omniture

Yadea Perkenal KEMPER: Motosikal Elektrik Berprestasi-Tinggi di EICMA 2023

Yadea
2023-11-08 02:14 50

MILAN, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Yadea, dengan kehadiran yang mantap di EICMA sebanyak enam kali, sekali lagi menunjukkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk menunaikan janji dan memacu inovasi. Tahun ini, sorotan tertumpu pada Yadea KEMPER, sebuah motosikal elektrik yang melambangkan pendekatan berpusatkan pengguna Yadea dan misinya untuk menawarkan kepada pengguna global dengan pengalaman perjalanan yang membebaskan, mudah dan lestari. Dengan KEMPER, Yadea memperkenalkan fungsian canggih, terutamanya dalam bidang pengecasan pantas.


Pengecasan Pantas DC Automotif 10-minit

Dilengkapi dengan bateri litium besi fostat 320 V 20 Ah, KEMPER boleh dicas sepantas mengisi minyak. Dengan memanfaatkan pengecasan arus terus amat pantas automotif, KEMPER dapat mencapai kapasiti bateri sebanyak 80% hanya dalam 10 minit. Ia menyokong penyambung pengecas EV Jenis 2 dan CCS Combo 2, lalu menghapuskan kebimbangan berkenaan kuasa

Kelajuan Tertinggi 160 km/j dan Pecutan 4.9s 0-100 km/j

Menyerlahkan kuasa elektrik yang tiada tandingan, KEMPER membawakan keupayaan berprestasi tinggi. Ia didatangkan lengkap dengan motor pacuan-pertengahan 40 kW dan pengawal IGBT yang amat cekap dengan kecekapan sehingga 98%. Kombinasi ini membolehkan Yadea KEMPER mencapai tork roda maksimum 570 N·m, mencapai 0-100km/j hanya dalam 4.9 saat, melangkaui prestasi motosikal berkuasa bahan api 800cc. Di samping itu, ia mempunyai kelajuan tertinggi yang mengagumkan iaitu 160km/j.

Pengalaman Kecerdasan

Yadea Smart Assistant, merangkumi aplikasi Yadea, papan pemuka pintar TFT 7-inci dan kamera papan pemuka 1080P, dapat memastikan pengalaman kecerdasan yang menyeluruh. Aplikasi ini menawarkan ciri buka kunci pintar, kawalan pintar, penjejakan GPS, pemantauan keselamatan, langkah-langkah anti-kecurian. Papan pemuka meliputi status bateri, pengawal, tekanan dan suhu tayar serta diagnostik kenderaan. Kamera papan pemuka memastikan rakaman yang stabil dan sekiranya berlaku perlanggaran, ia menyimpan rakaman secara automatik sebelum dan selepas impak.

Pengendalian dan Kestabilan Tepat

KEMPER memastikan kawalan yang luar biasa dengan sistem dwi ABS+TCS Bosch untuk pengendalian yang tepat. Angkup berprestasi tinggi Brembo yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, memberikan brek termaju, manakala penyerapan hentakan berprestasi tinggi KYB memberikan ampaian yang stabil, memastikan tunggangan dan ketahanan yang lancar. Kombinasi ini menjamin kestabilan, keselamatan dan keyakinan penunggang, walaupun semasa perjalanan berkelajuan tinggi dan brek kecemasan.

Sebagai No.1 global bagi jualan kenderaan dua roda elektrik tahunan, Yadea meneruskan dedikasinya untuk mempelopori inovasi teknologi hijau dan mendorong industri ini ke hadapan. Dengan mencipta produk premium, Yadea menggalakkan gaya hidup berulang-alik yang lebih mesra alam. Yadea KEMPER melambangkan komitmen ini dengan pengecasan pantasnya, prestasi luar biasa, kawalan pintar serta kestabilan luar biasa, menawarkan kepada penunggang dengan pengalaman motosikal elektrik yang tidak dapat ditandingi.

Hubungi PR: media@yadea.com

 

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Auto Computer/Electronics Green Technology Transportation New products/services Trade show news