SEOUL, Korea Selatan, 7 November 2023 /PRNewswire/ -- Sama seperti banyak sukan yang lain, setiap negara memiliki sukan popularnya yang tersendiri lantaran faktor-faktor budaya, sejarah dan persekitaran. Indonesia terkenal dengan sukan badminton, manakala Thailand cemerlang dalam sukan bola tampar wanita. Singapura menonjol dalam badminton, tenis dan pingpong, manakala Vietnam dan Malaysia dikenali dengan demam bola sepak mereka.
Korea Selatan, sebuah negara dengan pelbagai liga sukan profesional, mendapat populariti yang ketara. Ini terutamanya bagi liga bola tampar profesional wanita. Bulan ini, Megawati Pertiwi daripada Daejeon JUNG KWAN JANG Red Sparks menjadi pemain tumpuan, yang diberi pengharapan tinggi menerusi permainannya yang cemerlang. Megawati Pertiwi, perajam bertentangan Indonesia, berkata beliau menempuh semua sesi latihan yang mencabar dengan mengambil ginseng merah setiap hari. Rutin ini membawa kepada skor tinggi yang konsisten dalam setiap permainan sejak perlawanan pembukaan liga.
Di Korea Selatan, di tempat banyak liga sukan profesional berkembang maju, beberapa syarikat menyumbang kepada pembangunan atlet dengan menaja pasukan sukan. Jenama ginseng No.1 dunia, JUNG KWAN JANG, selama sepuluh tahun berturut-turut, menyokong bola keranjang, bola tampar, pingpong, badminton dan Go. Pasukan badminton, ditubuhkan pada tahun 1969, memiliki sejarah terpanjang di Korea. JUNG KWAN JANG Red Boosters, pasukan bola keranjang profesional yang menampilkan bekas pemain bola keranjang kebangsaan Filipina Rhenz Abando, memenangi kedua-dua gelaran musim biasa dan kejuaraan dalam musim 2022-2023. Pasukan berkenaan berkongsi bahawa mereka meningkatkan kekuatan fizikal dan ketahanan mereka dengan suplemen ginseng merah JUNG KWAN JANG. JUNG KWAN JANG CheonNok, pasukan Go profesional yang meraih gelaran kejuaraan musim biasa dalam tahun 2022-2023, turut bergantung pada ginseng merah JUNG KWAN JANG untuk mengekalkan fokus mereka semasa permainan yang panjang.
Dengan sejarah selama 124 tahun dan tradisi yang kaya, ginseng merah JUNG KWAN JANG menerima pengiktirafan rasmi daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubatan Korea bagi menambah baik imuniti, keletihan, ingatan, aliran darah dengan mengurangkan pengumpulan platelet serta antioksida.
Secara praktis, warga Korea sering membawa produk ginseng merah sambil bersenam, mengembara atau melakukan lawatan kerja untuk meningkatkan stamina serta imuniti mereka. Pada tahun 2012, JUNG KWAN JANG melancarkan 'Ekstrak Ginseng Merah Korea Everytime,' kantung kecil yang senang, direka bentuk untuk pengambilan yang mudah, menjadi sangat popular dalam kalangan orang ramai.
Player Megawati Pertiwi of the Daejeon JUNG KWAN JANG Red Sparks and Korean Red Ginseng Extract Everytime