberikan keselesaan dengan mudah walaupun dalam keadaan yang sukar dan mencabar.

Jaket ini kini boleh didapati di Mammut.com dan kedai Mammut terpilih di Timur Tengah dan Afrika (EMEA), Amerika Utara, China dan Jepun.

Inovasi Cekap Sumber: Bolehkah idea ini lebih bersifat Switzerland? 

Ketua Kelestarian Switzerland Nespresso, Irene Balascas teruja dengan kerjasama ini. "Kami berbesar hati untuk menyumbang kepada projek inovatif ini dan membawakan satu lagi produk yang sekali lagi menonjolkan kecekapan sumber kapsul aluminium seperti yang telah kami lakukan dalam kerjasama sebelum ini dengan jenama yang juga sama terkenal."

"Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama tiga pihak unik ini yang meraikan inovasi Switzerland secara keseluruhan," kata Nic Brandenberger, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Mammut"Dengan menggunakan aluminium daripada kapsul Nespresso terpakai ke dalam pakaian luaran Mammut melalui penggunaan teknologi XReflex HeiQ, kami memberikan prestasi pengawalan suhu yang unggul dengan berat/isipadu yang lebih rendah kepada pelanggan kami."

Bagi Carlo Centonze, Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Group"Extraordinary Jacket ialah simbol kepada janji HeiQ untuk menggunakan 'Teknologi Switzerland dengan Sepenuhnya (Swiss Tech Inside)'. Kemudian, aluminium daripada kapsul kitar semula dijadikan bahan mentah untuk XReflex HeiQ bagi menghidupkan jaket luaran baharu yang dibuat oleh Mammut, bagi membuktikan bahawa kopi yang sama boleh membuatkan anda terasa hangat lebih daripada sekali. Kami berharap agar anda menikmati hasil projek ini sebagaimana kami menikmati hasilnya."

Dan hasil daripadanya adalah apa yang akan berlaku apabila tiga daripada jenama inovatif Switzerland bersatu dengan tujuan yang sama. Hasilnya adalah luar biasa.

Tentang Mammut: 

Mammut ialah syarikat luaran Switzerland yang diasaskan pada tahun 1862 dan menawarkan produk berkualiti tinggi dan pengalaman jenama yang unik kepada peminat sukan pergunungan di seluruh dunia. Jenama premium yang terkemuka di dunia ini telah berpaksikan keselamatan dan inovasi rintis selama lebih 160 tahun. Produk Mammut menggabungkan fungsi dan prestasi dengan reka bentuk kontemporari. Dengan gabungan barangan tahan lama, kasut dan pakaiannya, Mammut ialah salah satu pembekal produk terkemuka dari kepala hingga ke kaki dalam pasaran luar. Mammut Sports Group AG aktif di 40 buah negara dan mempunyai lebih kurang 800 orang pekerja. Maklumat lanjut tersedia di www.mammut.com.

Tentang Nestlé Nespresso SA 

Nestlé Nespresso SA adalah perintis dan rujukan untuk kopi berkualiti tinggi. Syarikat ini bekerjasama dengan lebih 150,000 petani di 18 buah negara melalui Program AAA Sustainable Quality™ untuk menerapkan amalan kemampanan di ladang dan landskap sekitar mereka. Dilancarkan pada tahun 2003 dengan kerjasama NGO Rainforest Alliance, program ini membantu meningkatkan hasil dan kualiti penuaian, memastikan bekalan kopi berkualiti tinggi yang mampan sambil meningkatkan taraf hidup petani dan komuniti mereka.

Pada tahun 2022, Nespresso mencapai pensijilan B Corp ™ – setelah menyertai pergerakan antarabangsa melibatkan lebih 7,300 perniagaan yang diterajui tujuan yang memenuhi piawaian tinggi B Corp dari segi tanggungjawab dan ketelusan sosial dan alam sekitar.

Sejak tahun 1991, Nespresso telah melaksanakan sistem kitar semula yang mantap. Di Switzerland, kapsul aluminium Nespresso terpakai boleh dikembalikan kepada lebih 3,700 tempat pengumpulan perbandaran, butik Nespresso dan rakan kongsi perniagaan NespressoNespresso juga menawarkan perkhidmatan 'Kitar Semula di Rumah' secara percuma dengan kerjasama Swiss Post – yang membolehkan pelanggan meletakkan kapsul Nespresso terpakai mereka dalam beg kitar semula yang direka khas dan memasukkannya ke dalam peti mel supaya ia boleh diambil secara percuma oleh kurier mel ketika kunjungan yang seterusnya. Di Switzerland, lebih separuh (72% - B2C) kapsul Nespresso dikitar semula.

Beribu pejabat di Vevey, Switzerland, Nespresso beroperasi di 83 pasaran dan mempunyai lebih 14,000 orang pekerja. Pada tahun 2022, ia mengendali rangkaian peruncitan global melibatkan 791 buah butik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web korporat Nespressowww.nestle-nespresso.com.

Tentang HeiQ: 

HeiQ telah diasaskan pada tahun 2005 sebagai keluaran sampingan daripada Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Saham London (London Stock Exchange Main Market, XLON:HEIQ). HeiQ ialah peneraju dalam inovasi tekstil dan bahan yang mencipta beberapa teknologi paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi di pasaran hari ini. HeiQ berusaha untuk meningkatkan kehidupan berbilion manusia melalui inovasi tekstil dan bahan rintis. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk yang berbeza dan lestari serta memperoleh nilai tambah pada peringkat jualan. Dengan memiliki 14 buah pejabat, 7 tapak pembuatan dan 7 hab R&D, HeiQ hari ini mempunyai 230 ahli profesional. Ia memiliki kapasiti bahan kimia khusus keseluruhan sebanyak 45,000 tan setahun dan memenuhi permintaan lebih 1,000 pelanggan industri di lebih 60 buah negara. Hari ini, barangan pengguna dan peranti perubatan HeiQ boleh didapati di 56 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heiq.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2264072/HeiQ_Mammut_Nespresso_Jacket.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2259729/HeiQ_Mammut_Nespresso_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: HeiQ, in collaboration with Nespresso and Mammut
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Textiles New products/services Outdoors/Camping/Hiking