omniture

Avidity Science® melancarkan sistem Solo™ S, menetapkan standard baharu untuk kelestarian penulenan air makmal

Avidity Science
2023-11-08 08:00 43

LONG CRENDON, United Kingdom, 7 November 2023 /PRNewswire/ -- Avidity Science dengan bangganya mengumumkan pelancaran sistem air ultra tulen makmal pertama di dunia dengan kartrij plastik boleh guna semula, iaitu Science Solo S. Avidity Science mempamerkan SoloS di Pameran Dagangan Inovasi Makmal (The Lab Innovations Trade Show) di Birmingham, UK, pada 1 dan 2 November yang lalu.


SoloS ialah sistem penulenan air Jenis 1 yang diletakkan di atas permukaan rata yang menghasilkan air Ultra tulen terus daripada air paip, sehingga 10 liter sehari. Unik kepada SoloS Avidity sahaja, reka bentuk sistem baharunya membolehkan bahan guna plastik boleh digunakan semula, bukannya dilupuskan, yang merupakan sebahagian daripada pelan AvRecycle™, yang menyediakan sehingga 90% pengurangan dalam pelepasan karbon yang berkaitan dengan pengeluaran plastik serta menghapuskan sisa plastik pelanggan tanpa menjejaskan kualiti air.

AvRecyclememberi peluang kepada penyelidik untuk memulangkan kartrij mereka yang telah digunakan kepada Avidity Science yang kemudian akan membuka, mengosongkan dan membersihkannya sebelum mengisi semula dan mencipta kartrij baharu dengan menggunakan semula komponen plastik dan media prarawatan untuk tujuan yang sama beberapa kali. 

Direka bentuk untuk memenuhi keperluan semasa makmal penyelidikan, SoloS adalah padat, mudah untuk dikendali dan boleh diselenggara menggunakan skrin sentuh intuitif bersaiz 5 inci yang berasaskan ikon dan Komunikasi Medan Berhampiran (Near Field Communication, NFC) untuk pengenalpastian dan kebolehkesanan kartrij. Keupayaan pengelogan dan pemerolehan data tanpa kertas yang memenuhi pematuhan peraturan adalah mudah diakses dan menyokong keperluan penyelidikan yang penting.

Platform SoloS, yang menggunakan teknologi penulenan air Osmosis Berbalik (Reverse Osmosis, RO) dan Penyahionan (Deionization, DI) yang terbukti dengan membezakan prarawatan bukan karbon boleh guna semula dan LED UV tanpa merkuri, direka khusus untuk menyalurkan air ultra tulen dengan penggunaan air dan tenaga yang dikurangkan bagi meminimumkan jejak alam sekitar untuk pelanggan.

"Kami percaya SoloS menetapkan piawaian baharu untuk kemampanan sistem air makmal dengan reka bentuk kartrij boleh guna semula dan AvRecycle™ yang unik" kata Tim McDougle, Naib Presiden Eksekutif Sains Hayat Global untuk Avidity Science. "Selama beberapa dekad, Avidity telah menumpukan pada memacu inovasi untuk memadankan keperluan pelanggan, dan SoloS ialah contoh terbaik yang menunjukkan cara kami memenuhi keperluan kualiti air kritikal dan kesan alam sekitar pelanggan kami."

Tentang Avidity Science

Avidity Science ialah peneraju dunia dalam penulenan dan penghantaran air, kawalan dan pemantauan serta penyelesaian perkhidmatan untuk sains hayat dan komuniti penyelidikan bioperubatan. Sejak tahun 1969, misi kami adalah untuk mendayakan sains dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Dengan operasi di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia, kami adalah rakan kongsi yang dipercayai kepada komuniti penyelidikan global melalui teknologi dan sokongan yang berbeza. Untuk maklumat lanjut tentang syarikat kami, sila layari www.AvidityScience.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2266547/AVS_Solo_PR_Image_72.jpg?p=medium600

 

Source: Avidity Science
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities New products/services Trade show news