omniture

Visa lancar Pengemas Kini Akaun Visa Masa Sebenar di Asia Pasifik perkemas pengalaman pembayaran

Visa
2023-11-09 12:02 130

Pengemas Kini Akaun Visa memberi kelayakan seumur hidup yang memperkasa peniaga dengan kecekapan operasi yang dipertingkat, kadar kejayaan transaksi yang lebih baik;

pelanggan tidak lagi perlu mengemas kini maklumat kad kredit merentas pelbagai platform

SINGAPURA, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Visa, peneraju dunia bagi pembayaran digital, hari ini mengumumkan pengembangan Pengemas Kini Akaun Visa (Visa Account Updater, VAU) Masa Sebenar ke pasaran-pasaran terpilih di Asia Pasifik[1], memperkemas pengalaman pembayaran untuk peniaga dan pelanggan dengan menyediakan kelayakan tunggal sepanjang hayat kepada pemegang kad. Dengan pengenalan perkhidmatan ini di Asia Pasifik, pengguna dan peniaga di rantau ini akan mendapat akses kepada VAU Masa Sebenar melalui perkhidmatan langganan seperti e-panggilan, penghantaran makanan serta pembayaran utiliti bulanan, antara lain.

Disokong oleh teknologi Visa, VAU Masa Sebenar membantu peniaga menyelesaikan isu pembayaran yang ditolak daripada pelanggan dengan kad debit atau kredit yang telah tamat tempoh atau digantikan dengan membolehkan perniagaan mengemas kini dengan mudah butiran kad tersimpan milik pelanggan pada masa sebenar. Apabila peniaga menyerahkan pembayaran, VAU Masa Sebenar serta merta menyemak butiran kad terkini dan akan membuat transaksi permintaan pembayaran berkenaan dengan butiran kad yang dikemas kini, lalu menurunkan kadar penolakan kebenaran, kehilangan jualan dan pemutusan hubungan pemegang kad. VAU Masa Sebenar mula dilancarkan oleh Visa di Amerika Utara dalam tahun 2017 dan di Eropah dalam tahun 2022.

"Walaupun tamat tempoh atau penggantian kad diperlukan sebagai sebahagian daripada perlindungan penipuan dan peningkatan keselamatan kad, kami menyedari baharu pengguna sering menghadapi kesulitan yang tidak perlu untuk mengemas kini pelbagai pengaturan pembayaran automatik setiap beberapa tahun apabila diberikan kad baharu," kata T.R. Ramachandran, Ketua Produk & Penyelesaian, Asia Pasifik, Visa. "Pelancaran VAU Masa Sebenar, dengan kerjasama rakan kongsi kami di Asia Pasifik, akan memperkemas proses ini sambil terus mendukung tahap keselamatan yang tertinggi. Dengan menyediakan teknologi ini kepada peniaga, kami memperkasa mereka untuk meningkatkan hasil dan kadar kebenaran kad, sekali gus menyampaikan pengalaman pembayaran yang lancar yang sejajar dengan apa yang dijangkakan oleh pengguna pada hari ini."

Perniagaan dan pengguna semakin jauh meninggalkan pembayaran tunai dan bertukar kepada pembayaran elektronik dan kad dengan percambahan pembayaran tanpa sentuh dan perkhidmatan dalam talian. Namun begitu, proses mengemas kini bukti kelayakan secara manual apabila kad tamat tempoh atau naik taraf menyebabkan kekecewaan dalam perjalanan pembayaran. Dengan memudahkan pertukaran selamat maklumat akaun yang dikemas kini antara peniaga yang mengambil bahagian dan pengeluar kad Visa, VAU memperkasa peniaga ini untuk menyediakan pengalaman pembayaran yang lancar yang mendorong kesetiaan dan pengekalan pelanggan, sambil meningkatkan hasil jualan keseluruhan.

Di Asia Pasifik, Visa bekerjasama dengan empat gerbang pembayaran dan pemeroleh – Adyen, Checkout.com, Stripe dan Worldpay – untuk melancarkan VAU di Asia Pasifik. Cybersource, penyelesaian Visa, turut menawarkan VAU kepada pelanggan untuk membolehkan lebih banyak perniagaan di seluruh rantau ini meraih faedah daripada VAU. Ini akan memberi manfaat terutamanya kepada perniagaan yang menawarkan perkhidmatan langganan, seperti aplikasi e-panggilan, peniaga dalam segmen penghantaran makanan serta utiliti dan banyak lagi.

Petikan tambahan untuk digunakan

Warren Hayashi, Presiden, Asia Pasifik, Adyen

"Kami teruja untuk berkolaborasi dengan Visa bagi membawakan Pengemas Kini Akaun Visa (VAU) Masa Sebenar ke Asia Pasifik, membangun berdasarkan kejayaan penggunaan teknologi ini di Eropah tahun lalu. Perkongsian ini membolehkan kami meningkatkan pengalaman pembayaran untuk pelanggan kami merentas pelbagai wilayah dengan mengemas kini dengan lancar butiran kad mereka pada masa sebenar. Dengan VAU Masa Sebenar, kami dapat meminimumkan penolakan transaksi bagi mengekalkan hasil pelanggan dan memastikan pengalaman pembayaran tanpa geseran."

Brian Sze, Pengurus Besar APAC, Checkout.com

"Bekerjasama dengan Visa untuk membawakan Pengemas Kini Akaun Visa (VAU) Masa Sebenar ke seluruh Asia Pasifik merupakan langkah penting dalam meminimumkan pergeseran untuk pengguna, menghapuskan kekecewaan yang dihadapi oleh ramai pengguna apabila mereka perlu melakukan pengemaskinian manual bukti kelayakan pembayaran. Penyelesaian ini juga menjadikannya cara yang lebih bijak untuk perniagaan dibayar, membolehkan mereka mengkhususkan sumber yang terhad untuk memacu keutamaan perniagaan mereka dan bukannya bimbang tentang penolakan kad."

Michael Balsamo, Ketua Rangkaian Kad Antarabangsa, Stripe

"Di Stripe, kami obses untuk membantu perniagaan meningkatkan hasil mereka. Pada tahun lalu, 40% pemegang kad menggantikan kad mereka lantaran tamat tempoh kad, kehilangan kad atau dikompromi oleh penipuan dan kebanyakan pemegang kad biasanya tidak mengemas kini butiran kad mereka. Kami teruja untuk menjadi yang pertama bekerjasama dengan Visa untuk memperluaskan kemas kini masa sebenar kepada perniagaan di Asia Pasifik. Ini akan menghasilkan pengalaman pembayaran yang lebih lancar, yang mana pelanggan boleh menyelesaikan pembayaran mereka dengan cepat pada percubaan pertama."

Phil Pomford, Naib Presiden Kanan, Pengurus Besar APAC, Worldpay from FIS

"Sebagai penyedia penyelesaian pembayaran yang terkemuka, kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Visa bagi menyokong Rangkaian Pengemas Kini Akaun Visa (VAUS) untuk pelanggan kami di Asia Pasifik. Cita-cita kami adalah untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk mempercepatkan perdagangan global untuk peniaga dan pengguna kami. VAUS merevolusikan cara perniagaan mengurus kemas kini kad, meningkatkan kadar kebenaran pembayaran dan mengurangkan pergeseran pelanggan bagi membantu peniaga meningkatkan hasil."

Latar Belakang Visa

Visa (NYSE: V) ialah peneraju dunia bagi pembayaran digital, memudahkan transaksi antara pengguna, peniaga, institusi kewangan dan entiti kerajaan merentas lebih 200 negara dan wilayah. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, mudah, andal dan selamat, bagi membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Kami percaya ekonomi yang melibatkan semua orang di mana-mana sahaja, meningkatkan kehidupan semua orang di mana-mana sahaja dan melihat akses sebagai asas untuk masa depan pergerakan wang. Ketahui lebih lanjut di Visa.com. 

[1] Terpakai untuk semua pasaran Asia Pasifik kecuali Bangladesh, Tanah Besar China dan India.

 

Source: Visa
Related Stocks:
NEO:VISA NYSE:V
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology