BEIJING, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Industri pelancongan ais dan salji di Heilongjiang, sebuah wilayah yang terletak di bahagian timur laut China dengan musim sejuk yang panjang, mengekalkan pembangunan yang mampan dalam tahun 2017-2022 dengan meningkatkan kekuatan komprehensif, seperti yang ditunjukkan oleh Indeks Pembangunan Industri Pelancongan Ais & Salji China · Heilongjiang (2023) yang dikeluarkan baru-baru ini di Beijing.
The photo shows the releasing ceremony for the China · Heilongjiang Ice & Snow Tourism Industry Development Index (2023).
The photo shows He Dawei, deputy head of the Department of Culture and Tourism of Heilongjiang Province, delivering a speech.
Disusun secara bersama oleh China Economic Information Service (CEIS) serta Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Heilongjiang, indeks ini menilai industri pelancongan ais dan salji wilayah berkenaan daripada enam aspek, termasuk sumber, tonggak industri, daya saing produk, pengaruh jenama dan sumbangan industri.
Dengan mata asas pada 100 dan tahun 2017 sebagai tempoh asasnya, indeks ini berkembang kepada 185.5 mata dalam tahun 2022, meningkat 9.38 peratus berbanding tahun sebelumnya dan 85.5 peratus dari tahun 2017 dan menunjukkan pengukuhan industri pelancongan ais dan salji di Heilongjiang dari tahun 2017 hingga 2022.
Seperti yang ditunjukkan oleh sub-indeks penunjuk, pelancongan ais dan salji menarik pelaburan yang stabil untuk Heilongjiang dan kesemuanya menyumbang 150 program pelaburan yang melibatkan pelaburan keseluruhan sebanyak 46.45 bilion yuan dalam tahun 2022, meningkat 65.95 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ibu kota Harbin menarik urus niaga pelaburan berjumlah besar terutamanya dalam sektor kesejahteraan, pusat hiburan bertema ais dan salji serta pelancongan budaya untuk membantu wilayah berkenaan mencipta "ibu kota budaya ais dan salji" yang lebih baik di China.
Menerima sistem pemupukan bakat yang dioptimumkan, Heilongjiang turut menyaksikan produk pelancongan ais dan saljinya menjadi lebih kompetitif sejak beberapa tahun lalu.
He Dawei, timbalan ketua Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Wilayah Heilongjiang, berkata melalui pemantauan data yang berterusan dan dinamik, indeks ini menggambarkan secara menyeluruh situasi pengendalian industri pelancongan ais dan salji tempatan dan membantu mencari kelemahan industri bagi mewujudkan matlamat pembangunan masa depan yang jelas.
Memandangkan indeks ini umumnya merupakan wadah yang diterima di peringkat antarabangsa untuk mengukur ekonomi perindustrian, indeks ini membantu memperlihatkan amalan dan usaha membuahkan hasil yang dibuat oleh Heilongjiang utuk meningkatkan pelancongan ais dan salji, yang boleh menjadi kes-kes yang memberi inspirasi untuk pembangunan pelancongan ais dan salji domestik, tambah He.
Yang Mu, timbalan presiden CEIS, menyatakan bahawa pada mulanya dilancarkan dalam tahun 2021, indeks ini menunjukkan secara objektif trend pembangunan sektor pelancongan ais dan salji Heilongjiang yang berkualiti tinggi dan akan terus berfungsi sebagai pengukur yang kukuh dan panduan membuat keputusan untuk wilayah tersebut mentransformasikan dan menaik taraf selanjutnya industri pelancongan ais dan salji tempatan.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336974.html