omniture

Kohler Co. akan Menubuhkan Bahagian Tenaga sebagai Perniagaan Bebas dengan Platinum Equity sebagai Rakan Pelaburan Majoriti, bagi Mempercepat Strategi Pertumbuhan Jangka Panjang untuk Kedua-dua Organisasi

Kohler Co.
2023-11-08 00:19 43

Perniagaan mandiri ini yang menyediakan penyelesaian daya tahan tenaga dijangka mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran operasi Platinum Equity

KOHLER, Wisconsin, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Kohler Co. hari ini mengumumkan keputusan strategik untuk menetapkan Kohler Energy sebagai perniagaan bebas yang berasingan dengan Platinum Equity terlibat sebagai rakan kongsi pelaburan majoriti. Kohler akan terus kekal melabur dalam perniagaan Tenaga ini susulan pemuktamadannya dan kekal komited untuk menyokong trajektorinya yang menaik yang dibentuk berdasarkan rekod prestasi yang terbukti kukuh dalam pasaran daya tahan tenaga global. Perniagaan yang termasuk dalam portfolio ini ialah Power Systems, Engines, Home Energy, Kohler Uninterruptible Power, Clarke Energy, Curtis Instruments dan Heila Technologies.

Walaupun Kohler Co. dan Platinum Equity mesti melengkapkan beberapa perkara penting dan mengikuti syarat dari segi undang-undang, termasuk perundingan dengan majlis kerja pekerja, urus niaga ini dijangka akan ditutup pada penggal pertama tahun 2024. Sehingga itu, Kohler Co. akan beroperasi sebagai sebuah syarikat.

"Hari ini kami mengambil langkah berani dan strategik untuk masa depan syarikat kami," kata David Kohler, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kohler Co. "Sejak 150 tahun yang lalu, Kohler telah memberikan usaha tanpa henti untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan pengalaman yang luar biasa untuk pelanggan kami. Detik penting dalam perjalanan kami ini menandakan komitmen kami untuk memperdalamkan fokus dan pelaburan dalam perniagaan Dapur & Mandian dan Hospitaliti Kohler serta terus memacu pertumbuhan dalam industri masing-masing. Masanya adalah tepat disebabkan oleh kekuatan perniagaan Tenaga ini, yang didorong oleh produk bertaraf dunia yang dihasilkan dan dijual oleh rakan sekutu berkemahiran tinggi. Saya tidak sabar-sabar untuk menyokong perniagaan Tenaga ini melalui pelaburan berterusan kami bersama-sama dengan peranan saya di lembaga pengarah selepas pemuktamadannya." 

Kohler Energy ialah peneraju global dalam daya tahan tenaga, menyediakan penyelesaian kuasa misi kritikal kepada rumah, perniagaan dan peralatan. Portfolio peneraju pasarannya bagi peralatan kuasa utama dan sandaran, teknologi rangkaian kuasa tradisional dan elektrik serta penyelesaian tenaga rumah adalah dipercayai di seluruh dunia.

"Kohler telah menjadi pengurus perniagaan yang cemerlang selama lebih 100 tahun. Kami akan meneruskan visi tersebut dengan Platinum Equity, yang berkongsi nilai kualiti,  inovasi dan kecemerlangan operasi yang sama dan memberikan sepenuhnya untuk perjalanan pertumbuhan kami. Kami dijangka akan memacu pelaburan berterusan yang ketara yang dapat meningkatkan nilai kepada pelanggan, ahli pasukan dan pemegang saham kami," kata Brian Melka, Presiden Kumpulan – Kohler Energy. "Saya berasa bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh pasukan ini untuk membina perniagaan peneraju industri, dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Platinum Equity bagi memulakan fasa pertumbuhan kami yang seterusnya. Keutamaan terpenting kami ialah memastikan peralihan yang lancar yang dapat memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan dan ahli pasukan kami di seluruh dunia." 

Brian Melka akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi perniagaan Tenaga, dengan David Kohler berkhidmat sebagai ahli lembaga pengarahnya.

Platinum Equity ialah sebuah firma pelaburan global dengan kira-kira $47 bilion aset di bawah pengurusan. Kohler telah memilih Platinum Equity disebabkan oleh kepakaran operasi firmanya yang mendalam dan rekod prestasi yang cemerlang dengan urus niaga jualan yang menyeluruh.

"Kohler Energy mempunyai reputasi yang baik dari segi kualiti, inovasi dan kejuruteraan sejak lebih satu abad yang lalu," kata Presiden Bersama Platinum Equity, Jacob Kotzubei. "Kami menghargai keyakinan Kohler terhadap keupayaan kami untuk membina legasi tersebut dan menyokong pertumbuhan dan pengembangan berterusan perniagaan tenaga ini sebagai sebuah syarikat yang berdiri sendiri. Kami sangat menghormati David dan pasukan kepimpinan Kohler serta kami berasa bangga menjadi rakan kongsi mereka."

Platinum Equity mempunyai 28 tahun pengalaman dalam mengambil alih dan mengendalikan perniagaan global yang menjadi sebahagian daripada entiti korporat yang besar. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, firma ini telah mengambil alih perniagaan daripada firma seperti Ball Corporation, Caterpillar, Emerson Electric, Ingersoll Rand dan Johnson & Johnson, serta lain-lain lagi.

"Perniagaan daya tahan tenaga ini mempunyai kepimpinan yang cemerlang, keupayaan teknikal yang teguh dan peluang untuk mendapatkan manfaat daripada faktor positif yang menarik yang memacu keperluan berterusan untuk penyelesaian tenaga yang boleh dipercayai dalam penggunaan perindustrian, komersil, kediaman dan peralatan," kata Matthew Louie, Pengarah Urusan Platinum Equity. "Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan Brian dan pasukan pengurusannya untuk terus melabur dalam perniagaan tersebut dan memaksimumkan potensinya."

BDT & MSD Partners dan BofA Securities bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Kohler. White & Case LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Kohler.

Goldman Sachs & Co. LLC dan William Blair & Company, LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada Platinum Equity berkaitan pelaburan Kohler Energy. Gibson, Dunn & Crutcher LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang manakala Willkie Farr & Gallagher LLP berkhidmat sebagai peguam pembiayaan hutang kepada Platinum Equity.

Tentang Kohler Co.
Selama 150 tahun, Kohler Co. telah menjadi peneraju global dalam reka bentuk dan inovasi, berdedikasi untuk menyediakan kehidupan yang baik melalui produk dapur dan mandian; kabinet mewah, jubin dan lampu; penyelesaian tenaga teragih – tenaga rumah, sistem kuasa industri dan teknologi rangkaian kuasa – serta pengalaman hospitaliti mewah dan golf kejuaraan utama. Padang golf Kohler Whistling Straits pernah menjadi tuan rumah kepada Piala Ryder ke-43 pada tahun 2021.  Kohler Co. milik persendirian ini telah diasaskan pada tahun 1873 dan beribu pejabat di Kohler, Wisconsin. Syarikat ini juga membangunkan penyelesaian untuk menangani isu-isu yang mendesak seperti air bersih dan sanitasi untuk komuniti yang kurang diberi perhatian di seluruh dunia bagi meningkatkan kualiti kehidupan generasi semasa dan akan datang.

Tentang Kohler Energy
Kohler Energy, peneraju global dalam penyelesaian tenaga teragih, membawakan reka bentuk yang berani dan impak yang kuat kepada sistem tenaga yang menampung keperluan manusia dan komuniti di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia merupakan bahagian penting bagi Kohler Co., dengan penyelesaian merentasi bahagian Home Energy, Industrial Energy Systems dan Powertrain Technologies. Memanfaatkan kekuatan portfolio jenamanya – Power Systems, Home Energy, Kohler Uninterruptible Power, Clarke Energy, Heila Technologies, Curtis Instruments, dan Engines, dan dengan lebih satu abad kepimpinan industri, Kohler Energy membina daya tahan apabila grid tidak dapat berfungsi dan melampaui pemulihan individu fungsian untuk mencipta kehidupan dan komuniti yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari kohler.com/energy.

Tentang Platinum Equity
Ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Tom Gores, Platinum Equity ialah sebuah firma pelaburan global dengan kira-kira $47 bilion aset di bawah pengurusan dengan portfolio sebanyak kira-kira 50 buah syarikat yang beroperasi yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Platinum Equity mengkhusus dalam penggabungan, pengambilalihan dan operasi – sebuah strategi dengan tanda dagangan yang dipanggil M&A&O® –mengambil alih dan mengendalikan syarikat dalam pelbagai pasaran perniagaan yang luas, termasuk pembuatan, pengedaran, pengangkutan dan logistik, sewaan peralatan, perkhidmatan logam, media dan hiburan, teknologi, telekomunikasi dan industri lain. Sepanjang 28 tahun yang lalu, Platinum Equity telah menyempurnakan lebih 400 pengambilalihan.

Hubungan:
Stephen Maliszewski
Kohler Co. Perhubungan Awam Kohler Co.
stephen.maliszewski@kohler.com

Todd Weber
Kohler Co. Perhubungan Awam
todd.weber@kohler.com 

Dan Whelan
Platinum Equity
dwhelan@platinumequity.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/619434/Kohler_Logo.jpg?p=medium600

Source: Kohler Co.
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Utilities