LIMASSOL, Cyprus, 8 November 2023 /PRNewswire/ -- Pada awal tahun ini, broker berbilang aset, Exness telah mengumumkan pelancaran program pempengaruhnya yang baharu iaitu Exness Team Pro, dengan memanfaatkan pengaruh profesional perdagangan antarabangsa di mana setiapa mereka memiliki jumlah pengikut yang ramai dan mempunyai pengaruh dalam komuniti masing-masing.
Ahli Exness Team Pro ialah: Nicolas Palacios, Momen Medhat, Mohsin Sher, Dennis Okari dan Kojo Forex. Kumpulan ini yang bertindak sebagai duta jenama Exness memainkan peranan yang penting dalam mencipta penceritaan berharga berkenaan tawaran, cadangan nilai, perbezaan dan kredibiliti broker tersebut.
Melalui kandungan mereka, barisan Exness Team Pro ini berkongsi perspektif mereka yang unik tentang perdagangan - kisah kejayaan, testimoni dan pengalaman mereka - yang menjadi suara tulen untuk Exness dan meluaskan jangkauannya kepada khalayak yang berkaitan.
Menyentuh tentang kerjasamanya dengan broker terkemuka ini, Kojo Forex berkata: "Perkara terbaik mengenainya bagi saya sebagai seorang duta, ialah ia dapat menambah kredibiliti kepada jenama peribadi saya sendiri sambil memberikan tumpuan kepada Exness sebagai broker yang ideal untuk peniaga runcit di sub-Sahara Afrika."
Dennis Okari turut mengulas: "Exness Team Pro menunjukkan intipati sebenar kerjasama dan profesionalisme, iaitu perkara yang sangat diperlukan dalam industri forex atau tukaran mata wang asing pada hari ini. Saya berbangga kerana terlibat dengan pasukan yang luar biasa ini yang membawa pengalaman dagangan ke tahap yang lebih tinggi."
Momen Medhat menambah: "Dengan platformnya yang mesra pengguna, pelaksanaan sepantas kilat dan pelbagai instrumen perdagangan, Exness memenuhi keperluan pedagang baharu dan juga pedagang berpengalaman. Malah pendekatannya yang telus dan boleh dipercayai untuk mengendalikan dana dalam proses deposit dan pengeluaran berjaya menyemai kepercayaan dan keyakinan terhadap mereka."
"Dengan menyertai Exness Team Pro, pengalaman dagangan saya meningkat ke peringkat seterusnya, dengan salah sebuah syarikat broker terbesar dan terbaik di dunia. Perkara hebat akan diperoleh melalui kerjasama dengan Exness, untuk dagangan peribadi saya dan juga seluruh komuniti," Nicolas Palacios turut mengulas.
"Menjadi sebahagian daripada kumpulan elit pedagang berkemahiran tinggi ini yang bersemangat untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka, benar-benar memberi inspirasi," kata Mohsin Sher. "Secara bersama-sama, kami memecahkan halangan, mencapai kestabilan kewangan dan membawa perubahan dalam dunia perdagangan," beliau menyimpulnya.
Dari pihak syarikat broker tersebut, Alfonso Cardalda, Ketua Pegawai Pemasaran Exness mengulas: "Individu berbakat dalam Team Pro merupakan wajah dan suara kepada jenama kami dan komuniti dagangan kami serta contoh kerjasama yang hebat di seluruh ekosistem Exness. Teruskan mengikuti untuk mengetahui tentang strategi dan pengalaman daripada beberapa pedagang terkemuka di dunia."
Exness ialah sebuah syarikat broker berbilang aset global yang menggunakan gabungan teknologi dan etika yang unik untuk mewujudkan sebuah pasaran yang menggalakkan kepada para pedagang dan meningkatkan penanda aras industri. Hari ini, Exness diiktiraf sebagai pembuat pasaran runcit terbesar, dengan jumlah dagangan bulanan melebihi $4 trillion dan pangkalan pelanggan setia yang berjumlah melebihi 600,000 pedagang aktif.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2269576/Exness_Team_Pro.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2207022/Exness_Logo.jpg?p=medium600
Hubungan media:
Constantina Georgiadou
constantina.georgiadou@exness.com
+35725030959