BEIJING, 6 November 2023 /PRNewswire/ -- Jiangxi, wilayah yang terkenal dengan budaya yang menarik dan hasil tanaman yang pelbagai, beroleh warisan kulinarinya hasil daripada geografinya yang hebat. Masakan Jiangxi sudah berubah dengan peredaran milenia, menghasilkan profil perisa yang ringkas tetapi menawan yang diraikan sebagai "segar, pedas, beraroma dan nyaman", rasa yang tiada tandingan di persada dunia. Dalam episod kali ini, kami meneroka dunia masakan Jiangxi menerusi mata dan suara Zhen Weidong, yang menggunakan sup periuk tanah untuk mempersembahkan perisa yang tiada tolok bandingnya, yang mentakrifkan budaya kulinari wilayah ini.