omniture

'Dengarkan pesakit anda untuk pengenalpastian awal Neuropati Periferi' menurut pakar-pakar kesihatan terkemuka di P&G Forum Saintifik #KNOWTHESIGNS

P&G
2023-11-09 00:51 64
  • 1 dalam 2 Pesakit Diabetes dan 1 dalam 10 Pesakit Pra-Diabetes dianggarkan menghidap PN
  • Kekurangan Vitamin B menjejaskan kualiti hidup ~ 19% kesemua Pesakit Diabetes
  • Pendedahan keputusan kajian baharu NENOIN mengenai bagaimana Vitamin B memperbaiki gejala deria, fungsi motor dan kekuatan motor dalam PN

JAKARTA, Indonesia, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada Hari Diabetes Sedunia 2023, P&G Health, menghimpunkan pakar-pakar kesihatan yang terkemuka di 'Forum Saintifik #KNOWTHESIGNS'. Acara penting itu menyaksikan perbincangan mengenai panduan klinikal yang terkini bagi diagnosis dan rawatan Periferi Neuropati (PN) dalam kalangan Pesakit Diabetes dan Pesakit Pra-Diabetes. Penemuan BAHARU daripada Kajian Klinikal NENOIN didedahkan yang menyimpulkan bahawa rawatan dengan kombinasi dos tetap antara vitamin B1, B6 dan B12 membawa kepada penambahbaikan yang ketara dalam fungsi saraf yang diukur melalui refleks buku lali dan lutut, kekuatan otot serta persepsi deria pada jari kaki dan jari tangan pesakit yang menghidap PN.


Dengan Diabetes Melitus Jenis 2 menjadi punca utama PN, kelaziman yang semakin meningkat amat berkait rapat dengan kenaikan bilangan pesakit diabetes. Gejala-gejala PN termasuk kekebasan, kesemutan, rasa mencucuk dan sensasi hangat pada tangan dan kaki. Kekurangan vitamin B dan poliubat merupakan faktor-faktor risiko tinggi yang lain berserta diabetes, membawa kepada kerosakan saraf periferi.

Aalok Agrawal, Naib Presiden Kanan, P&G Health (AMA) berkata, "Sebagai rakan kongsi kepada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF), P&G Health komited terhadap usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Diabetes dan komplikasi yang berkaitan termasuk PN dan Kekurangan Vitamin B. Forum Saintifik #KNOWTHESIGNS kami menyaksikan panel pakar berbilang disiplin berkumpul untuk berkongsi cadangan klinikal mengenai diagnosis dan pengurusan PN dalam Diabetes dan Pra-Diabetes, impak Kekurangan Vitamin B dan peranan Vitamin B dalam menyokong fungsi-fungsi saraf yang sihat."

Pakar Berbicara:

Prof. Rayaz. A. Malik (Penolong Dekan untuk Penyelidikan Klinikal, Weill Cornell Medicine-Qatar) menyatakan, "Diagnosis awal DPN membolehkan pengurangan faktor risiko yang tepat pada masanya dan penambahbaikan komplikasi diabetes yang paling melumpuhkan ini. Pakar perubatan rawatan asas memainkan peranan penting dalam mengenal pasti DPN. Bertanyakan soalan-soalan yang betul dan menjalankan ujian diagnostik yang ringkas boleh memberi impak positif yang besar kepada kehidupan pesakit dengan mengupayakan kelegaan kesakitan dan pencegahan ulser serta amputasi kaki."

-  Menurut Dr. Rizaldy Pinzon (Pakar Neurologi di Jabatan Neurologi, Bethesda Hospital, Yogyakarta - Indonesia), "Intervensi yang tepat pada masanya dapat meningkatkan persepsi deria, mengurangkan gejala-gejala yang menyakitkan dan mencegah komplikasi seperti jangkitan, ulser dan akhirnya amputasi kaki diabetes. Penting untuk pakar perubatan rawatan asas untuk terus berwaspada dan merawat dengan segera sebarang perubahan pada bahagian bawah pesakit, termasuk kekebasan, parestesia atau kesakitan neuropatik."

Menyebut tentang peranan Ahli Farmasi, Dr. Kenny P Merin (Ahli Farmasi, & Penolong Naib Presiden, Akademik & Penyelidikan Liseum Philippines University Davao)"Ahli farmasi merupakan bahagian yang penting dalam pasukan penjagaan kesihatan dan dapat memberi sokongan berharga kepada pesakit yang menghidap PN, namun kami sering kali kurang dimanfaatkan. Ahli farmasi biasanya merupakan titik hubungan pertama dan dapat mendorong kesedaran keadaan peringkat awal, membimbing pengubahsuaian terhadap gaya hidup dan membantu mengoptimumkan rejimen ubat-ubatan. Ahli farmasi juga dapat mengesyorkan rawatan di-kaunter (cth., dos terapeutik vitamin B Neurotropik) untuk kelegaan gejala PN."

Dr. Vaishali Deshmukh (Perunding & Ketua Jabtan Endokrinologi di DMH Pune India) mengulas, "India telah menjadi 'ibu kota' diabetes dunia. Dengan 74.2 juta orang menghidap diabetes dan prevalens pra-diabetes yang membimbangkan di India, separuh daripada individu ini berisiko mengalami DPN. Usaha kolaboratif antara ahli profesional penjagaan kesihatan, pendidikan pesakit dan rujukan awal bertemu pakar penting untuk menambah baik pengurusan DPN di India."

Dr Ankia Coetzee (Pakar perunding endokrinologi, bekas presiden SEMDSA South Africa) berkongsi"Amat penting untuk penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan menerima pendidikan dan latihan yang berterusan mengenai diagnosis DPN serta pilihan rawatan. Pesakit harus dididik tentang kepentingan pemeriksaan kaki dan DPN secara berkala, kawalan glisemik dan pematuhan kepada ubat-ubatan yang dipreskripsikan. Dengan mengatasi cabaran ini melalui pendidikan yang holistik seperti kempen WDD P&G Health dan penjagaan kolaboratif, kita dapat meningkatkan pengurusan dan hasil individu yang mengalami DPN di Afrika Selatan."

Dr Inna Eiberger, Pengarah Perubatan Global, P&G Health Nerve Care berkongsi, "PN dikaitkan dengan pergerakan berfungsi yang lemah dan gejala-gejala motor berkompromi, selain daripada gejala-gejala deria. Gejala-gejala ini memburukkan kualiti hidup pesakit dengan ketara. Kajian NENOIN Baharu menyimpulkan bahawa kombinasi sinergistik antara vitamin B1, B6 dan B12 bukan sahaja dapat melegakan gejala bahkan dapat meningkatkan fungsi saraf pesakit yang mengalami PN dengan ketara."

Source: P&G
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news