omniture

Trina Solar menang anugerah reka bentuk antarabangsa berprestij untuk Vertex S+

Trina Solar Co., Ltd
2023-11-08 09:15 42

CHANGZHOU, China, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar telahpun memenangi German Design Award 2024 untuk siri modul PV bumbung dwi-kaca jenis-n Vertex S dalam kategori 'Reka Bentuk Produk Cemerlang'.

German Design Award, diasaskan oleh Majlis Reka Bentuk Jerman (German Design Council) pada tahun 1953, ialah salah satu anugerah reka bentuk yang paling berprestij di dunia. Hanya hasil kerja yang telah melepasi semakan atau pengesyoran daripada Jawatankuasa Reka Bentuk Jerman yang boleh dicalonkan dan kebanyakan hasil kerja yang telah dicalonkan merupakan reka bentuk pemenang anugerah reka bentuk antarabangsa, turut dikenali sebagai "pemenang antara pemenang".

Pengiktirafan kepada reka bentuk dan nilai estetik modul Vertex S+ oleh German Design Awards mengikuti kejayaan modul Vertex S Trina Solar yang memenangi Red Dot Design Award, anugerah reka bentuk perindustrian antarabangsa yang dikenali sebagai "Oscar" dalam dunia reka bentuk, pada tahun lalu.

Memenangi German Design Award bukan sahaja pengesahan kepada reka bentuk kreatif dan prestasi modul kami, bahkan pengiktirafan kepada seluruh konsep rangkaian Black Aesthetics kami, yang mana Vertex S+ menjadi sebahagian daripadanya.

Trina Solar mempersembahkan Black Aesthetics yang sempurna dalam setiap perincian kepada standard yang tinggi. Keseragaman yang tinggi antara semua sel, antara sel dan bingkai dan antara modul menjamin integriti dalam membangunkan reka bentuk luaran. Modul-modul Black Aesthetics mencipta lebih banyak kualiti visual kepada pengguna pada bumbung mereka dan menggalakkan pengalaman estetik tenaga solar ke dalam ribuan rumah di seluruh dunia.

Trina Solar melancarkan siri modul dwi-kaca Vertex S+ untuk bumbung dalam bulan Februari, memulakan pusingan baharu inovasi estetik PV dalam pasaran kediaman sederhana dan mewah global. Berdasarkan kepada teknologi sel wafer silikon segi empat tepat 210mm (210R), siri modul ini digabungkan dengan teknologi termaju i-TOPCon jenis­-n, menyediakan kuasa tertinggi, kecekapan dan output kuasa sepanjang hayat terjamin. Sel-sel dipotong tiga kalinya direka bentuk untuk keserasian elektrik dengan 99% penyongsang arus perdana, seterusnya berintegrasi lancar dengan komponen sistem sedia ada. Struktur dwi-kaca ringan 1.6+1.6mm memastikan keandalan dan keselamatan modul yang amat tinggi, sekali gus mengekalkan berat rendah yang sama seperti produk lembaran belakang standard yang setanding.

Mewarisi reka bentuk hitam estetik yang eksklusif daripada Trina Solar, modul NEG9RC.27 Clear Black ialah produk unggulan daripada siri Vertex S+. Ia didatangkan dengan sel hitam dan bingkai hitam. Ia menggabungkan teknologi sel dwimuka dengan enkapsulasi lutsinar untuk perolehan kuasa tambahan dari bahagian belakang modul, menjadikannya penyelesaian premium sejagat untuk sebarang jenis bumbung kediaman dan komersial. Di samping itu, ia sangat sesuai untuk persekitaran aplikasi khusus seperti bengkel kereta, ruang awam dan projek pertanian.

Sebaliknya, modul NEG9R.28 Vertex S+ monomuka didatangkan dengan enkapsulan putih untuk output kuasa terkadar tertinggi sehingga 450Wp, seterusnya memaksimumkan prestasi pada ruang bumbung yang terhad.

Siri produk Vertex S+ yang inovatif membawakan rangkaian pilihan yang lebih beraneka kepada pengguna untuk menyesuaikan dan menambah kemungkinan yang lebih estetik pada bumbung mereka.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Electrical Utilities Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Utilities Awards