omniture

TÜV Rheinland Anugerahkan Pensijilan Jejak Karbon Produk kepada TV Laser Hisense

Hisense
2023-11-08 08:54 36

QINGDAO, China, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik dan peralatan pengguna global, diberikan pengesahan jejak karbon untuk TV Laser PL1 daripada TÜV Rheinland, penyedia perkhidmatan teknikal yang terkemuka di seluruh dunia. Pensijilan ini diberikan selaras dengan piawaian ISO 14067:2018.

Hisense has been awarded carbon footprint certification from TÜV Rheinland
Hisense has been awarded carbon footprint certification from TÜV Rheinland

Hisense membangunkan sempadan pengiraan jejak karbon produk (PCF) yang merangkumi peringkat pemerolehan dan prarawatan bahan mentah, pengilangan produk, pengedaran, penggunaan dan kitar semula sisa. Ini dibangunkan selaras dengan piawaian jejak karbon antarabangsa terkini, dengan TÜV Rheinland membantu Hisense menghitung dan memperakui jejak karbon produk PL1 dalam seluruh kitaran hayat.

Dengan menganalisis emisi karbon pada pelbagai peringkat dalam kitaran hayat produk, Hisense dapat mengenal pasti dengan lebih intuitif "Titik Panas" emisi tinggi dalam kitaran hayat keseluruhan dan mengkaji impak setiap peringkat ke atas alam sekitar dari perspektif produk, untuk menyediakan rancangan pengoptimuman produk dengan lebih berkesan sambil menilai pengurusan tenaga, analisis kitaran hayat, pengurusan bahan mentah serta rantaian bekalan.

Hisense Laser TV PL1
Hisense Laser TV PL1

TV Laser PL1, juga disebut sebagai Pawagam Laser Pintar, memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kebolehsuaian dalam menampung pelbagai pengalaman pawagam rumah. Ia menampilkan teknologi laser X-Fusion perintis, yang menggunakan sumber yang tepat untuk menyampaikan imej yang lebih tajam dan menawarkan keserbagunaan saiz gambar bermula daripada 80 hingga 120 inci serta pilihan untuk pelanggan memilih skrin pilihan mereka dengan pengalaman pawagam rumah yang selesa pada mata dan imersif.

Keputusan PCF TV Laser Hisense PL1 merujuk kepada kualiti yang cemerlang. Kami mempertimbangkan dan menghitung kesemua bahan utama dengan "data khusus-syarikat" dan memodelkannya secara individu. Berdasarkan kepada pengiraan Waste WEEE Directive terhadap produk elektrik dan elektronik, produk siri PL1 juga memiliki kadar penggunaan tenaga boleh baharu produk sebanyak 91.2%.

Menerusi produk yang inovatif dan teknologi mampan, Hisense berharap dapat menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih hijau sekali gus menawarkan kepada pelanggannya dengan produk berkualiti tertinggi. Hisense akan melancarkan kempen Akhir Tahun 2023 menjelang Jumaat Hitam (Black Friday) dalam menantikan musim perayaan yang semakin hampir bagi menawarkan diskaun istimewa dalam talian hingga luar talian ke atas produknya yang berkualiti tinggi dalam kesemua kategori.

Latar Belakang Hisense

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan elektronik pengguna global yang terkemuka. Perniagaan Hisense meliputi produk multimedia (dengan tumpuan pada TV Pintar), peralatan rumah dan maklumat pintar IT. Baru-baru ini, Hisense telah berkembang pesat dan kini beroperasi di lebih 160 negara.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Television