- Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Fawaz Abdullah Danish telah menerima anugerah tersebut di International Business Magazine Awards 2023
MEKAH, Arab Saudi, 7 November 2023 /PRNewswire/ -- Al Bait Guests, penyedia terkemuka perkhidmatan hospitaliti yang cemerlang untuk jemaah haji, merupakan penerima anugerah "Perkhidmatan Hospitaliti & Pelancongan Agama Terbaik di Arab Saudi" daripada International Business Magazine pada tahun ini. Anugerah tersebut telah disampaikan semasa majlis yang gilang-gemilang di Atlantis Dubai, The Palm pada awal bulan November ini.
Semasa menerima anugerah tersebut, Fawaz Abdullah Danish, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Al Bait Guests, berkata: "Kami amat berbesar hati dengan pengiktirafan ini – suatu bukti terhadap kerja keras dan dedikasi pasukan kami yang komited dalam menyediakan pelancongan keagamaan dan pengalaman hospitaliti yang terbaik kepada para tetamu kami. Kami komited untuk terus menambah baik perkhidmatan kami dan menjadikan perjalanan suci Haji sebagai satu pengalaman yang mudah, cekap dan tidak dapat dilupakan untuk semua umat Islam."
Perkhidmatan Jemaah Haji Al-Bait Guests sejajar dengan Program Pengalaman Jemaah Haji Wawasan 2030 yang menyediakan kemudahan bertaraf dunia, infrastruktur yang dipertingkatkan dan perkhidmatan digital kepada berjuta-juta jemaah bagi memastikan pengalaman kerohanian yang cemerlang dan tidak dapat dilupakan.
Perkhidmatan Jemaah Haji Al-Bait Guests, ahli gabungan Mutawwif Jemaah Haji untuk Southeast Asian Countries Co., ialah sebuah syarikat perkhidmatan penuh hospitaliti dan pelancongan keagamaan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada jemaah haji, termasuk penginapan, pengangkutan, makan, ziarah, riadah dan aktiviti sosial; serta pelbagai perkhidmatan keagamaan seperti bimbingan tentang perkhidmatan solat dan ibadah Haji. Sebuah pasukan kakitangan yang berpengalaman dan berpengetahuan berdedikasi untuk melayani keperluan jemaah haji, memastikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan memuaskan dari segi kerohanian untuk mereka.
Perkhidmatan Jemaah Haji Al-Bait Guests mempunyai komitmen yang jitu terhadap tanggungjawab sosial dan komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Tanggungjawab syarikat ini meliputi para jemaah haji, pemegang saham, pekerja, vendor dan komuniti global dengan komitmen untuk menjalankan perniagaan secara beretika serta meminimumkan kesan negatif.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Al Bait Guests, sila layari: https://www.albaitguests.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2267367/Al_Bait_Guests.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2267368/Al_Bait_Guests_Logo.jpg?p=medium600