omniture

Valtrix akan Mempamerkan STING-Advanced di Sidang Kemuncak RISC-V 2023

Valtrix Systems
2023-11-09 03:23 80

BANGALORE, India, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Valtrix Systems, penyedia penyelesaian pengesahan reka bentuk RISC-V terkemuka dalam industri, teruja untuk mengumumkan pelancaran dua varian produk: STING-Advanced dan STING-Basic, untuk menangani keperluan pengesahan dan pengesahsahihan sistem yang semakin meningkat bagi ekosistem RISC-V. Ini semua akan dipamerkan semasa Sidang Kemuncak RISC-V (RISC-V Summit) 2023 di reruai #G7 di tingkat ekspo Pusat Konvensyen Santa Clara (Santa Clara Convention Center) di Santa Clara, CA, Amerika Syarikat, dari 7 hingga 8 November 2023.

"Kami sangat teruja untuk mendedahkan STING-Advanced dan STING-Basic di Sidang Kemuncak RISC-V 2023 ini. STING-Advanced ialah varian khusus berdasarkan alat pengesahan reka bentuk STING yang popular untuk menangani keperluan yang berkembang bagi pengesahsahihan sistem RISC-V pada persekitaran emulasi, FPGA dan peranti silikon yang sedang diuji," kata Shubhodeep Roy Choudhury, Ketua Pegawai Eksekutif Valtrix Technologies. "Produk ini mewakili lonjakan ke hadapan yang ketara dalam keupayaan pengesahan RISC-V. Kami telah menyaksikan peningkatan dalam penggunaan STING pada sasaran yang lebih pantas yang memerlukan beban kerja yang lebih lama dan lebih kompleks untuk didayakan. Keupayaan penjanaan ujian berbilang dan ujian pada sasaran STING-Advanced akan membantu kami mencapainya. STING-Basic sebaliknya ialah versi terhad untuk konfigurasi RISC-V tetap dan lebih sesuai untuk organisasi dan syarikat pemula yang lebih kecil."

Sebagai tambahan kepada pameran produk ini, Jevin Saju John, Jurutera Kanan dari Valtrix, akan melakukan demonstrasi alat tentang "Pendekatan Teguh terhadap CPU RISC-V Kompleks dan Pengesahsahihan SoC (A Robust Approach for Complex RISC-V CPU and SoC Validation)" pada 7 November jam 3:50PM

Para hadirin yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang varian produk STING dan sokongan mereka terhadap pelaksanaan RISC-V boleh mengadakan pertemuan dengan menulis kepada contact@valtrix.in atau terus berjumpa dengan pasukan kejuruteraan di Sidang Kemuncak RISC-V.

Tentang Valtrix 

Valtrix Technologies ialah sebuah syarikat EDA yang menyampaikan produk dan penyelesaian untuk pengesahan reka bentuk pelaksanaan CPU, IP dan SoC. Beribu pejabat di Bangalore, India, pasukan ini terdiri daripada profesional berpengalaman dari industri semikonduktor dengan matlamat yang sama iaitu untuk mendayakan pengesahan sistem yang kompleks dengan kos dan usaha yang dikurangkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Valtrix dan produk pengesahan reka bentuknya, sila layari http://www.valtrix.in.

Berhubung dengan Valtrix di:

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/valtrix-systems

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2191126/Valtrix_Company_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Valtrix Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news