omniture

Pendaftaran untuk Persidangan IFPA ke-7 2024 kini dibuka

IFPA
2023-11-07 18:00 100

STOCKHOLM, 7 November 2023 /PRNewswire/ -- IFPA (Persekutuan Persatuan Psoriasis Antarabangsa) teruja untuk mengumumkan Persidangan IFPA ke-7 (sebelum ini dikenali sebagai Pesidangan Psoriasis & Artritis Psoriatik Sedunia) yang bakal berlangsung dari 27 hingga 29 Jun 2024 di bandar raya Stockholm yang meriah di Sweden. Ditubuhkan pada tahun 2006, Persidangan IFPA merupakan sebuah acara penting yang menyediakan platform silang kepakaran yang unik yang menghimpunkan para profesional perubatan dan kesihatan daripada pelbagai disiplin untuk berkongsi penyelidikan klinikal inovatif dalam bidang dermatologi, reumatologi dan pelbagai lagi.

 

IFPA Conference 2024, 27-29 June
IFPA Conference 2024, 27-29 June

 

Tema persidangan tahun ini yang bertajuk "Mendedahkan Spektrum Luas Penyakit Psoriatik" mencerminkan misi IFPA untuk meningkatkan kesedaran global terhadap keseriusan penyakit psoriatik. Persidangan ini bertujuan untuk memupuk perspektif antarabangsa yang lebih luas mengenai penyakit ini, menggalakkan kerjasama dalam penyelidikan, inisiatif sokongan dan meningkatkan kesedaran di kalangan profesional perubatan dan pihak berkepentingan industri.

Tarikh-Tarikh Penting: 

  • Pendaftaran Dibuka: 1 November 2023
  • Tarikh Akhir Yuran Pendaftaran Awal: 15 Januari 2024
  • Tarikh Akhir Yuran Biasa: 31 Mei 2024
  • Penyerahan Abstrak Dibuka: 1 Disember 2023
  • Tarikh Akhir Penyerahan Abstrak: 15 Februari 2024

Persidangan IFPA merupakan sebuah platform unik di mana para perwakilan boleh meneroka penyakit psoriatik daripada pelbagai perspektif melalui jaringan dengan pesakit dan wakil industri yang hadir. Ia menyediakan peluang yang penting untuk berkongsi penemuan penyelidikan klinikal terkini, mempromosikan usaha kolaboratif dan memajukan pemahaman tentang semua aspek penyakit psoriatik.

Memetik kata-kata April Armstrong, Presiden Persidangan ini yang juga Pengerusi SEC, "Sebagai sebuah komuniti klinikal dan penyelidikan, kami berusaha secara bersama-sama untuk memajukan penjagaan bagi pesakit yang menghidap penyakit psoriatik yang meliputi bukan sahaja psoriasis dan artritis psoriatik tetapi juga penyakit komorbid lain yang memberi kesan kepada kehidupan pesakit kami. Pada persidangan IFPA yang akan datang di Stockholm, kami akan berkongsi pengetahuan kami dan mengadakan perbincangan yang bermakna tentang kemajuan ini".

Dengan menggalakkan kerjasama antarabangsa, persidangan ini bermatlamat untuk memacu inovasi, meningkatkan kesedaran serta meningkatkan peranan IFPA dan ahlinya dalam memajukan pengetahuan perubatan dalam bidang penyakit psoriatik.

Daftar sekarang di ifpaconference.com/registration.
Untuk mendapatkan maklumat tentang penyerahan abstrak, sila layari
https://conference.ifpa-pso.com/abstracts.
Muat turun kit peralatan dihttps://connect.ifpa-pso.com/hubfs/IFPA-Conference/Toolkit-2024.zip.
Untuk maklumat lanjut tentang persidangan ini, sila layariifpaconference.com.

Tentang IFPA: 

IFPA (Persekutuan Persatuan Psoriasis Antarabangsa) ialah sebuah organisasi bukan untung global yang komited untuk meningkatkan kehidupan individu yang menghidap psoriasis dan artritis psoriatik. IFPA berdedikasi untuk meningkatkan kesedaran, mempromosikan penyelidikan canggih dan menyediakan sokongan kepada pesakit yang menghidap penyakit ini.

Sila Hubungi: 

Annika Sjöberg
+46 (0) 70 749 58 20

Infografik - https://mma.prnasia.com/media2/2264829/IFPA_Conference_2024_Infographic.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1747380/4378815/ifpa_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: IFPA
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news