omniture

Indonesia mengekalkan tempat teratas dalam Indeks Pemberian Dunia, manakala Ukraine meningkat sebagai negara kedua yang paling dermawan

Charities Aid Foundation
2023-11-09 15:00 93

LONDON, 9 November 2023 /PRNewswire/ -- Seramai 4.2 bilion orang di seluruh dunia telah membantu seseorang yang mereka tidak kenali, meluangkan masa secara sukarela atau menderma wang untuk tujuan yang baik menurut Indeks Pemberian Dunia Charities Aid Foundation 2023.

Untuk tahun keenam berturut-turut, negara yang paling dermawan di dunia ialah Indonesia. Negara kedua paling dermawan ialah Ukraine, yang juga merupakan peningkatan terbesar bagi Indeks tersebut, di mana negara ini telah meningkatkan skornya selepas menduduki tempat kesepuluh pada tahun lepas. Hanya tiga daripada 10 negara teratas merupakan daripada kalangan ekonomi terbesar di dunia (Indonesia, Amerika Syarikat dan Kanada), manakala salah sebuah negara termiskin dan paling kurang membangun di dunia – Liberia – menduduki tempat keempat tertinggi. 

Indeks Pemberian Dunia CAF ialah salah sebuah tinjauan terbesar tentang pemberian yang pernah dihasilkan, yang menyaksikan berjuta-juta orang telah ditemu bual di seluruh dunia sejak tahun 2009. Indeks tahun ini merangkumi data daripada 142 buah negara di mana orang ramai telah ditanya dengan tiga soalan: adakah mereka telah membantu orang yang tidak dikenali, memberi wang atau menjadi sukarelawan untuk tujuan yang baik sepanjang bulan lepas.

Data baharu yang tersedia pada tahun ini menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kedermawanan global:

  • Orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat mempunyai skor indeks pemberian keseluruhan yang lebih tinggi, kecuali di Eropah yang tidak menunjukkan perbezaan
  • Orang yang menilai kehidupan mereka dari sudut positif lebih cenderung untuk memberi sumbangan kepada badan amal, di mana beberapa negara yang paling gembira di dunia berada dalam kedudukan 10 teratas bagi sumbangan wang (Sweden, Denmark, Belanda dan Iceland).
  • Pendatang lebih cenderung untuk memberi berbanding warganegara, terutamanya di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Neil Heslop OBE, Ketua Eksekutif Charities Aid Foundation berkata:

"Indeks Pemberian Dunia CAF memberi kita sebab untuk berasa optimis dengan penuh harapan pada saat menghadapi ketidakstabilan yang besar. Kedermawanan adalah fitrah dalam tingkah laku manusia dan menyatukan kita semua sebagai sebuah komuniti global. Kepelbagaian negara yang menerajui indeks tersebut menyerlahkan perkara ini: ia meliputi spektrum pembangunan ekonomi, geografi, bahasa, agama dan budaya. Memberi adalah tentang membina hubungan dengan orang di sekeliling kita, sama ada mereka berada di seberang jalan atau di tempat lain di dunia.

"Itulah sebabnya kami menyeru kerajaan untuk melakukan lebih banyak lagi bagi menggalakkan mereka yang mampu untuk memberikan wang dan meluangkan masa, sekali gus memupuk organisasi masyarakat awam yang bertenaga dan berdaya tahan ketika mereka menghadapi cabaran sosial dan alam sekitar serta kesan konflik dan perpindahan penduduk."

 

 

 

Source: Charities Aid Foundation
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Not for profit Survey, Polls & Research