omniture

PENYERTAAN UNTUK 1000 MIGLIA 2024 TELAH DIBUKA

Mille Miglia
2023-11-07 18:20 98

PENYERTAAN ADALAH DARIPADA 7 NOVEMBER 2023 HINGGA 16 JANUARI 2024. PENERIMAAN AKAN DISAHKAN PADA 12 APRIL 

BRESCIA, Itali, 7 November 2023 /PRNewswire/ -- Mulai jam 12 tengahari pada hari Selasa bersamaan 7 November, penyertaan akhirnya akan dibuka bagi pembentukan semula Red Arrow ke 42, yang akan diadakan pada 11 hingga 15 Jun 2024. 

1000 Miglia – The Most Beautiful Race In The World
1000 Miglia – The Most Beautiful Race In The World

Arah berlawanan jam untuk edisi Perlumbaan Terindah Di Dunia ini, mereplikasi pilihan yang dibuat pada tahun 2021 dan seperti yang terdapat dalam 14 daripada 24 edisi kelajuan 1000 Miglia. Pembaharuan sebenar ialah laluan ke Genoa, Ibu Kota Sukan Eropah 2024. Lebih-lebih lagi, selepas menjadi laluan bersejarah pada edisi terdahulu, Piedmont kini akan menjadi sebuah wilayah yang penting untuk 1000 Miglia 2024, dan Turin akan menjadi salah sebuah bandar dalam pusingan perlumbaan ini buat pertama kali.

Selepas bermula dari Brescia pada waktu tengahari pada hari Selasa, 11 Jun dan merentasi melalui Bergamo, Novara dan Vercelli, pusingan pertama ini akan berakhir di Turin.

Pada hari kedua, konvoi ini akan bergerak ke selatan merentasi Langhe dan melalui bahagian tengah Alba sebelum berhenti untuk makan tengahari di Genoa. Selepas perhentian tersebut, perlumbaan akan meninggalkan Riviera di Levante menuju ke arah pantai Tyrrhenian dan akan tiba di Viareggio untuk mengakhiri hari kedua perlumbaan. 

Pusingan ketiga akan merentasi melalui Lucca, kemudian kembali ke pantai di Livorno dan bersambung sehingga rehat makan tengahari di Castiglione della Pescaia. Pada waktu petang, kereta-kereta ini akan melalui Grosseto dan bergerak sepanjang Tasik Bolsena sebelum mengakhiri perlumbaan hari tersebut dengan perarakan tradisional di Via Veneto di Rom. 

Pada hari keempat, kru akan memandu terus ke Orvieto sebelum berhenti makan tengahari di Solomeo. Dari sini, mereka akan bertolak ke arah Siena dan Prato. Sebelum tiba ke pusingan terakhir di Bologna, pemandu dan pemandu arah akan merentasi laluan ke Futa dan Raticosa. Dari Bologna, perlawanan akhir akan melepasi Ferrara dan sekali lagi, Lake Garda dengan Valtenesi dan Salò sebelum perarakan klasik di Viale Venezia di Brescia. 

Untuk memohon bagi penyertaan, kereta mestilah memiliki atau telah memohon sijil daripada Registro1000 Miglia dan hanya akan diterima jika sijil tersebut diperolehi.

Penyertaan akan ditutup pada jam 4 petang pada hari Selasa, 16 Januari 2024. Penerimaan penyertaan ini akan disahkan pada 12 April.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2267639/1000_Miglia.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2267638/1000_Miglia_2024_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Mille Miglia
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Transportation New products/services Future Events